TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, December 5, 2016

Salahkah Saya menetap di Aronda Nova?

 
Saya menerima pertanyaan dari salah seorang pembaca yang bertanya dalam nada risau tulisannya.

"Saya dah tempah bilik di Aronda Nova dan kawan saya katakan pilihan saya itu sangat tidak tepat kerana lokasinya jauh dari tarikan pelancong. Saya rasa menyesal. Mood nak melancong ke sana pun dah tak ada". 

"Betul ke saya dah buat silap dalam menempah bilik di Aronda Nova?.

Jawapannya dari saya kepada beliau adalah..... tunggu dulu.. nanti saya update... 

Agak-agak apa jawapan saya itu dan apakah pula pandangan anda..
 
Jawapan saya adalah (update 6 Disember 2016) :
Anda tidak membuat salah dan silap bila menempah hotel di sekitar Kea Farm. Kenapa?
 
1. Kea Farm adalah kawasan altitude tertinggi yang menawarkan penginapan di Cameron Highlands dan bermakna lebih tinggi lebih sejuk dan nyaman. Ini adalah BONUS kerana anda akan menginap hotel di bangunan yang tinggi seperti Aronda Nova atau Copthorne.
 
2. Kea Farm mempunyai lebih 8 tempat tumpuan pelancong di kawasan antaranya Pasar Sayur dan Bunga Kea Farm yang mana menjadi tumpuan utama untuk singgah di sini. Ramai yang datang dari Tanah Rata dan Brinchang untuk singgah membeli belah dan bayangkan anda sudah berada di sana seawal pagi.Siapa yang lebih dekat?
 
3. Kawasan lain tumpuan di sana adalah Ladang Teh Sungei Palas. Dekat sahaja dan mudah untuk anda pergi seawal pagi untuk lebih merasai suasana segarnya. Orang lain kena bergerak jauh dari Brinchang dan Tanah Rata.

Anda boleh ke sana seawal matahari terbit. Indah suasananya untuk dinikmati dan sambungkan pula dengan sarapan pagi di Tea Centre ladang ini yang dibuka pada pukul 9 pagi.
 
Suasananya ketika ini amat tenang dan masih belum sibuk. Nak bergambar pun tak ramai orang.
 
Lebih istimewa kalau anda sewa basikal di Cameron Square di Aronda Nova untuk berkayuh ke ladang teh tersebut. Namun hanya sesuai untuk golongan dewasa dan remaja. Penat juga wei..
 
Jika kena dengan masanya sebab anda sudah bergerak awal pagi, anda mungkin akan menemui kelompok pemetik daun teh yang sedang melakukan kerja mereka. Yang datang lewat tengahari dari Tanah Rata dan Brincang biasanya akan terlepas detik ini kerana pemetik daun teh akan memulakan kerja mereka seawal pagi dan tamat sebelum tengahari bagi menjamin kesegaran pucuk daun teh.
 
4. Dekat Kea Farm juga selepas ladang teh tersebut anda naik terus ke Mossey Forest dan singgah di Puncak Gunung Brinchang yang dihubungkan oleh laluan jalan raya yang bertar tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu 2000 meter dari aras laut.
 
Semuanya boleh dilakukan awal pagi dan anda tidak akan terjebak dalam kesesakan di laluan ladang teh. Ketika anda dah nak keluar, anda akan melawan arus kesesakan yang perlu ditempuhi oleh mereka yang menginap di Tanah Rata atau Brinchang atau yang keluar lewat dari hotel walau di Kea Farm
 
5. Selepas itu anda boleh tumpukan kawasan tumpuan lain sekitarnya, ada Bee Farm, Butterfly Farm, Holiday Park dihadapan Aronda Nova dan juga jauh sikit adalah Rose Valley. Juga ada beberapa kawasan tumpuan di situ yang saya sendiri tak pernah singgah. Kedai 7Elevan pun ada di komplek membeli belah di situ. Turun aje bila-bila masa dari bilik anda.
 
6. Jauh sikit ke Tringkap, anda boleh ke Lavendar Garden yang popular kalau bukan menggunakan Jalan Simpang Pulai untuk pulang. Kalau ikut arah tu, jadikan persinggahan semasa pulang atau saya percaya anda dah singgah semasa datang.
 
Jadi semuanya dekat sahaja jika anda menginap di sekitar Kea Farm.. sangat berbaloi...
 
"errr Tapi saya tak boleh ke Pasar Malam di Brinchang.."
 
Boleh sahaja sebab kalau anda selesaikan lawatan anda ke kawasan sekitar Kea Farm di awal pagi, anda boleh ke Brinchang dan Tanah Rata selepas makan tengahari dan percayalah .. anda akan melawan arus dan kurang mengalami kesesakan berbanding mereka yang menginap di Brinchang dan Tanah Rata yang nak ke kawasan tumpuan perlancongan di sekitar Kea Farm. 
 
Cuma kalau nak ke sana sekitar pukul 5 memang akan menempuh sesak jugak sebab anda akan disertai oleh mereka yang telah melawat kawasan Kea Farm dan perlu pulang ke Brinchang dan Tanah Rata yang menjadi penginapan mereka.
 
Jadi jangan terlalu lewat ke Brinchang dan jika anda awal anda kan melawan arus mereka yang baru nak mulakan perjalanan ke sana di kala anda dah selesai dan menuju ke Brinchang dan Tanah Rata pula.
 
Tempat makan ada beberapa pilihan di Cameron Square atau pun yang popular kini Cafe Lorong di Kea Farm.
 
Jadi usah bersedih .. saya tetap mengatakan anda tidak membuat kesilapan dengan memilih penginapan di Aronda Nova.  
 
Lain-lain tu, saya serahkan kepada pembaca lain jika ada yang nak menambah.
 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock