TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label Aduan MDCH. Show all posts
Showing posts with label Aduan MDCH. Show all posts

Friday, November 16, 2018

Kena saman parkir Majlis Daerah Cameron Highlands tapi nak bayar bagaimana?



Soalan ini dipetik dari laman Facebook pelancong yang ingin menjelaskan saman parkir Majlis Daerah Cameron Highlands. 

Kesalahannya adalah tidak mrletakan Kupon semasa meletak kereta. 

Untuk makluman, mulai 1 October 2018, can parkir di kawasan parkir Majlis Daerah Cameron Highlands telah dikuatkuasakan. Kadar Caj adalah 60 Sen setiap jam.

Yang kena saman, tawaran kompoun adalah 10 bagi 7 hari pertama dan meningkat ke 20 ringgit dan 30

Tapi anda dah balik ke pekan anda Dan ingin menjelaskan tawaran kompoun ini. 

Bagaimana? 

Saya print screen dari jawapan balas Majlis Daerah Cameron Highlands cara pembayaran boleh dibuat.

Urusan lanjut tanya Majlis Daerah Cameron Highlands ya. 

Saya bukan kakitangan MDCH.. sekadar berkongsi maklumat sahaja.

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Saturday, October 13, 2018

Laporan Intergriti melibatkan Kakitangan MDCH


Pihak Majlis Daerah Cameron Highlands telah mengeluarkan satu poster bagaimana anda boleh melaporkan apa sahaja kesalahan melibatkan intergriti kakitangan mereka untuk tindakan Pengurus. 

Bagus tindakan ini. Lebih telus dan memudahkan semua pengguna dan pelanggan MDCH.

Jadi jika anda ada masalah berkaitan dengan intergriti seperti contoh yang dapat saya fikirkan iaitu ada permintaan rasuah, duit kopi, perlindungan, tiada tindakan ke atas kesalahan dan juga ada janji-janji yang tidak ditepati ketika berurusan dengan MDCH. 

Saya sekadar berkongsikan poster ini yang dikongsikan terlebih dahulu oleh Facebook MD Cameron.

Monday, August 13, 2018

Pemberitahuan Penguatkuasaan Bayaran Tempat Letak Kereta di Cameron Highlands

Pihak MDCH telah memaklumkan melalui Facebook mereka bahawa Tempat Meletak Kereta berbayar akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2018 di kawasan Tanah Rata, Brinchang dan Kea Farm

Saya lampiran Notis Pemberitahuan MDCH di bawah. 


Cuma berapa kadar bayaran letak kereta yang bakal dikenakan dan juga kaedahnya masih belum dimaklumkan.

Saya dah perasan akan dikenakan tempat caj meletak kereta sebelum pilihanraya lagi bilaman MDCH mula mengecat nombor petak parkir bermula di Pasar Tanah Rata, di kawasan Bangunan LKNP di Jalan Besar dan juga kawasan letak kereta baharu mereka di sebelah Arked Makanan.

Cuma saya tertanya apakah akan bermula sebelum raya atau selepas pilihanraya.

Apakah pendapat saya ? 

Ada kewajaran memandangkan MDCH memerlukan pendapatan selain cukai pintu dan cukai selaiannya sama di majlis tempatan yang lain.

Cuma harapan saya tidak mahal dan tidak pula terlalu rumit sehingga ke malam pula serta apa sahaja caj yang bakal dikenakan perlu berbaloi setaraf dengan perkhidamatan yang lebih baik. 

Saya masih kurang bersetuju jika perkhidmatan yang diberikan nanti tidak  meningkat dan cara pengurusan hasil dan penggunaanya pula nanti tidak semengah mana malah membazir ke arah yang tidak sepatutnya. 

Datang naik bas ajelah nanti ya...  tak payah bayar parkir. 

Yang kena hadap bayaran parking ni kami setiap hari macam anda di kawasan bandar anda.  

Saturday, September 30, 2017

Bayaran Green Bermain Golf di Padang Golf Cameron Highlands

Berita baik untuk peminat sukan golf yang ingin bercuti dan sambil itu bermain golf di sini.

Majlis Daearah Cameron Highlands melalui facebook rasmi mereka MD CAMERON telah berkongsikan makluman mengenai Diskaun 40% bagi Kadar Bayaran Green Padang Golf kendalian mereka iaitu Kelab Golf Sultan Ahmad Shah Cameron Highlands.


Difahamkan diskaun 40% ini hanya bagi permainan 18 lubang dan untuk 9 lubang adalah seperti dibawah tanpa sebarang potongan diskaun.


Hubungi MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS melalui nombor telepon diatas untuk urusan lanjut.

Saya tiada kena mengena sekadar berkongsikan maklumat diatas sahaja. 

Wednesday, September 27, 2017

TAWARAN TAPAK NIAGA DALAM KAWASAN MDCH

Saya kongsikan makluman dari Pihak Majlis Daerah Cameron Highlands ini dari facebook rasmi mereka berkenaan tawaran tapak meniaga di pasar malam dan Food Truck.

Ingat, saya kongsikan makluman mereka bukan saya yang anjurkan atau terlibat...

******************************

HEBAHAN

TAWARAN TAPAK NIAGA DALAM KAWASAN MDCH

1) TAPAK PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS
2) TAPAK FOODTRUCK BRINCHANG CAMERON HIGHLANDS

TARIKH TUTUP PENYERAHAN BORANG PADA ATAU SEBELUM 09 OKTOBER 2017

SEBARANG PERTANYAAN DAN URUSAN BOLEH TERUS KE JABATAN KESIHATAN AWAM DAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN ( BAHAGIAN PERLESENAN ) MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS .

Sent from my S7edge smartphone

Friday, May 26, 2017

Jawapan Isu Kerusi di Arked Makanan Brinchang

Saya pernah memanjangkan aduan daripada komen pelancong yang kena marah sebab duduk di Arked Makanan Brinchang oleh salah seorang peniaga  di sana. 

Catatan aduan tersebut di SINI.

Dalam aduan tersebut saya sekadar nak tahu apakah status penggunaan kerusi di arked makanan tersebut dan pihak MDCH menjawab secara umum di facebook tersebut.  



Saya menghargainya maklumbalas mereka dan cadangan saya diberikan notis sewajarnya mengenainya di sana dan jika memerlukan aduan mereka boleh mengajukan kepada pihak berkuasa melalui email: majlis@mdcameron.gov.my .

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Thursday, May 25, 2017

Aduan Kerosakan permukaan Jalan Kampung Raja


Salam Dato Yang di Pertua,
Majlis Daerah Cameron Highlands.

Kerosakan permukaan Jalan di beberapa Lokasi Kampung Raja bukan perkara baru malah telah sekian lama berlanjutan dengan tindakan sangat perlahan dilihat dalam trmpoh 2 tahun krbelakangan ini.

Saya kurang pasti adakah laluan sekitar Kampung Raja ini sebahagian daripada Jalan Persekutuan 59 dibawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya atau terletak dalam status Jalan Bandaran dibawah kendalian MDCH. 

Jika bukan dibawah Status Jalan Bandaran, saya mohon kerjasama pihak Yang Hormat Dato YDP untuk memanjangkan keresahan penduduk, pengguna baik pelancong atau penduduk tempatan  yang menggunakan laluan ini untuk apa jua tindakan pemulihan dan pembaikan. 

Ini kerana umum mengetahui laluan ini menghubungkan pengguna dari Utara Malaysia termasuklah Selatan Kelantan dan jika dilihat jumlah kehadiran pelancong pada tahun 2015 yang berjumlah 904 ribu, pasti akan sedikit menghampakan sebahagian mereka yang menggunakan laluan ini. 

Dan pastinya suasana terumbang-ambing atau mungkin terhoyong hayang akibat permukaan jalan yang rosak bukan sebahagian acara sambutan kehadiran pelancong yang dirancang oleh Lembaga Perlancongan Pahang (Tourism Pahang) di Tahun Melawat Pahang 2017 yang sedang berlangsung  ketika ini. 

Atau jika mengambil kira nilai sumbangan ekonomi yang disumbangkan oleh sektor pertanian yang dianggarkan sejumlah 3 bilion ringgit setahun sepertimana yang dipersembahkan semasa taklimat mantan TImbalan Perdana Menteri lalu ketika Operasi Gading hendak dilaksanakan. 

Saya pasti ini bukan penghargaan sewajarnya kepada semua penyumbang aktiviti pertanian dari kawasan pertanian terbesar di Daerah Cameron Highlands atau mahu dilihat sebagai sokongan kemudahan kepada pemangkin ekonomi sektor pertanian di siini.  

Mohon ada satu tindakan segera jika dibawah tanggjngjawab Status Jalan Bandaran atau jasa baik Yang Hormat Dato YDP untuk dibangkitkan kepada pihak bertanggungjawab melalui saluran yang lebih akrab dibawah hubungan antara agensi sedia ada. 

Saya atau mungkin Kami sebagai masyarakat tanpa kepentingan dan hubungan secara terus dengan mana-mana agensi tempatan ini hanya mengharapkan yang terbaik untuk kesejahteraan penduduk dan perbandaran yang terbaik bagi Daerah Cameron Highlands tanpa sebarang prejudis dan kepentingan peribadi. 

Mohon pertimbangan diatas aduan ini dan didahuli dengan ucapan jutaan terima kasih. 

(aduan kepada Majlis Daerah Cameron Highlands melalui email majlis@mdcameron.gov.my)

Sent from my S7edge smartphone

Sunday, December 25, 2016

Ditunda atau ...


Yang Hormat Dato Yang Dipertua,
Majlis Daerah Cameron Highlands.

Semalam kecoh seketika bilamana satu notis penutupan kawasan letak kereta Dataran Tanah Rata mulai 24-28 Disember 2016 dikeluarkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands melalui facebook MD Cameron.

Mungkin setelah ada maklumbalas yang tidak bersetuju daripada beberapa pihak akan notis penutupan tersebut kerana melibatkan waktu puncak cuti Krismas yang akan menyaksikan kehadiran jumlah pelancong yang ramai, selang sejam pihak MDCH mengeluarkan Notis kedua iaitu ralat/makluman dan menyatakan secara jelas penutupan ini dibatalkan dan kerja-kerja berkaitan akan ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Semua pihak lega. Saya pun lega. Netizen pun lega.

Saya sendiri telah menghantar satu email kepada Yang Hormat Dato dengan 'aduan bersifat akademik' bagi berkongsi keperluan merancang berdasarkan suasana dan jangkaan untuk dimasa hadapan kerana beranggapan notis kedua telah menyelesaikan kekecohan dari notis pertama. 

Namun pada petang 23 Disember 2016 pada pukul 5 petang saya menyaksikan sendiri dari jauh terdapat kerja-kerja pembaikan telah mula dilakukan malah lebih awal dari notis pertama iaitu 24 Disember 2016.

Pihak kontraktor menutup beberapa lot parkir dan melakukan kerja yang berkaitan.

Saya sendiri mencari kembali dalam facebook MD Cameron untuk melihat adakah ada notis ketiga memaklumkan kerja-kerja akan ditetap dijalankan dengan perubahan modus operandi iaitu penutupan secara berperingkat dan juga diawalkan sehari namun tiada.

Saya bingung. 

Pada 24 Disember 2016 saya dikongsikan beberapa keping gambar dalam laman facebook yang menyatakan kerja-kerja berkaitan dengan notis pertama tetap dijalankan oleh pihak kontraktor.

Saya tiada jawapan kepads pertanyaan rakan-rakan saya kerana saya bukan pihak yang berwajib.

Yang boleh saya nyatakan saya keliru dan agak kesal kerana terasa ditipu dengan notis kedua oleh pihak MDCH.

Yang Hormat Dato,

Maaf bukan berniat untuk mencampuri urusan pihak MDCH tetapi rata-rata dikalangan kami mahu menyumbang idea dan juga pandangan dari perpektif masyarakat umum kepada pihak MDCH untuk yang terbaik kembali kepads komuniti.

Saya secara peribadi berharap ada 'walk the talk' atau secara mudah 'cakap serupa bikin' bagi pihak MDCH yang menjadi tunjang dan contoh terbaik kepada agensi dan pelanggan anda semua.

Bagi saya dalam kes ini, saya menemui kehampaan untuk melihatnya.

Mungkin ada halangan dan juga keperluan mendesak yang tidak dapat dielakan dihadapi oleh pihak MDCH.

Moga akan diberikan kemudahan bagi pihak yang berkaitan untuk melaksanakan apa yang dikata.

Selamat maju jaya.

*ini adalah email aduan kepada MDCH melalu majlis@mdcameron.gov.my

Friday, December 23, 2016

Penutupan kawasan Meletak Dataran Tanah Rata sepanjang cuti krismas

*Aduan ini bersifat akademik

Dato Yang Dipertua,
Majlis Daerah Cameron Highlands

Pagi tadi seawal pukul 9 pagi, laman Facebook MD Cameron telah berkongsikan poster makluman penutupan tempat letak kereta di Dataran Tanah Rata bermula 24-28 Disember 2016 bagi kerja penyelengaraan dan pembaikan.

Notis makluman ini amat mengejutkan ramai pihak termasuklah diri saya.

Persoalan pertama yang saya fikirkan apakah ada keperluan mendesak untuk penutupan ini dilakukan pada tarikh ini yang juga jatuh pada cuti panjang perayaan Krismas.

Umum mengetahui bahawa cuti ini amat bersifat cuti puncak di mana dijangkakan ramai malah amat ramai pelancong akan mengunjungi Cameron Highlands dengan tambahan faktor penyumbang iaitu selepas gaji dan juga hanya tinggal 2 hujunh minggu sebelum persekolahan dibuka.

Malangnya saya merasai pihak MDCH seakan-akan tidak menyedari dua faktor jangkaan ini sehingga membuat keputusan untuk menutup kawasan parkir ini.

Mungkin gambaran dari tahun sebelumnua belum mampu menyakinkan pihak MDCH akan jumlah pelancong yang hadir.

Melalui data ringkas dua tahun lepas sekitar 728,121 pelancong hadir ke Cameron Highlands. Ini bermakna secara ringkas purata mingguan sekitar 14 ribu pelancong dan mengambil kira kadar peratusan penginapan hotel dihari biasa adalah 45% pada hari biasa dan naik ke 90% dihujung minggu, maka kemungkinan dihujung minggu yang berganda sehingga lebih  15 ribu akan berada di sini menyamai 50% jumlah penduduk tempatan.

Keputusan menutup tapak letak kereta di Dataran Tanah Rata bakal menyumbang kesesakan kepada laluan lalintas kerana kemungkinan pelancong akan meletak kereta di sepanjang Jalan Besar  di Tanah Rata.

Sedangkan pada minggu biasa pun sudah ramai yang meletak kereta di tepi Jalan besar ini.

Pilihan yang ada:
Dilakukan kerja-kerja penyelengaraan di luar waktu puncak iaitu hari bekerja biasa. 

Pengalaman tempatan menunjukan selepas cuti panjang biasanya jumlah pelancong akan sangat berkurangan dan kebanyakan premis lawatan dan makan akan ditutup.

Semoga di masa hadapan pihak MDCH dapat membuat keputusan yang rasional dan tepat. 

Notis pada pagi tadi telah mewujudkan suasana tertanya-tanya, gelisah, marah dan ragu-ragu kepada bagaimana ia diputuskan.

Tahniah kerana tindakan pantas telah diambil untuk menunda kerja-kerja yang dimaksudkan.

Syabas saya ucapkan.

Terima kasih.

*Aduan ini bersifat akademik semata-mata.

Friday, August 19, 2016

Lokasi Baharu Car Boot Sale di Tanah Rata


Pihak Majlis Daerah Cameron Highlands telah memindahkan tapak Car Boot Sale dari Padang Awam MDCH ke Tapak Letak Kereta MDCH di Tanah Rata.

Saya rasa bagi menarik pelancong di Tanah Rata sebab lokasi lebih strategik berbanding dengan lokasi asal.

Saya masih belum sempat ke Car Boot Sale ini. Insyallah akan saya kongsikan jika ada kelapangan ke sana kelak.

Kerosakan Tandas di Terminal Fressia dan Taman Pertabalan


Pihak MDCH, 

Salam Sejahtera,

Saya ingin mengajukan aduan untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan iaitu Tandas Awam di Tanah Rata.

1. Tandas Rosak di Terminal Fressia

Saya berkunjung ke Terminal Fressia di Tanah Rata baru-baru ini kerana menyambut rakan yang datang menaiki bas.

Dan seperti dijangka mana-mana penumpang yang tiba antara tumpuan utama adalah mencari tandas selepas mengharungi perjalan 3-4 jam.

Apa yang mendukacitakan adalah kerosakan tandas di Terminal Fressia yang diceritakan telah lama berlaku dan dilaporkan oleh penjaganya namun tiada tindakan susulan diambil oleh pihak yang berkenaan. 

Tandas lelaki tersumbat atau lebih tepat airnya melimpah keluar. Difahamkan sump dibelakang tandas ini telah melimpah atau tersumbat. Saya tidak pula memeriksa keadaan sump tersebut kerana bukanlah tugas orang awam untuk melakukan pemeriksaan dan saya percaya bukan tugas pelancong tempatan dan luar negara untuk melakukannya juga. 

Yang dikesalkan adalah terlalu lama ianya diambil untuk melakukan pembaikan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kunjungan saya selepas raya tahun ini ianya sudah berlaku cuma saya tidak terlalu kisah kerana tidak menggunakannya ketika menikmati minum petang di sini. 

Namun minggu lalu memang perlu saya kisahkan kerana menyaksikan rakan dari luar malah pelancong asing yang tiba dengan bas terpaksa menggunakan tandas wanita bagi urusan mereka itu. Itupun setelah tiada pengguna wanita di tandas mereka. 

Saya memohon keprihatinan pihak MDCH untuk melakukan kerja pembaikan dengan kadar segera.

Saya amat percaya bukan satu obkjektif dan misi pihak MDCH untuk menyediakan perkhidamatan tandas sebegitu kepada bukan sahaja pelancong malah orang tempatan di Terminal Fressia, Tanah Rata yang cantik dari luaran namun tidak mahulah busuk dan sopak di dalamnya. 

Saya percaya, dengan kepakaran dan sistem pengurusan pihak MDCH yang sedia ada akan dapat menyelesaikan masalah ini. 

2. Bekalan Elektrik di Tandas Awam Taman Pertabalan

Terlanjur saya memanjangkan aduan tandas ini, izinkan saya memanjangkan pula aduan tiada bekalan elektrikdi Tandas Awam Taman Pertabalan. Tahniah yang saya dahulakan kerana mampu menyediakan tandas yang bersih dan selesa walaupun ada sedikit kekurangan seperti tab air yang rosak. 

Namun pengalaman saya menggunakan tandas tersebut sekitar hampir 7 malam selepas anak-anak bermain di sana  hari Selasa yang lalu suasana agak gelap kerana tiada lampu dibuka. 

Apabila ditanya kepada penjaga tandas beliau menyatakan masih belum ada bekalan dan kalau benar, saya rasa sudah hampir 3 bulan beliau memulakan kerja sebagai penjaga tandas di sana. 

Umum mengetahui taman pertabalan menajdi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong asing dan tempatan dan saya tidak pasti pewrkhidmatan tandas tanpa lampu ini memang dirancang untuk ditawarkan kepada mereka.

Saya percaya sekali lagi dengan keupayaan teknikal dan sistem pengurusan sedia ada oleh pihak MDCH mampu untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik berkenaan demi kesejatheraan bandar dan warganya.  

Saya berharap ada tindakan segera dilakukan. Insyallah bandar dan daerah kita ini mampu memberikan pengalaman yang menarik untuk semua pihak. 

* Untuk makluman, saya kongsikan juga aduan saya ini di laman blog, mrkumai.blogspot.com saya. 

Friday, March 11, 2016

Jawatan Kosong Sambilan Harian di MDCH

Tawaran Kerja di Majlis Daerah Cameron Highlands yang diedarkan untuk
tujuan sebaran dan publisiti hari ini.

Jawatan adalah Pekerja Sambilan Harian seperti maklumat lanjut dalam surat di bawah.

Jika berminat, ikuti prosedur yang telah dinyatakan.

Selamat berjaya ..


Wednesday, February 10, 2016

Pertandingan Mencipta Logo Rasmi Majlis Daerah Cameron Highlands

Juga dikongsikan maklumat dalam kumpulan whatsapps rakan-rakan di Cameron Highlands adalah Pertandingan Mencipta Logo Majlis Daerah Cameron Highlands yang dibuka kepada semua warga Malaysia yang berbakat dan berkebolehan dalam penciptaan logo. 

Hubungi MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS untuk maklumat lanjut mengenai cara penyertaan dan sebagainya. 

Saya sekadar menyambungkan maklumat ini kepada anda sahaja. 

Selamat berjaya...  cipta yang terbaik ....
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Pertandingan Mencipta Lagu Majlis Daerah Cameron Highlands

Tersebar maklumat pertandingan Mencipta Lagu Rasmi Majlis Daerah Cameron Highlands di kumpulan whatsapp rakan-rakan Cameron Highlands. 

Jadi saya kongsikan maklumat ini kepada anda yang berminat.

Hubungi Majlis Daerah Cameron Highlands untuk maklumat lanjut.

Selamat mencuba...


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, February 2, 2016

Tawaran Lesen Car Boot Sale di Padang Awam Tanah Rata

Saya ingin berkongsi maklumat Tawaran Untuk Menyewa Tapak Car Boot Sale di tepi Padang Awam Tanah Rata Cameron Highlands. 

Notis Pemberitahuan ini sudah mulai diedarkan dan dikongsikan dalam group whatsapp tempatan namun carian saya di laman web rasmi MDCH tidak menemui sebarang informasi ini. 

Jadi jika anda berminat untuk mendapatkan tapak car boot sale ini silalah menghubungi MDCH seperti dibawah. 

Sebenarnya idea untuk menganjurkan Car Boot Sale ini telah lama diperkatakan sejak dua tahun lepas tetapi terdapat halangan yang tidak pasti apakah benar seperti dikata. 

Jadi tak perlu saya katakan apakah halangan itu kerana saya sendiri tidak pasti kebenarannya. 

Namun semasa perjumpaan dengan Exco Kerajaan Negeri Pahang iaitu Exco Belia dan Sukan tahun lepas, Yang Berhormat Exco sendiri memaklumkan telah ambil maklum akan halangan yang dinyatakan untuk penganjuran 'Car Boot Sale'  sebelum sempat dibangkitkan oleh wakil persatuan belia yang hadir. 

Dan mungkin ini adalah hasil ambil maklum Yang Berhormat Exco tersebut yang akhirnya membenarkan aktiviti car boot sale ini dijalankan . Jika benar. 'tahniah dan terima kasih' Yang Berhormat Exco. 

Jika tidak pun tahniah MDCH kerana membenarkan aktiviti tambahan ini. Kalau tidak memeriahkan sangat Cameron Highlands, pastinya peluang perniagaan yang dibuka berkonsepkan Car boot Sale ini berjaya dilaksanakan. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Cameron Highlands 2016

Dalam catatan ini saya nak berkongsikan "Peluang Jawatan Kosong" yang ditawarkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bagi tahun 2016 dan kini mulai dibuka untuk pilihan awam. 


Maklumat mengenai tawaran kerja kosong ini saya perolehi dari laman web Majlis Daerah Cameron Highlands dan juga group whatsapp Cameron Highlands.

Terdapat 8 jenis kekosangan pelbagai bidang dan gred yang ditawarkan sepertimana maklumat yang dikongsikan dalam laman web rasmi mereka. 


Jadi bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kerja di MDCH ini bolehlah memohon kepada mereka sebelum tarikh 19 Januari 2016.

Untuk mengetahui maklumat lanjut boleh ke laman web rasmi MDCH dengan mengklik di SINI atau terus ke link berikut untuk ke muat turun borang Tawaran Kerja ini.  Muat Turun 1 Klik , Muat Turun 2 Klik , Muat Turun 3 Klik .

Selamat mencuba. Mana tahu ada rezeki anda untuk bekerja di sana... 

(Jangan tanya saya untuk maklumat lanjut ya.. saya dah kongsikan apa yang saya tahu).

Thursday, December 24, 2015

Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian) .... laluan jalan kaki dan berbasikal khas


Sekarang sedang berlangsung sesi pendengaran awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian) sehingga 18 Jan 2016.

Saya nak kongsikan apakah pelan perancangan majlis tempatan yakni Majlis Daerah Cameron Highlands untuk kegiatan sukan di Cameron Highlands. 

Saya teliti satu persatu projek setiap teras yang ingin dilaksanakan dari jilid 1 hingga 3.

Saya boleh katakan tiada!  

Selain hanya cadangan taman bandar berkonsepkan 'forest urban park' untuk tujuan rekreasi awam, tiada satu pun projek pembangunan kemudahan untuk  penggunaan bagi aktiviti sukan dan kegiatan belia mulai tahun 2030.‎ 

Tiada peracangan bagi tujuan sedemikian. 

Saya tak pasti dalam baki Rancangan Daerah Tempatan Daerah Cameron Highlands 2003-2015 yang sedang digunapakai dalam pembangunan daerah sekarang ada dan telah dibuat sebarang kemudahan sukan dan belia menyebabkan tiada keperluan untuk tahun 2030 ke atas. 

Atau mungkin ada unjuran tertentu yang digunakan untuk draf ini yang menunjukan tiada lagi wujud belia pada tahun 2030 ke atas di Cameron Highlands yang membolehkan tiada keperluan untuk perancangan sedemikian. 

Yang ada dalam Draf ini adalah hanya untuk aktiviti berbasikal iaitu cadagan membina laluan pejalan kaki dan berbasikal di sepanjang laluan dari kawasan Park & Ride di Habu melalui Jalan Persekutuan 59 ke Park & Ride Tringkap dengan perincian berikut:

a. Panjang  laluan adalah 22 km bermula di Park & Ride Habu hingga ke Park & Ride di Tringkap dan kembali semula menjadikan 44 km secara keseluruhan. 

b. Lebar laluan adalah 3 meter kedua arah seluas 132,000 meter persegi.

c. Lengkap dengan kawasan rehat dan lampu dilokasi tumpuan.

d. Kosnya melibatkan RM 300 setiap meter persegi atau RM38.6 juta dengan tambahan RM 22 juta untuk lanskap sepanjang 44 km.

e. Akan dilakukan akan dalam dua fasa iaitu 2018-2025‎ dan fasa kedua 2019-2015 (Ini saya keliru sikit).

f. Jadi kalau jadi bagus lah untuk projek bernilai RM60.6 juta ini berjaya direalisasikan. 



Cameron Riders berasakan keperluan tambahan yang mengekplotasikan keadaan alam sekitar perlu dirangka untuk aktiviti berbasikal seperti kawasan trek berbasikal lasak, tapak karavan dan perkhemahan serta pelan atur laluan berbasikal sama seperti konsep denai kembara sedia ada.  

Jom berikan pendapat.  Kita pastikan tiada pahat yang berbunyi selepas rumah tersergam indah... 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, December 21, 2015

Draft Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands... Teras 5

Teras kelima adalah berkenaan UrusTadbir Efektif bagi pentadbiran di
Cameron Highlands.

Antaranya Mengaktifkan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Tanah Tinggu
Pahang dan juga memperkasakan dan menjenamakan semula organisasi PBT.



(Untuk peringatan; Saya bukan pihak yang bertanggungjawab membuat
draft ini dan jangan tanya perincian pada saya ya)

Draft Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands ..Teras 4

Teras keempat Draft Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030
adalah Indistri Asas Tani dan Amalan Pertanian Mampan.

Ini memang amat penting memandangkan daerah ini adalah kawah
pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi bukan sahaja Malaysia malah ke
Singapura.

Namun kerakusan dan ketamakan petani menyebabkan daerah tanah tinggi
ini bermandi lumpur dan rosak teruk.

Harus tegas!!! Tegas dan lebih berkredibiliti bagi pihak berkuasa
tempatan untuk semua perlaksanaan ini.



(Untuk peringatan; Saya bukan pihak yang bertanggungjawab membuat
draft ini dan jangan tanya perincian pada saya ya)

Draft Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands .. Teras 3

Teras ketiga adalah Pelancongan Tanah Tinggi Mapan.

Usahakan Membangunkan produk-produk perlancongan dan meningkatkan
kawasan imej perbandaran peranginan dan kualiti reka bentuk bandar.

Juga pelan untuk menyediakan kawasan lapang untuk rekreasi dan riadah.


KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock