TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, August 7, 2012

Peristiwa: Kanak-kanak 3 tahun mati dihempap 8 orang dewasa...

Semalam aku sedikit emo dengan satu kisah yang menyayat hati. Anda bayangkan seorang kanak-kanak 3 tahun ... dihempap bergilir-gilir dan serentak oleh 8 orang dewasa yang juga ahli keluarganya sendiri  ... sampai mati...


Kita yang dewasa ini kalau kena hempap pun rasa sesak jugak inikan pula sorang kanak-kanak. Segera aku teringatkan anak aku yang sama bayanya dengan mangsa...

Semuanya angkara kepercayaan tahyul... pemujaan dan kepercayaan karut!!!

Petikan dari kosmo aku kongsikan bersama anda...





ENAM suspek wanita dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas direman semalam.



BUKIT MERTAJAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati akibat ditindih lapan ahli keluarganya termasuk seorang amah Indonesia ketika melalui satu upacara pemujaan di rumahnya di Taman Bukit Minyak di sini malam kelmarin.

Kejadian tersebut disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu pada pukul 10 malam.

Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tersebut tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.
Apabila lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu dia segera memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, polis yang menerima laporan daripada bapa saudara mangsa yang mengesyaki sesuatu perkara pelik berlaku di rumah dua tingkat yang diduduki keluarga berkenaan terus menghantar pasukan penyiasat.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, polis mendapati keadaan rumah tersebut gelap dan apabila pemeriksaan dilakukan polis menemui lapan individu berada dalam keadaan sudah lemah di bilik utama yang berkunci.

“Pemeriksaan kemudian menemui seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Cina yang sedang ditindih oleh kesemua lapan individu berkenaan dan mangsa sudah mati,” kata beliau sambil memberitahu mangsa dan lapan individu itu ditemui berada dalam satu selimut besar.

Manakala Harian Metro pula berkongsikan kisahnya :

Tindih anak sampai mati BUKIT MERTAJAM: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.


“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.


Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia. Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.


Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock