TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, December 15, 2016

Laluan pintas pejalan kaki ke Kea Farm


Saya sekadar nak kemaskinikan laluan pintas ke lorong utama ke Kea Farm tetapi hanya untuk pejalan kaki

Bagi anda yang ke Kea Farm dan mendapat tempat kereta sekitar gerai MDCH sebelum Kea Farm, anda usah risau jika merasakan agak jauh dari Lorong utama Kea Farm.

Tak jauh sebenarnya sebabnya bersebelahan Cafe Lorong terdapat laluan bertangga untuk ke Lorong Utama Kea Farm.

Jadi arah anda datang adalah dari arah belakang pasar ini. Kunjungan saya lamaaaa dahulu anda akan menemui kedai jualan ubi madu dan seangkatannya dan dimiliki oleh Peniaga Orang Asli. Saya ada berkongsikan catatan mengenai kisah jualannya dahulu.

Cuma saya kurang senang dengan suasana sekitarnya yang dijadikan tempat sampah oleh peniaga.

Mungkin MDCH boleh mengubah lokasi tempat mengumpul sampah di situ. Tapi ini berdasarkan kunjungan saya yang agak lama.

Jadi tak kisahlah. Saya syorkan anda menggunakan tangga tersebut. penat mendaki ketika kosong ditangan tidak terasa kerana ketika pulang menuruni tangga dengan penuh bungkusan di tangan.....

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock