TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, December 23, 2016

Penutupan kawasan Meletak Dataran Tanah Rata sepanjang cuti krismas

*Aduan ini bersifat akademik

Dato Yang Dipertua,
Majlis Daerah Cameron Highlands

Pagi tadi seawal pukul 9 pagi, laman Facebook MD Cameron telah berkongsikan poster makluman penutupan tempat letak kereta di Dataran Tanah Rata bermula 24-28 Disember 2016 bagi kerja penyelengaraan dan pembaikan.

Notis makluman ini amat mengejutkan ramai pihak termasuklah diri saya.

Persoalan pertama yang saya fikirkan apakah ada keperluan mendesak untuk penutupan ini dilakukan pada tarikh ini yang juga jatuh pada cuti panjang perayaan Krismas.

Umum mengetahui bahawa cuti ini amat bersifat cuti puncak di mana dijangkakan ramai malah amat ramai pelancong akan mengunjungi Cameron Highlands dengan tambahan faktor penyumbang iaitu selepas gaji dan juga hanya tinggal 2 hujunh minggu sebelum persekolahan dibuka.

Malangnya saya merasai pihak MDCH seakan-akan tidak menyedari dua faktor jangkaan ini sehingga membuat keputusan untuk menutup kawasan parkir ini.

Mungkin gambaran dari tahun sebelumnua belum mampu menyakinkan pihak MDCH akan jumlah pelancong yang hadir.

Melalui data ringkas dua tahun lepas sekitar 728,121 pelancong hadir ke Cameron Highlands. Ini bermakna secara ringkas purata mingguan sekitar 14 ribu pelancong dan mengambil kira kadar peratusan penginapan hotel dihari biasa adalah 45% pada hari biasa dan naik ke 90% dihujung minggu, maka kemungkinan dihujung minggu yang berganda sehingga lebih  15 ribu akan berada di sini menyamai 50% jumlah penduduk tempatan.

Keputusan menutup tapak letak kereta di Dataran Tanah Rata bakal menyumbang kesesakan kepada laluan lalintas kerana kemungkinan pelancong akan meletak kereta di sepanjang Jalan Besar  di Tanah Rata.

Sedangkan pada minggu biasa pun sudah ramai yang meletak kereta di tepi Jalan besar ini.

Pilihan yang ada:
Dilakukan kerja-kerja penyelengaraan di luar waktu puncak iaitu hari bekerja biasa. 

Pengalaman tempatan menunjukan selepas cuti panjang biasanya jumlah pelancong akan sangat berkurangan dan kebanyakan premis lawatan dan makan akan ditutup.

Semoga di masa hadapan pihak MDCH dapat membuat keputusan yang rasional dan tepat. 

Notis pada pagi tadi telah mewujudkan suasana tertanya-tanya, gelisah, marah dan ragu-ragu kepada bagaimana ia diputuskan.

Tahniah kerana tindakan pantas telah diambil untuk menunda kerja-kerja yang dimaksudkan.

Syabas saya ucapkan.

Terima kasih.

*Aduan ini bersifat akademik semata-mata.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock