
Jika
anda terus membaca dan melihat laman ini, saya suka untuk berkongsikan semula
bahawa terdapat beberapa catatan terdahulu mengenai 'keluarga besar'
bunga-bungaan yang telah saya muat naikkan.
Ini adalah catatan ketiga bagi siri bunga-bungaan di Cameron Highlands dan jika
anda terlepas untuk siri catatan yang pertama, boleh diikuti dengan mengklik di
SINI
dan untuk siri yang kedua pula anda boleh klik di SINI. Manakala untuk siri ketiga boleh anda ikuti di SINI.
Mungkin petikan catatan yang lain ini boleh membantu
anda mencari catatan saya yang terdahulu.. hanya klik di mana pilihan
anda.

Untuk siri 4 ini dan ke atas saya sekadar ingin berkongsikan mengenai koleksi gambar-gambar bunga yang saya rakamkan sekitar Cameron Highlands.
Mungkin sedikit tips-tips ini untuk mengambil gambar boleh saya kongsikan berdasarkan pemerhatian saya semata. Tetapi tips ini lebih kepada bagaimana untuk mendapatkan kebenaran atau adab mengambil gambar bukannya tips teknik mengambil gambar. Saya percaya ramai yang lebih pakar fotografi di luar sana yang boleh membantu anda.

Tips Kedua : Adalah lebih baik jika anda bertanya kebenaran pemilik ataupun penjual di nurseri semaian ini dahulu untuk mengambil gambar.
Saya perhatikan selalunya pengusaha orkid agak kurang memberi kebenaran mungkin kerana 'esklusif' di atas bunga orkid yang dihasilkan ataupun ada juga orkid hutan liar yang di jualan di premis mereka. Mungkin tidak mahu 'bukti' dirakamkan.
Tips Ketiga : Bukan semua penjual suka gambar diri mereka diambil seperti sebahagian daripada kita. Oleh itu mintak kebenaran dahulu malah anda mungkin akan terperanjat jika mereka akan memberi pose istimewa kepada anda kelak!!!
Gambar-gambar ini akan lebih jelas dan mudah dilihat jika anda klik salah satu imej di atasnya.
Ikuti pula tips kelima saya mengenai bunga-bungaan di Cameron Highlands...
No comments:
Post a Comment