TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, December 25, 2016

Ditunda atau ...


Yang Hormat Dato Yang Dipertua,
Majlis Daerah Cameron Highlands.

Semalam kecoh seketika bilamana satu notis penutupan kawasan letak kereta Dataran Tanah Rata mulai 24-28 Disember 2016 dikeluarkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands melalui facebook MD Cameron.

Mungkin setelah ada maklumbalas yang tidak bersetuju daripada beberapa pihak akan notis penutupan tersebut kerana melibatkan waktu puncak cuti Krismas yang akan menyaksikan kehadiran jumlah pelancong yang ramai, selang sejam pihak MDCH mengeluarkan Notis kedua iaitu ralat/makluman dan menyatakan secara jelas penutupan ini dibatalkan dan kerja-kerja berkaitan akan ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Semua pihak lega. Saya pun lega. Netizen pun lega.

Saya sendiri telah menghantar satu email kepada Yang Hormat Dato dengan 'aduan bersifat akademik' bagi berkongsi keperluan merancang berdasarkan suasana dan jangkaan untuk dimasa hadapan kerana beranggapan notis kedua telah menyelesaikan kekecohan dari notis pertama. 

Namun pada petang 23 Disember 2016 pada pukul 5 petang saya menyaksikan sendiri dari jauh terdapat kerja-kerja pembaikan telah mula dilakukan malah lebih awal dari notis pertama iaitu 24 Disember 2016.

Pihak kontraktor menutup beberapa lot parkir dan melakukan kerja yang berkaitan.

Saya sendiri mencari kembali dalam facebook MD Cameron untuk melihat adakah ada notis ketiga memaklumkan kerja-kerja akan ditetap dijalankan dengan perubahan modus operandi iaitu penutupan secara berperingkat dan juga diawalkan sehari namun tiada.

Saya bingung. 

Pada 24 Disember 2016 saya dikongsikan beberapa keping gambar dalam laman facebook yang menyatakan kerja-kerja berkaitan dengan notis pertama tetap dijalankan oleh pihak kontraktor.

Saya tiada jawapan kepads pertanyaan rakan-rakan saya kerana saya bukan pihak yang berwajib.

Yang boleh saya nyatakan saya keliru dan agak kesal kerana terasa ditipu dengan notis kedua oleh pihak MDCH.

Yang Hormat Dato,

Maaf bukan berniat untuk mencampuri urusan pihak MDCH tetapi rata-rata dikalangan kami mahu menyumbang idea dan juga pandangan dari perpektif masyarakat umum kepada pihak MDCH untuk yang terbaik kembali kepads komuniti.

Saya secara peribadi berharap ada 'walk the talk' atau secara mudah 'cakap serupa bikin' bagi pihak MDCH yang menjadi tunjang dan contoh terbaik kepada agensi dan pelanggan anda semua.

Bagi saya dalam kes ini, saya menemui kehampaan untuk melihatnya.

Mungkin ada halangan dan juga keperluan mendesak yang tidak dapat dielakan dihadapi oleh pihak MDCH.

Moga akan diberikan kemudahan bagi pihak yang berkaitan untuk melaksanakan apa yang dikata.

Selamat maju jaya.

*ini adalah email aduan kepada MDCH melalu majlis@mdcameron.gov.my

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock