Saya ada beberapa kali mendapat komen yang mengatakan Cameron Highlands kekurangan lanskap tanaman hiasan yang menarik dan mengambarkan keindahan daerah tanah tinggi yang unik ini.
Saya kena akui. Memang sangat kurang dan hanya ada di lokasi tertentu sahaja jika ditanya mana taman awan atau lanskap istimewa.
Selebihnya kepada hentian agritourism milik pengusaha swasta tempatan.
Untuk usaha majlis tempatan yakni MDCH sangat kurang hatta dalam bandar utana sekalipun selain Taman Pertabalan, Terminal Fressia, Replika Sayur sayuran serta Menara Jam di Tanah Rata manakala di Brinchang hanya di tengah bandarnya sahaja bertentangan stesen teksi.
Kalau ada pun tak nampak keistimemewaan dari sudut ciri-ciri 'landmark' atau 'trademark'kepada Cameron Highlands.
Dahulu orang lama CameronHighlands mengatakan pokok ros ditanam sebagai hiasan dan Tanah Rata dijolokan sebagai Taman atau Pekan Bunga Ros namun kini kami sendiri tak tahu nak kaitkan dengan apa.
Apakah pokok teh? Kekwa? Kobis atau juga jagung?
Nak mencari satu perkataan lanskap seperti Cameron Highlands seperti di Menara Jam sukar ditemui.
Mungkin MDCH boleh fikirkan sesuatu dan sewajarnya berbuat demikian sebagai majlis tempatan.
Namun sebagai pujian ikhlas saya, Selasa yang lalu saya melihat kumpulan pekerja MDCH dah memulakan projek lanskap baru mereka di selekoh jalan menuju Ringlet sebelum persimpangan Kampung Sungai Ubi.
Harapan saya juga, ada pelan penyelenggaraan yang bersesuaian akan dilaksanakan kelak untuk lanskap baru ini semoga tidak menjadi projek lanskap di selekoh sebelah rumah pam di Habu yang menjadi 'hutan sekunder' selepas dimulakan.
Alhamdulilah, kini telah ada kerja pemuliharaan dilakukan setelah aduan disampaikan melalui email dahulu.
Harap kerja-kerja berkenaan diteruskan sebaik mungkin. Kudos kepada unit berkenaan.
Penduduk dan pelancong mengharapkan sesuatu yang indah di bumi Cameron Highlands kerana ianya amat digemari ramai dan dalam facebook semua sudut dikongsikan oleh semua pelancong.
Semoga tidak mengecewakan kami ya MDCH.
Ramai menantikan projek lanskap baharu ini.
No comments:
Post a Comment