Sejak 3 bulan yang lalu telah tersebar berita bahawa tapak sedia ada Pasar Malam Brinchang akan dipindahkan ke lokasi baharu.
Timbul dan terdengar pula beberapa khabar angin lokasi yang akan dipilih.
Dan kini sah Tapak Pasar Malam itu AKAN DIPINDAHKAN lokasi baru ke arah Kea Farm iaitu selepas Loji Air Sungai Burung. Kalau dari Brinchang menuju ke Kea Farm, lokasinya disebelah kanan sekitar 3 kilometer jaraknya dari Pekan Brinchang. Tetapi bila nak dipindahkan tu saya tak tahu ya.
Lokasi baharu ini agak jauh dari Pekan Brinchang. Maka tidak boleh lagi berjalan kaki seperti sekarang ini.
Kenapa tapak pasar malam sekarang perlu dipindahkan? Ini kerana tapak sedia ada adalah bukan milik Majlis Daerah Cameron Highlands dan ianya disewa dari pemilik tanah tersebut.
Pemilik tanah tersebut kini mahu memajukan kawasan tersebit sebagai bandar baharu dan kompleks perniagaan.
Juga kedengaran sebelum ianya siap sepenuhnya, ada pelan kontigensi ataupun kecemasan dirangka untuk memindahkan sementara tapak pasar malam ini ke lokasi yang biarlah saya rahsiakan dahulu sehingga ianya disahkan.
Rata-rata peniaga tidak mahu berpindah kerana lokasi yang belum pasti menarik pelanggan mereka dan juga mereka perlu bertukar konsep iaitu dari gerai separa kekal kepada gerai bergerak yang mana mereka perlu membawa peralatan perniagaan mereka setiap kali pasar malam.
Tapi tak apa bagi saya sebab dah nama peniaga pasar malam memang kena berpindah dan bawa barangan dan peralatan setiap kali pasar malam dibuka dan bukannya kedai untuk simpan barang-barang perniagaan.
Panjang pula saya menulis catatan ini.
Bagi yang dah berhajat nak tanya bagaimana nak dapatkn tapak perniagaan dan lesennya di kawasan yang baharu ini, jangan tanya saya!!
Saya bukan yang berwajib!!! yang berwajib adalah MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS. Hubungi mereka untuk pertanyaan lanjut dan seterusnya.
No telepon ada? Tolong tanya Pak Long GOOGLE..
Harap membantu...
Tapi yang dok baca catatan ini ingat ayat saya di atas , AKAN DIPINDAHKAN... bukan sudah berpindah... jadi jangan dok gabra sangat dan jangan dok gelabah nak tanya kat mana ya.. buka bila ya... AKAN DIPINDAHKAN.. kalau ada yang bertanya maksudnya tak baca la tu ... iskh iskh iskh ..
Tapi yang dok baca catatan ini ingat ayat saya di atas , AKAN DIPINDAHKAN... bukan sudah berpindah... jadi jangan dok gabra sangat dan jangan dok gelabah nak tanya kat mana ya.. buka bila ya... AKAN DIPINDAHKAN.. kalau ada yang bertanya maksudnya tak baca la tu ... iskh iskh iskh ..
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment