TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, December 15, 2016

Division Gunung Brinchang Ladang Teh Sungei Palas

Saya telah beberapa kali berkongsikan lokasi Division  Gunung Brinchang iaitu lokasi yang cantik untuk anda singgah dan lebih senang kerana tiada halangan untuk anda ke sana berbanding dengan ladang teh yang lain.


Kenapa?


Kerana ianya berada dalam laluan ke Gunung Brinchang dan jalan tersebut dibawah pengurusan Majlis Daerah Cameron Highlands jika tidak silap saya. 

Jadi pihak ladang teh tidak dapat membuat halangan kepada pihak yang menggunakannya selagi anda tidak memasuki mana-mana bahagian ladang teh milik mereka. 

Berbanding dengan laluan masuk ke Tea Centre di Sungei Palas yang hanya dibuka selepas pukul 9 pagi dan ditutup selepas 4.30 petang kerana ianya dibawah kuasa pengurusan mutlak BOH PLANTATION. Ianya sama situasinya di Ladang BOH di Habu ataupun Bharat Tea Plantation di Kuala Terla dan juga di Tanah Rata. 

Dah dapat kesempatan sebegini anda boleh ke sana sepanjang masa seawal pagi. Namun dah menjadi adat kita melalui kawasan dan aset milik orang lain, kenalah pandai hormat untuk tidak menggangu apa sahaja aset tersebut. 

Ianya bertuan dan ada peraturan yang perlu anda patuhi dari masa ke samasa. 


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock