Saya membaca di facebook dan mendapati antara tempat makan yang tular (viral) adalah Cafe Lorong dan sebuah lagi gerai makan di Kea Farm.
Bezanya Cafe Lorong menjadi tular kerana menu makanan yang unik gabungan timur dan barat serta pilihan air yang istimewa seperti Optimus Prime dan seangkatannya.
Harganya juga dikatakan berbaloi untuk dibayar setanding dengan rasa yang disediakan. Kalau sedap, mahal sedikit pun orang tak kisah.
Saya pernah menikmati makanan di Cafe Lorong ini dan ada catatannya dalam blog saya ini sekitar bulan 5 yang lalu.
Lokasinya adalah di Kea Farm namun bukan di lorong utama kea Farm tetapi disebelah arked jualan sebelum sampai ke Kea Farm jika dari arah Brinchang dan selepas Lorang Kea Farm jika dari arah atas.
Mudah dilihat dan di cari. Saya hari sabtu yang lalu nak singgah ke sana selepas penat menerokai Mossy Forest dan Gunung Brinchang. Malangnya cafe tersebut penuh dengan pelanggan dan ada sudah yang berdiri diluar menanti giliran.
Alhamdulillah. Kalau dah bagus kan sampai kepada yang lain.
Saha terpaksa batalkan niat kami kerana tidak sanggup menunggu dan peluang ke sana masih ada di lain waktu.
Juga terdapat di Kea Farm adalah sebuah gerai makan di lorong utama Kea Farm yang juga menjadi tular. Namun ketularannya bersendikan kisah tidak puas hati akan layanan pemiliknya yang kasar dan kurang sopan malah kurang ajar kata ramai pelanggannya.
Mereka menularkan kisah dan pengalaman pahit mereka beberapa kali di laman facebook...
Jadi terpulang kepada anda untuk membuat pilihan....
* TULAR bermaksud VIRAL ... Dewan Bahasa & Pustaka dah istiharkan... saya gunakan aje...
No comments:
Post a Comment