Yang ini versi catatan awal yang lebih ringkas untuk anda yang ingin menyertai Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree 2014 ...
Dari hari pertama, kami ditanya mengenai laluan yang bakal dilalui oleh peserta CHTTMJ 2014 edisi kali ini.
Pihak penganjur sudah mempunyai laluan yang telah dirancangkan untuk anda dengan permulaan dan penamatnya kali ini adalah di Padang Habu.
Jarak laluan adalah sejauh 40 km dengan pelbagai aras laut dan bentuk muka bumi yang akan kami perincikan dalam catatan khas mengenainya.
Buat permulaan ini adalah laluan CHTTMJ 2014.
Pihak kami mengalu-alukan cadangan dan komen membina daripada semua pihak untuk memastikan kepuasan kayuhan dengan cabaran yang mampu dihadapi oleh semua peserta.
Catatan kedua akan kami kongsikan pula mengenai aras laut atau elavation bagi setiap peringkat laluan yang perlu anda hadapi kelak.
Jika ada perubahan laluan, kami akan memaklumkan kemudian.
No comments:
Post a Comment