Masuk aje ke Tanah Rata dari arah Ringlet akan anda temui BOX PORT yang berkonsepkan binaan menggunakan kontena.
Tapi apa itu BOX PORT..
Ianya adalah rangkaian kedai jualan barangan perlancongan dan lebih utamanya adalah arked makanan.
Terdapat sekitar 10 pilihan gerai makan dengan pelbagai menu ditawarkan.
Antaranya masakan panas, sate, aneka air, masakan barat, steamboat, sup panas dan makanan India.
Kedudukan meja makan ditengah dan terkepung dengan kontena sekelilingnya pula amat selesa kerana jika membawa anak kecil pasti tidak terlalu risau untuk melihat mereka berlari-lari sekelilingnya.
Saya sering ke sana juga untuk menikmati makanan dan lebih kepada suasana santai untuk bersembang dengan kawan-kawan yang datang bercuti kerana tidak perlu risau tuan kedai marah sebab kita lama bersembang.
Kalau di kedai makan atau food court yang lain mungkin suasananya agak sibuk dan tidak boleh untuk berlama-lama di sana.
Boleh dijadikan pilihan ....
No comments:
Post a Comment