Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Khamis, 30 Ogos 2012

Peristiwa : Merdeka !!! Merdeka !!!! Merdeka!!! Alhamdulillah ...

 

Esok, 31 Ogos 2012.. sebahagian lagi dari hari-hari dalam kalendar kita. Namun bagi rakyat Malaysia seperti aku, esok amat bermakna kerana esok adalah hari Kemerdekaan ke 55 tahun negara tercintaku.
 
Jika 55 tahun dahulu, datuk nenek moyang kita berusaha membebaskan negara ini dari sebarang kuasa penjajahan dan antaranya yang terakhir adalah dari Kerajaan Bristish.
 
 
Namun mutakhir ini, ada yang mengatakan kita bukan berjaya membebaskan negara dari penjajah tetapi berkomplot dengan penjajah kerana masih mengamalkan semua peninggalannya dan penjajahan mindanya.
 
Dengan tiket kebebasan bersuara, maka masing-masing mengutarakan pendapat dan ada yang memaksa orang lain menerima pendapat tersebut manakala pihak yang lain bingkas mempertahankanya.
 
 
Antara kita mula mengkelaskan dan menjenamakan pihak-pihak yang terlibat dengan taksiran terbaru dan menolak catatan sejarah yang sedia ada. Samada mereka benar-benar mengetahui, memahami dan meneliti apa jua sumbernya, maka masing-masing membangkitkan pendapat untuk untuk diterima pakai.
 
Maka masing-masing bercakaran pendapat dan ideologi politik dan tidak dapat pasti dimanakah tahap 'keikhlasan' dan 'kejujuran' mereka-mereka ini samada sekadar untuk berpolitk ataupun benar berjuang.
 
Bagi aku rakyat Malaysia yang biasa ini, amat bersyukur... bersyukur dan bersyukur kerana dilahirkan di MALAYSIA ... sebagai ISLAM.... berketurunan MELAYU dan menikmati semua kemakmuran di negara yang bertuah ini. Sentimen ini lebih terasa kerana ungkapan 'Tanah Tumpahnya Darahku' ... mengalir dan terus mengalir di dalam tubuh ini dan akan dipertahankan...
 
Mereka yang terdahulu amat berbangga tatkala kemerdekaan dicapai kerana mereka lebih mengerti perit dan jerih keringat yang mengalir bersama air mata dan darah ketika menuntutnya berbanding generasi kini.  

 
Setelah mencapai 50 tahun yang pertama, maka cabarannya adalah meneruskan 50 tahun dan seterusnya.
 
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan... Bersyukurlah ...  Takkan nak diajak bersyukur pun akan dijawab ''aku bersyukur tetapi ......" 

Isnin, 27 Ogos 2012

100,000 halaman dibaca.. terima kasih

Terleka seketka mengenai jumlah halaman di baca di mrkumai semasa cuti hari raya tanpa sedar bahawa laman blog ini telah mencecah 100,000 halaman dibaca dengan purata harian sekitar 400- 500 halaman dibaca semenjak beberapa bulan kebelakangan..
 
 
Saya mengakui ini mungkin sekadar cebisan cerita jika hendak dibandingkan dengan blog yang lain yang mudah menarik minat bukan sekadar 100,000 halaman dibaca malah mencecah jutaan dalam tempoh yang singkat.
 
Namun saya memulakan blog ini sekadar untuk berkongsikan apa yang saya minat dan lihat untuk koleksi peribadi seperti petikan berita online yang menarik bagi saya supaya di masa hadapan saya masih dapat membacanya kembali.
 
Cuma arahnya semakin bertambah bilamana saya mendapati terdapat carian maklumat mengenai Cameron Highlands bagi mereka yang ingin bercuti ke sini. Maka saya berkongsikan maklumat yang saya tahu berdasarkan pengalaman sendiri ketika tinggal di sini untuk anda buat sebagai antara panduan.
 
Pastinya angka 100,000 halaman dibaca di blog in amat saya hargai dan sedikit sebanyak memberi semangat untuk terus menulis sesuatu di sini.. Terima kasih  
 
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu cerminan kelemahan diri saya..

Tiada kopitiam di Terengganu milik sijil halal

Ini satu berita yang mungkin ramai tak sangka, Kopitiam yang anda kunjungi nampkanya seperti halal dengan pekerja berbangsa Melayu tetapi tidak semestinya mempunyai perakuan sijil halal.
 
Malah awal tahun ini sebuah syarikat kedai nasi kandar sungguh berbangga mengatakan dalam surat khabar bahawa Rangkaian Restoren Nasi Kandar mereka adalah yang pertama memiliki sijil halal di Malaysia berbanding rangkaian kedai nasi kandar yang lain.
 
Ini bermaksud, selama ini restoren Nasi Kandar yang melata tumbuhnya di setiap ceruk bandar dan pekan sebenarnya tidak mempunyai perakuan sijil halal bagi dapur mereka.
 
Malah kalau anda pergi ke kedai makan biasa pun sebenarnya tiada sijil halal kecuali keyakinan kita bahawa pengusaha yang beragama Islam pastinya menyajikan makanan halal semata.
 
 
KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Tiada kopitiam di negeri ini yang memiliki sijil halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) setakat ini, kata Pesuruhjaya JHEAT Datuk Mohd Rozali Saleh.
 
Beliau bagaimanapun menjelaskan sijil halal tidak diwajibkan ke atas pengusaha kopitiam di negeri ini dan ia hanya sebagai satu aspek penambahbaikan terhadap operasi mereka.
 
"Kesedaran di kalangan pengusaha kopitiam masih rendah dan majoritinya memandang remeh mengenai kepentingan sijil halal. Kita tidak boleh memaksa pengusaha kopitiam untuk memohon sijil halal JHEAT kerana ia bukan wajib, cuma berharap mereka akan berusaha mendapatkannya sebagai satu aspek penambahbaikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
 
Katanya JHEAT berharap agar orang ramai berhati-hati ketika memilih tempat untuk menjamu selera kerana hanya premis makanan yang menerima sijil halal JHEAT sahaja benar-benar mematuhi kriteria halal jabatan itu.
 
"Jika orang ramai menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna dengan "menggesa" pengusaha kopitiam mendapatkan sijil halal JHEAT, pasti ia akan memberi kesan terhadap operasi perniagaan mereka," katanya.
 
Sehingga kini, katanya hanya satu kopitiam di Kemaman sahaja telah memohon kepada JHEAT untuk sijil halal dan ia masih dalam proses penelitian. - BERNAMA

Rabu, 15 Ogos 2012

Jom Beraya...

Jom beraya .. tajuk yang ringkas tetapi mungkin sudah kena dengan 'mood' yang ada sekarang...

Kalau anda balik kampung hujung minggu ini, apa kejadahnya kalau sekadar duduk di rumah tanpa meraikan dengan kawan-kawan serta jiran tetangga..

Budak bujang blok 13 Felda Kumai
Baju raya semuanya baru belaka dan berkelip-kelip tetapi sekadar menjadi tontonan keluarga semata-mata. 

Kasut pula masih baru seperti di dalam kotak. Anak-anak kecil pula bersidai diluar rumah tanpa aktiviti berjalan di hari raya. Poket tak penuh dik ooii..

Kunjung mengunjungi antara satu sama lain lebih baik dari terperuk mengadap tv di rumah anda.


Raikan sesama insan dan berikan satu pengalaman yang amat berharga kepada anak-anak muda..

Mungkin zaman anda sudah berlalu tetapi jangan dibiarkan zaman anak-anak anda berlalu begitu sahaja tanpa merasakan sendiri pengalaman beraya..

Atau yang mempunyai semangat kejiranan yang baik seperti blok kami di Felda Kumai, boleh la bergerak secara berombongan bercampur antara golongan tua, muda dan kanak-kanak mengunjungi jiran tetangga dari satu rumah ke satu rumah.

Klik untuk membaca catatan terdahulu mengenai tradisi Blok 13 Felda Kumai meraikan hari raya setiap tahun ... Klik


Namun adab dan tertibnya perlu dijaga... pesan kepada anak-anak anda ... mungkin senarai semak di bawah ini boleh membantu anda untuk mengingatkan anak-anak anda ketika berjalan raya kelak..
  • Berjalan secara berkumpulan yang sesuai sekitar 3-6 orang sekali untuk keselamatan dan juga keselesaan tuan rumah melayani anak-anak anda.
  • Berikan salam dan tunggu dijemput untuk naik ke rumah dahulu.
  • Elakan masuk ke rumah yang sudah penuh dengan tetamu kerana boleh menyulitkan tuan rumah melayan anda. Ulang semula ke rumah tersebut kemudian bila tetamunya sudah pulang.
  • Duduk di ruang yang disediakan atau dipersilakan. Jangan pula sampai ke ruang bilik ataupun dapur. Rajin sangat la pulak...
  • Duduk dengan sopan dan jangan memanjat-manjat perabot tuan rumah.
  • Jangan menyentuh perhiasan seperti gambar, album, permainan kanak-kanak, pasu ataupun koleksi peribadi tuan rumah.
  • Jangan membuat bising dan kecoh di dalam rumah dan jangan pula memandai-mandai menggunakan peralatan elektronik di rumah orang seperti komputer, tv dan permainan tv.
  • Makan dan minum setelah hanya dijemput oleh tuan rumah.
  • Berada di rumah tetamu sekitar 15 minit sebelum beredar.
  • Jangan beredar secepat mungkin kerana niat anda lebih kepada memungut duit raya.
  • Bersalaman dengan tuan rumah sebelum keluar dan jika diberikan duit raya jangan segera membuka sampul duit raya dihadapan tuan rumah.
  • Jangan membandingkan jumlah duit raya jika ada diberikan dengan rumah-rumah yang lain 
  • Ucapkan terima kasih, selamat hari raya, maaf zahir batin dan cium tangan tuan rumah.
  • Yang lain-lain tu , sendiri fikir... 
Yang dibawah ini , kecoh jadinya.. beraya tanpa air... kesian... agak-agak tahun ni berulang lagi tak ? Dalam nak berjalan raya sempat lagi menadah air yang dihantar JBA ... segak bergaya baju melayu dan kurung membawa tong kosong menadah air... alangkah segak bergaya namanya..



SELAMAT HARI RAYA

Beraya bersama Ibu Dan Ayah...

Pulang ke kampung pastinya untuk beraya bersama ibu dan ayah tercinta. Ini mungkin tujuan utama bagi mereka yang masih mempunyai keduanya atau salah seorang daripadanya. Namun bagi mereka yang sudah tiada sesiapa pasti terasa berbeza. Kesedihan, kepiluan dan pelbagai rasa pastinya akan menjadi tetamu di hari bermakna ini.

Bagi yang masih ada, bersyukurlah masih dapat merayakan hari mulia bersama... Insyallah sama bagi diri saya.. Alhamdulillah.

Tapi tahukah anda ada segelintir dari kita yang menyambutnya secara berbeza. Ibu dan ayah yang masih ada menjadi bebanan kepada mereka malah dilayan dengan tidak sepatutnya... mungkin dua klip dari iklan raya dibawah ini mengambarkan antara kisah yang tidak mahu kita lihat...


dan ini..


Adakah anda sebegini ..jauhkanlah  sifat ini dari kita ...

SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR & BATIN

Jom Pulang Beraya....

Menjadi tradisi kita untuk pulang ke kampung halaman menyambut hari raya. Dari jauh kita akan tetap berusaha untuk pulang ke desa. Namun bukan semua yang mahu pulang dengan pelbagai alasan remeh untuk didengar.

Klip iklan oleh Bernas tahun ini cukup menyentuh rasa. Biarpun berbagai halangan dan yang menanti mereka sekadar batu nisan, namun tetap mahu pulang . Ahmad merindui arwah ibunya manakala Fizi tiada sesiapa. Tiket bas yang habis, tiket keretapi yang tidak cukup akhirnya mereka memilih menumpang lori untuk pulang ke Segamat..



Dalam serba kekurangan mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Ahmad yang kurang boleh bertutur menjadi mata kepada Fizi yang buta dan begitulah sebalikya bagi Fizi yang bertutur bagi pihak Ahmad.. .

"Ini mak Ahmad.. mak Ahmad mak Fizi juga" ujar Ahmad sambil memegang batu nisan ketika memperkenalkan kubur arwah ibunya....
 
Selamat Hari Raya .. Maaf Zahir Batin ...

Selasa, 14 Ogos 2012

Petikan Berita : Patin sekilo RM 300

Kali ini berkongsi pula dari Harian Metro yang begitu dekat kisahnya dengan aku yakni patin Sungai Pahang.Satu ketika dahulu saya pernah berkongsikan kisahnya yang memetik dari Kosmo dengan tajuk "Penangan Patin Ori' (klik) dan kini giliran Harian Metro pula. Klik

Terkenal dengan jolokon Daerah Patin, Temerloh sememangnya kaya dengan pengeluaran spesis ini secara kormesial dan pada masa yang sama kelikatan air sungainya yang mengalir lesu berwarna kuning ini, ada raja sungai yang masih berselindung dan jika ada rezeki pemancing pasti tumpas jua ke darat.

Untuk memeriahkan imej ikan patin ini, Majlis Pembandaran Temerloh (MPT) membina Dataran Patin di sebelah Esplanade Temerloh. Klik untuk catatan saya mengenainya . Klik.

JERANTUT: Harga ikan patin muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri ini apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram, sekali gus mengatasi harga jelawat yang dijual pada kadar RM220 hingga RM250 sekilogram.

Raja segala ikan Bagaimanapun, harga yang tinggi bagi mendapatkan ikan yang boleh dianggap sebagai identiti negeri itu bukanlah penghalang sebaliknya orang ramai tetap mahukan ikan berkenaan seraya membuatkan permintaan terhadap patin muncung meningkat dua kali ganda berbanding biasa.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar di daerah ini mendapati patin muncung pasti menjadi pilihan terutama di hujung minggu iaitu apabila anak penduduk yang pulang dari perantauan untuk menjalani ibadat puasa bersama keluarga masing-masing.
Di Jerantut, lokasi paling panas mendapatkan ikan air tawar segar ialah di Pekan Sehari Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Besar Jerantut yang mula dikerumuni orang ramai sejak awal pagi.

Patin muncung, jelawat, temoleh, tapah, patin perak, patin buah, tenggalan, gerahak, baung kenderak, baung akar dan kerai adalah antara ikan sungai yang sering diburu penduduk setempat setiap kali ke pasar kerana rasanya yang enak jika dijadikan masak tempoyak, pais tempoyak, gulai rom dan masak asam belimbing buluh.

Seorang peniaga di pasar besar Jerantut, Ruslan Wahab, 54, berkata permintaan ikan sungai sentiasa mendapat sambutan pembeli walaupun harganya mahal.
BERTUAH...nelayan sungai, Abdul Fadil Abu Samah berjaya menangkap  patin muncung Sungai Pahang seberat 33 kilogram.
BERTUAH...nelayan sungai, Abdul Fadil Abu Samah berjaya menangkap patin muncung
Sungai Pahang seberat 33 kilogram.
“Saya mendapat bekalan ikan dari nelayan sungai di Kampung Pulau Mangsuk, Lada, Batu Embun, Jerantut Feri dan Kuala Teh. Biasanya ikan sungai yang dijual akan habis dalam masa sejam saja kerana pembelinya tetap ada walaupun harga ikan sungai asli cukup mahal.

“Ada kala, nelayan sungai selama ini menjadi pembekal, tidak dapat memenuhi permintaan kami kerana ada juga pelanggan sudah menunggu di jeti semata-mata mahu mendapatkan ikan sungai segar.
“Harga patin muncung memang mahal sekarang terutama bagi yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram,” katanya.

Katanya, harga bagi ikan sungai asli yang lain seperti temoleh mencecah RM40 sekilogram, juara (RM24), tapah (RM60), patin buah (RM100), tenggalan (RM80), baung kenderak (RM24), gerahak (RM55), baung akar (RM40), kerai kunyit (RM30) dan kerai jelawat (RM60).

Katanya, ikan sungai asli sering mendapat permintaan ramai kerana rasa isinya yang jauh lebih sedap berbanding ikan sungai diternak dalam sangkar.
Artikel ini disiarkan pada : 14/08/2012

Peristiwa : Sayembara pelita raya...

Saya ingin berkongsikan kisah dari Rencana Utama Kosmo mengenai Pelita dari bahan Buangan yang sedikit sebanyak mengimbau kenangan saya ketika kecil dahulu.

Mungkin kerana kemiskinan dan tiada ketika itu pelita-pelita raya yang tersiap sedia dijual maka kami yang masih kecil ketika itu lebih kreatif membuat sendiri pelita raya dengan menggunakan bahan buangan khasnya tin-tin susu yang kosong, kain batik atau pelikat lama sebagai sumbu dan kayu-kayu lama sebagai pengalasnya.

Kini semuanya berbeza tetapi kenangan lama sentiasa mudah terbayang kembali jika membaca rencana sebegini.. thumb up  Kosmo..
MERASAI pengalaman suasana perkampungan yang masih mengekalkan tradisi memasang pelita buatan sendiri agak sukar ditemui apatah lagi apabila mengharungi hiruk-pikuk kehidupan di ibu kota.

Bahkan, arus kemodenan yang dikecapi pada hari ini, membuatkan ramai yang lebih gemar memasang lampu kelip berwarna-warni untuk menghiasi ruang rumah menyambut kedatangan Aidilfitri.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, kemeriahan memasang ribuan pelita terutama buatan sendiri daripada bahan buangan sudah menjadi tradisi penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Kuala Terengganu, Terengganu.

Ia lebih bermakna apabila kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Pelita Raya bersama Lembaga Muzium Negeri sejak beberapa tahun lalu apabila ia mendapat sambutan di luar jangkaan daripada penduduk setempat.

Pada tahun ini, terdapat kira-kira 200 penduduk dari lima buah kampung di DUN Tepoh, mengambil bahagian dalam Pertandingan Pelita Raya 2012 selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos lalu.

Pelbagai hasil ciptaan kreatif pelita-pelita menerangi lima kampung iaitu Kampung Padang Hangus, Kampung Raja Tepoh, Kampung Baru, Kampung Pagar Ubi dan Kampung Tokeng dalam menyemarakkan suasana Ramadan serta menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri.

Hasil rekaan kreatif seperti penyu, kapal terbang, pelita gergasi, kereta pacuan empat roda, kapal layar dan banyak lagi mewarnai rumah-rumah penduduk setempat.

Lebih menarik, peserta bukan sahaja menggunakan pelita siap dibeli, malah menggunakan kreativiti sendiri dengan mencipta pelita bahan buangan daripada tin minuman, tin susu, botol, buluh, kayu dan banyak lagi.

Ia bukan sahaja dapat mengimbau kembali kenangan golongan terdahulu yang menghasilkan pelita sendiri ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, bahkan meningkatkan kesedaran penduduk mengenai barangan kitar semula.

Pelita Toyota Hilux

Inilah Toyota Hilux yang direka oleh Rustam menggunakan 500 tin minuman, 150 botol vitamin dan 50 biji tempurung kelapa.

Salah satu hasil karya yang mencuri tumpuan dalam pertandingan kali ini ialah reka bentuk sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Hilux menggunakan bahan buangan.
Ia hasil ciptaan Rustam Naman, 54, dari Kampung Padang Hangus.

"Saya menggunakan pelbagai bahan buangan untuk dijadikan pelita pada tahun ini, malah telah mengumpul bahan-bahan tersebut sejak satu bulan lalu.

"Dalam pembikinan kereta pacuan empat roda ini, saya menggunakan kira-kira 500 buah tin, 150 botol vitamin, 50 biji tempurung kelapa, dua botol minyak masak, kayu dan buluh," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Rustam yang membikin kapal layar pada tahun lalu memberitahu, dia menggunakan guni untuk dijadikan sumbu bagi pelita-pelita buatannya.

Katanya, tin, botol dan tempurung kelapa dikutip di kawasan sekitar serta bandar untuk memastikan ia mencukupi untuk menghasilkan karya pelita berkenaan.

"Selain daripada itu, saya turut memperoleh buluh dan kayu di hutan berhampiran untuk melengkapkan rangka kereta pacuan empat roda tersebut.

"Saya mengambil masa kira-kira tiga hari untuk menyiapkan hasil rekaan ini, malah proses pembuatan dilakukan pada pukul 7 hingga 10 pagi," ujarnya.

Dia memberitahu, penggunaan bahan buangan tersebut adalah untuk menjimatkan kos pembikinan, malah ia mampu mencabar kreativiti di dalam dirinya.

Katanya, ia juga dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai bahawa bahan buangan mampu dijadikan produk kreatif jika kena pada gayanya.

"Kereta pacuan empat roda Toyota Hilux menjadi pilihan kerana saya mengidam untuk memiliki kenderaan tersebut pada suatu hari nanti.

"Sebelum memiliki kenderaan itu, saya membikin terlebih dulu replika kereta pacuan empat roda berkenaan di sebelah rumah," katanya sambil tersenyum.

Jimat

PEMANDANGAN indah seperti ini hanya dapat dilihat di Tepoh.

Dalam pada itu, Rustam mengakui pertandingan tersebut sememangnya dinanti-nantikan penduduk kerana memeriahkan suasana perayaan.

Katanya, ia sedikit sebanyak dapat membantu menyemai nilai-nilai menghargai tradisi lama dalam jiwa golongan belia di kampung itu.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Zaleha Matmin, 51, berkata, dia hanya membelanjakan kurang daripada RM200 untuk menghasilkan kapal layar bagi menyertai pertandingan kali ini.

"Saya dan suami banyak menggunakan bahan buangan dalam pembinaan kapal layar ini termasuk tin minuman, kayu, akar dan paku.

"Sebanyak 700 tin minuman digunakan untuk menghasilkan kapal layar yang mempunyai tulisan Malaysia Merdeka Raya ini. Saya dan suami mengambil masa kira-kira tiga hari untuk melengkapkan semua persiapan," ujarnya.

Bagaimanapun, mata pengunjung lebih tertumpu kepada pelita gergasi yang berdiri kukuh di hadapan rumah Zaleha.

Zaleha yang lebih dikenali sebagai Mok Leha, memberitahu, dia menggunakan kolah yang diisi dengan minyak tanah untuk membuat pelita gergasi berkenaan.

"Saya turut menggunakan tiga helai kain untuk membuat sumbu pelita gergasi berkenaan.
"Boleh dikatakan hampir kesemua bahan yang digunakan untuk membuat karya pertandingan merupakan bahan buangan sekali gus dapat menjimatkan kos dan memelihara alam sekitar," ujarnya.

Dia memberitahu, pertandingan pelita raya sememangnya telah mempopularkan Tepoh kerana pengunjung dari pelbagai tempat akan singgah ke kampung mereka untuk merasai kemeriahan pertandingan tersebut.


LIMA buah kampung di Tepoh terang benderang dihiasi lampu pelita minyak tanah yang dibuat sendiri.

Bagi Roslim Ismail, 41, pula, dia banyak mengutip tin-tin kosong di kawasan sekitar kampung dan kawasan lain untuk menghiasi karya pertandingan kali ini.

"Lebih 500 tin saya gunakan untuk pertandingan kali ini, malah ia dipotong dua dan disambungkan untuk mencari kelainan serta kelihatan lebih kecil.

"Dalam pada itu, saya turut mencari besi-besi buruk dan kayu-kayu untuk dijadikan sebahagian daripada bahan hasil karya," katanya.

Program tahunan yang mendapat kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu itu menyaksikan setiap peserta yang mengambil bahagian dikenakan syarat minimum iaitu menyalakan 50 sumbu pelita pada waktu pertandingan.

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Hari Raya Aidilfitri dengan menawarkan hadiah berupaya wang tunai.

Ahad, 12 Ogos 2012

Peristiwa : Panjut Tujuh Likur.

Sekali lagi saya memanjangkan kisah dari Rencana Utama Kosmo online yang begitu menarik kupasannya mengenai budaya panjut 7 likur yang begitu sinonim juga dengan masyarakat kita dalam menyerikan malam-malam terakhir di bulan ramadan.

Membaca artikel rencana, sekali sekali terimbau di fikiran kenangan semasa kecil di mana kami tidak ketinggalan menyerikan malam-malam terakhir bulan puasa ini dengan lampu pelita di setiap penjuru halaman rumah. Bagi kami sekadar berniatkan untuk menyerikan sambutan hari raya bukan untuk memuja api mengikut fahaman agama tertentu.

Lebih unik pelita ini kebanyakkan dibuat sendiri dari tin-tin kosong susu sejat yang dikumpul lebih awal dua tiga bulan sebelum puasa. Atasnya ditebuk lubang kecil untuk dimasukan gulungan nipis penutup tin milo dan susu sebelum sumbu dari kain batik perca yang digulung halus. Tiang buluh dipacak dengan paku disisi untuk menyangkutkan pelita minyak ini.

Minyak tanah digunakan dan bila malam menjelma selepas berbuka, maka kami berpusu-pusu pula menyalakan sumbu pelita. Maka teranglah segenap penjuru rumah dengan kerlipan lampu minyak tanah. Kadang-kadang setiap rumah mempunyai hampir 10 hingga 20 pelita minyak tanah dan dari hadapan jalan kelihatan begitu bercahaya.

Tidak kurang pula yang bermain bunga api dan saling kejar berkejaran. Manakala yang lebih remaja pula bermain mercun lipan yang diceraikan dan dibaling ke arah rakan-rakan sebagai gurauan. Yang lebih dewasa pula bermain meriam tanah atau buluh dengan karbait pastinya menambah seri deguman di malam hari.

Ini suasana di Felda yang mencantumkan lapsian budaya dari berbilang negeri. Ada yang masih lagi tidak lekang pula dengan deretan pelita buluh yang dibuat sendiri memeriahkan suasana.

Ketika ini tiada mercun yang canggih dan berwarna warni seperti hari ini. Tiada lampu elektrik berkelip kelip dianjung rumah. Tiada pelita yang siap dijual dengan pelabagai corak dan bentuk. 


Tiada semuanya ketika hari ini tetapi masih terasa amat meriah suasananya sampai terkenang ke hari ini.

 
Pujian kepada KOSMO yang menceritakan kembali panjut tujuh likur... 




AMALAN memasang panjut masih diteruskan sehingga sekarang di samping penggunaan lampu moden. - Gambar hiasan


TRADISI memasang panjut merupakan amalan biasa di kampung pada malam menjelang hari raya. Ia bertujuan memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri yang datang setahun sekali.

Di bandar pula, penduduk lebih senang menggunakan lampu hiasan berwarna-warni untuk menerangi kediaman mereka.

Penduduk Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak, Fatimah Ashaari, 60, telah menyaksikan pemasangan panjut yang cukup meriah di daerah itu pada awal tahun 1970-an dan 80-an.

Digelar Panjut Kuala Kangsar, pelita raya yang dipasang di bandar diraja itu dikatakan lebih meriah berbanding tempat lain di negara ini.

Fatimah kurang pasti bilakah tradisi itu bermula. Namun, mengikut cerita lisan, bekas yang menggunakan sumbu dan minyak kerosin untuk dinyalakan itu dimulakan oleh penduduk Kota Lama iaitu pusat pemerintahan awal Kesultanan Melayu Perak.

Fatwa

“Suasana menjadi sangat meriah dengan pelita yang begitu banyak. Bagaimanapun, orang zaman dahulu menggunakan pelita untuk menerangi jalan bagi memudahkan mereka menunaikan solat tarawih di surau atau masjid terutamanya pada malam tujuh likur iaitu malam ke-27 Ramadan yang sering dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar,” tutur Fatimah kepada Jurnal.

Ujarnya, ada yang menyifatkan amalan memasang panjut dipengaruhi elemen Hindu.

Malah, pihak berkuasa agama di Perak pernah mengeluarkan fatwa yang melarang umat Islam meraikan pesta panjut sehingga mengabaikan tuntutan agama yang lebih afdal iaitu bersolat tarawih.

“Mufti kata pertandingan itu bukan sahaja membazir bahkan menggalakkan umat Islam meninggalkan solat tarawih. Sedangkan solat itu lebih dituntut berbanding menghadiri pesta panjut.

“Ini kerana pesta itu diadakan selepas waktu berbuka puasa dan berlarutan hingga tengah malam,” kata seorang penduduk asal Kuala Kangsar yang enggan dikenali.

Katanya, sedangkan waktu itu lebih elok dipenuhi dengan solat malam dan memperbanyakkan ibadat lain.



TUJUAN asal pemasangan panjut adalah bagi meraikan 10 malam terakhir Ramadan sehingga ke hari raya.


Namun katanya, penduduk tidak dilarang memasang panjut di sekeliling rumah.
“Saya lihat masih banyak rumah yang membuat panjut dalam pelbagai reka bentuk. Ia sekadar untuk memeriahkan perayaan Aidilfitri khususnya untuk menceriakan anak dan cucu yang pulang berhari raya.

“Tentulah cucu-cucu yang tidak biasa melihat keunikan panjut berasa seronok berada di rumah datuk dan nenek mereka,” katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Belanja, Perak, Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan, tradisi menyalakan lampu panjut bagi menerangi laman rumah semakin dilupakan.

Menurutnya, zaman kegemilangan budaya Melayu itu kini semakin terancam kerana bilangan rumah yang memasang lampu minyak tanah tersebut semakin berkurangan.

“Pada 10 tahun lalu, setiap rumah di kampung akan berlumba-lumba memasang pelita minyak tanah.


“Malah, ada pertandingan panjut bagi memeriahkan lagi suasana lebaran. Tetapi sekarang tradisi itu semakin dilupakan generasi muda,” katanya.

– MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Peristiwa : Mencari Lailatul Qadar di Mekah

Seperti biasa, Kosmo senantiasa membawakan kisah yang begitu menarik untuk dikongsikan khasnya di bahagian Rencana Utama. Kali ini memanjangkan kisah mencari lailatul Qadar di Mekah .
PENGERUSI Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Daud Che Ngah tidak asing lagi dengan bumi Mekah, Arab Saudi.

Dia berpengalaman selama berpuluh tahun menguruskan ribuan jemaah umrah dan haji dari negara ini. Malah, beliau sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana pada tahun 2001.

Tutur Mohd. Daud, suasana menyambut 10 malam terakhir bulan Ramadan di Mekah lebih meriah berbanding sambutan Aidilfitri sendiri.

Ini kerana umat Islam dari seluruh dunia mengejar malam Lailatul Qadar yang ganjaran pahalanya lebih baik daripada 1,000 bulan. Lailatul Qadar merupakan satu malam daripada malam-malam bulan Ramadan.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: "Sesiapa yang berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala daripada Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

SELAIN musim haji, kota Mekah yang penuh berkat ini gemar
dikunjungi pada bulan Ramadan.MASJIDIL HARAM
akan dipenuhi umat Islam sepanjang malam
untuk bertarawih dan qiamulail.

Selain itu, baginda juga pernah menceritakan malam al-Qadar adalah malam yang indah, penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Pada keesokan harinya pula sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.

Sambut raya:

"Biasanya 10 malam terakhir Ramadan sehingga 1 Syawal merupakan cuti umum di Arab Saudi bertujuan menggalakkan umat Islam beribadat dengan bersungguh-sungguh.

"Malah, ada orang Arab yang menyewa bilik hotel selama sebulan khusus untuk tujuan itu," katanya kepada Jurnal.

Mohd. Daud berkata, antara amalan yang dilakukan pada masa itu ialah solat wajib disertai ibadat solat sunat tarawih di Masjidil Haram atau masjid-masjid berhampiran.

"Solat tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat bermula pukul 9 malam dan berakhir dua jam kemudian. Tetapi kebiasaan ramai yang menunggu untuk melakukan solat sunat tahajud secara berjemaah.

"Mereka akan membaca al-Quran atau iktikaf di masjid. Keadaannya seperti solat Jumaat," jelasnya.

Mohd. Daud memberitahu, soal makanan untuk berbuka tidak menjadi satu masalah kerana ramai pihak yang mendermakan kurma, manisan serta air zamzam di sekitar masjid di Mekah dan Madinah.

"Makanan sentiasa mencukupi tetapi sebenarnya makanan tidak menjadi isu kerana semua jemaah menumpukan pada ibadat wajib dan sunat semata-mata," ujarnya.

LEBIH sejuta umat Islam menunaikan umrah pada bulan Ramadan bagi merebut ganjaran pahala berganda.

Bercerita mengenai sambutan hari raya di Kota Suci itu, solat sunat Aidilfitri bermula lebih kurang pukul 7 pagi. Waktu Subuh di Rumah Allah itu ialah sekitar pukul 5 pagi.

"Mereka mengadakan solat itu lebih awal bagi mengelakkan bahang panas matahari.

Secara praktikal tidak banyak bezanya kerana sebaik sahaja solat sunat selesai umat Islam akan bersalam-salam dan berpelukan antara satu sama lain.

"Kemudian terdapat sesi jamuan makanan dan minuman seperti manisan, karipap dan air zamzam," katanya.

Amalan menziarahi saudara-mara akan dilakukan selepas solat.

Keesokan harinya, sebahagian besar penduduk Arab Saudi akan berpuasa enam.

"Bagi rakyat negara ini yang berkesempatan menyambut Aidilfitri di Mekah, pihak Andalusia akan menyediakan nasi himpit dan sate yang diterbangkan khas dari Malaysia.

"Selain itu, kuih raya seperti tart nanas, semperit dan baulu turut disediakan bagi mengubat kerinduan terhadap makanan tradisi seperti rendang daging, ketupat dan lemang," katanya.

Jemaah Malaysia juga boleh menikmati sajian Arab seperti nasi mandy pada pagi Aidilfitri.
Bayar zakat

MASJIDIL HARAM akan dipenuhi umat Islam
sepanjang malam untuk bertarawih dan qiamulail.
Seorang lagi pengendali syarikat yang menawarkan pakej umrah dan haji, Abdul Halim Abdullah memberitahu, kebanyakan jemaah umrah mengambil kesempatan menunaikan zakat fitrah di Mekah.

"Mereka akan memberikan terus kepada orang miskin yang ada di sana berbentuk secupak beras. Soal itu tidak menjadi masalah kerana banyak pekedai yang menawarkan pembelian berbentuk sedemikian," katanya.
 
Malah, kesempatan bertemu dengan umat Islam seluruh dunia satu peluang yang baik untuk berkenal-kenalan dan bermesra antara satu sama lain.

"Pelbagai cerita yang kita dengar selain maklumat terkini umat Islam yang menderita di seluruh dunia seperti di Afghanistan, Syria dan Myanmar," ujarnya.

Bagi Mariam Abdul pula, kesempatan menunaikan umrah pada tahun 2010 lalu selain menyambut Aidilfitri pasti tidak akan dilupakan.

"Cukup selesa dengan tumpuan semata-mata untuk mengerjakan ibadat. Selain itu, peluang untuk memperoleh pahala dengan bersedekah cukup banyak.

"Kebiasaannya saya akan membeli sejadah untuk disedekahkan kepada jemaah yang bersolat di jalan raya," beritahu Mariam.

Ujarnya, selain itu ramai yang membeli al-Quran untuk diwakaf di beberapa buah masjid.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Peristiwa : Iftar 3 Negara...

2 tahun tahun lepas ianya bermula, dan kini seperti menjadi tradisi 'muda' dan ringkas  kepada untuk menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pekerja am kami. Uniknya tahun ini kami berkongsikan budaya antara 3 buah negara, Malaysia, Bangladesh dan ahli keluarga baru Indonesia.

Jika anda ingin mengetahui sedikit apa yang berlaku tahun lepas, mungkin catatan ini dapat membantu dan menerangkan kepada anda uniknya majlis berbuka puasa yang dikongsi bersama.

Klik Catatan INI untuk kisah majlis berbuka puasa tahun lepas.

Tahun lepas hanya budaya dua buah negara bergabung  menjadi satu tetapi tahun ini bertambah besar malah kalau di sebuah lagi lokasi kebun kami, ianya lebih unik di mana budaya dari Negara Nepal turut serta meraikan majlis berbuka puasa ini.

Seperti tahun lepas, kami menyediakan bahan-bahan mentah kepada mereka untuk menyediakan menu tradisional masing-masing.

Selepas Sembahyang Jumaat, mereka mula bertungkus lumus menyediakan juadah untuk berbuka puasa.


Hasilnya pekerja Indonesia menyediakan menu Jawa Indonesian iaitu Ubi Kola dan Ayam Opor manakala pekerja Bangladesh pula menyediakan Mori, Ayam kari ala Bangladeshi dan nasi beriani.


Manakala menu Malaysia pula hasil 'tunjuk menunjuk' di bazar Ramadan seperti Nasi Tomato Ayam Merah, kuih muih seperti popia berlada, burger Malaysia dan Cream Puft yang dibawakan istimewa kepada semua beserta buah limau dan epal.

Semuanya sungguh menyelerakan ditambah dengan campuran air pelbagai perisa.

Majlis bermula dengan laungan azan mendayu-dayu oleh salah seorang pekerja Bangladesh tatkala bermula waktu berbuka dengan jamuan mori, kuih muih dan buah-buahan. Terasa mengunyah menu ringkas berbuka ini sayu dengan laungan azan seperti berada di Bangladeshi, malah teringat pula azan mendayu yang dilaungkan oleh Uda di dalam Sumpah SI Merah Padi...


Menu ringkas ini sebagai permulaan sebelum kami menunaikan  sembahyang Maghrib berjemaah dan kali ini berimamkan salah seorang pekerja Indonesia yang begitu lantang dengan bacaan-bacaan ayat-ayat Al-Quran mengisi rukun sembahyang. Terasa seperti di Indonesia pula ketika ini.


Seusai solat Maghrib majlis jamuan menu utama bermula. Sabar berbaris mereka memilih antara menu yang disediakan dan keterujaan untuk mencuba menu berlainan jelas kelihatan. Pekerja Indonesia pantas memilih lauk Kari Ayam Bangladeshi dan nasi beriani manakala sebaliknya bagi pekerja Bangladeshi.   


Bagi kami pula ghairah untuk mencuba kesemua menu dari dua negara ini. Tetapi ada juga yang tak mahu berpisah dengan nasi tomato terutamanya jemputan wanita kerana mungkin sangsi dengan cara penyediaan makanan oleh pekerja-pekerja ini. Namun bagi tetamu lelaki, kami bantai semuanya..

Alhamdulillah , Majlis yang dilangsungkan ini berjalan lancar dan sangat bermakna. Lebih memeriahkan suasana dengan hiasan pelita minyak diesel yang disusun membentuk anjung pagar halaman dan lampu hiasan sebagai dekorasi ringkas untuk menaikkan seri majlis.

Insyaallah, jika ada kesempatan, tahun hadapan pula dirancang lebih hebat .... Terima kasih kepada pasukan 4 kakitangan yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. 

Untuk koleksi dibawah ini pula saya berkongsikan Majlis Berbuka Puasa 4 negara .. Malaysia , Indonesia, Bangladeshi dan juga Nepal namun menggunakan khdimat katering di sebuah lokasi kami yang lain.. menu rutin Malaysia...



Selamat berbuka puasa.. di mana-mana Umat Islam, kita adalah bersaudara...

Jumaat, 10 Ogos 2012

Peristiwa: Pandelela Menang pingat Gangsa Olimpik acara terjun 10 meter platform

Berkongsikan kisah gemilang ratu terjun negara yang berjaya memenangi pingat gangsa di Olimpik... Salute you Pandelela!!!


Pandelela cipta sejarah

PANDELELA Rinong merealisasikan apa yang kebanyakan atlet lain gagal melakukannya apabila membutirkan pingat gangsa untuk negara menerusi acara 10m platform individu wanita di Olimpik Park, sebentar tadi.

Penerjun berasal dari Sarawak itu yang menjadi peserta ke-8 daripada 12 pesaing membuat terjunan di final acara berkenaan, mengumpul 359.50 mata keseluruhan selepas menamatkan lima terjunan.
Dia memulakan cabaran dengan terjunan kurang memberangsangkan apabila menduduki tempat ke-10 selepas terjunan pertama dengan meraih 58.50 mata, diikuti berada di kedudukan ke-9 (78.30) menerusi terjunan kedua sebelum kembali ke-10 (64.00) di terjunan ketiga dan ke-7 (81.60) selepas aksi keempat. Dia melonjakkan dirinya ke tangga ke-3 (76.80) dan berkedudukan pingat gangsa pada terjunan terakhir.

“Saya gembira dan berasa bangga dengan diri saya sendiri kerana dapat mencipta sejarah untuk negara. Pingat ini juga yang pertama selain daripada badminton dan saya berpuas hati kerana berjaya menghasilkannya kerana acara terjun tidak sepopular badminton,” katanya yang akan menelefon emaknya untuk memberitahu khabar gembira itu.

GEMBIRA...Pandelela memeluk jurulatihnya, Yang Zhuliang selepas memenangi pingat gangsa.
Menurutnya, jurulatihnya, Yang Zhuliang memberitahunya supaya memberi fokus kepada baki terjunan selepas menampilkan aksi kurang memberangsangkan pada terjunan pertama.
CANTIK... Pandelela membuat terjunan pada acara akhir 10m platform individu wanita.Seperti diduga, Chen Roulin dari China yang juga juara dunia acara individu dan seirama mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Beijing empat tahun lalu.

Dia yang bertanding di temasya di China itu ketika berusia 15 tahun, dianggap berada dalam kelas tersendiri apabila sentiasa berada di tangga teratas setiap terjunan untuk mengumpul 422.30 mata keseluruhan.

  Pingat perak menjadi milik Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata.

Pandelela melangkah ke final selepas menduduki tempat ke-5 daripada 18 peserta yang beraksi di separuh akhir selepas mengumpul 362.50 mata.

Pingat gangsa Pandelela itu adalah yang kedua buat kontinjen negara di London 2012 selepas Lee Chong Wei memenangi perak dan yang pertama selain daripada sukan badminton yang sebelum ini menjadi penyumbang tradisi pingat negara.

Selepas satu perak dan satu gangsa, Malaysia masih mengintai pingat emas dengan Bryan Nickson Lomas menjadi atlet terakhir beraksi dalam acara 10m platform individu lelaki, hari ini.

Khamis, 9 Ogos 2012

Info Pengguna: Laman web Halal Jakim

logo halalDua pagi berturut-turut TV9 membawakan satu topik yang amat menarik dalam rancangan Tanyalah Ustaz semalam dan kelmarin iaitu sesuatu yang amat dekat dan penting kepada kita yang beragama Islam .. Makanan Halal...

Topik yang dikupas amat menarik dan soalan yang diajukan amat bernas dan sebenarnya menjawab beberapa ketidakpastian mengenai status halal di pasaran kita.

Antara Ustaz dari JAKIM meminta kita merujuk ke laman web halal Jakim jika perlukan maklumat dan boleh menghubungi mereka jika ada keraguan. www.halal.gov.my dengan Klik DI SINI.

Tengahari tadi, saya berkesempatan meninjau apa yang ditawarkan oleh laman web yang dimaksudkan. Jom klik laman ini... amat berguna.. saya 'copy and paste' sedikit maklumat dari laman web ini...

Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Sejarah Halal



Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam d negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak.

Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan.

Pada 1 September 2002, kerajaan telah memutuskan bahawa semua urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan

Barangan Gunaan Islam yang mempunyai hanya 28 jawatan.

Dengan perkembangan pesat industri makanan di negara ini dan keperluan semasa umat Islam, maka pada 17 November 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165 perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hub Halal.

Pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan halal diambil alih oleh Halal Industry Development Corporation.

Direktori Halal (klik di sini untuk terus ke Direktori Halal laman web JAKIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dipertanggungjawabkan sebagai badan pengawal piawaian Halal sejak Ogos 2009. Direktori halal merupakan himpunan maklumat syarikat pengeluaran produk makanan dan minuman, premis makanan, hotel, barangan gunaan dan rumah sembelihan yang memiliki sijil halal JAKIM.

Saya mencuba mencari beberapa barangan yang mengandungi logo halal seperti sardin dan juga roti ternyata berjaya ditemui pengesahanya di sini.


Malah jika anda melihat senarai nama hotelnya pula 183 dapur hotel dari ribuan di negara kita ini mempunyai sijil halal dan terdapat beberapa senarai hotel yang telah ditarik semula pensijilan halal mereka dan ada yang digantung sementara. Klik SINI.

Rasanya akan saya updatekan senarai hotel yang mempunyai sijil halal dari catatan saya yang terdahulu (klik sini)...

Selamat meninjau laman web halal ini ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...