Terleka seketka mengenai jumlah halaman di baca di mrkumai semasa cuti hari raya tanpa sedar bahawa laman blog ini telah mencecah 100,000 halaman dibaca dengan purata harian sekitar 400- 500 halaman dibaca semenjak beberapa bulan kebelakangan..
Saya mengakui ini mungkin sekadar cebisan cerita jika hendak dibandingkan dengan blog yang lain yang mudah menarik minat bukan sekadar 100,000 halaman dibaca malah mencecah jutaan dalam tempoh yang singkat.
Namun saya memulakan blog ini sekadar untuk berkongsikan apa yang saya minat dan lihat untuk koleksi peribadi seperti petikan berita online yang menarik bagi saya supaya di masa hadapan saya masih dapat membacanya kembali.
Cuma arahnya semakin bertambah bilamana saya mendapati terdapat carian maklumat mengenai Cameron Highlands bagi mereka yang ingin bercuti ke sini. Maka saya berkongsikan maklumat yang saya tahu berdasarkan pengalaman sendiri ketika tinggal di sini untuk anda buat sebagai antara panduan.
Pastinya angka 100,000 halaman dibaca di blog in amat saya hargai dan sedikit sebanyak memberi semangat untuk terus menulis sesuatu di sini.. Terima kasih
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu cerminan kelemahan diri saya..
No comments:
Post a Comment