TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, August 15, 2012

Jom Beraya...

Jom beraya .. tajuk yang ringkas tetapi mungkin sudah kena dengan 'mood' yang ada sekarang...

Kalau anda balik kampung hujung minggu ini, apa kejadahnya kalau sekadar duduk di rumah tanpa meraikan dengan kawan-kawan serta jiran tetangga..

Budak bujang blok 13 Felda Kumai
Baju raya semuanya baru belaka dan berkelip-kelip tetapi sekadar menjadi tontonan keluarga semata-mata. 

Kasut pula masih baru seperti di dalam kotak. Anak-anak kecil pula bersidai diluar rumah tanpa aktiviti berjalan di hari raya. Poket tak penuh dik ooii..

Kunjung mengunjungi antara satu sama lain lebih baik dari terperuk mengadap tv di rumah anda.


Raikan sesama insan dan berikan satu pengalaman yang amat berharga kepada anak-anak muda..

Mungkin zaman anda sudah berlalu tetapi jangan dibiarkan zaman anak-anak anda berlalu begitu sahaja tanpa merasakan sendiri pengalaman beraya..

Atau yang mempunyai semangat kejiranan yang baik seperti blok kami di Felda Kumai, boleh la bergerak secara berombongan bercampur antara golongan tua, muda dan kanak-kanak mengunjungi jiran tetangga dari satu rumah ke satu rumah.

Klik untuk membaca catatan terdahulu mengenai tradisi Blok 13 Felda Kumai meraikan hari raya setiap tahun ... Klik


Namun adab dan tertibnya perlu dijaga... pesan kepada anak-anak anda ... mungkin senarai semak di bawah ini boleh membantu anda untuk mengingatkan anak-anak anda ketika berjalan raya kelak..
  • Berjalan secara berkumpulan yang sesuai sekitar 3-6 orang sekali untuk keselamatan dan juga keselesaan tuan rumah melayani anak-anak anda.
  • Berikan salam dan tunggu dijemput untuk naik ke rumah dahulu.
  • Elakan masuk ke rumah yang sudah penuh dengan tetamu kerana boleh menyulitkan tuan rumah melayan anda. Ulang semula ke rumah tersebut kemudian bila tetamunya sudah pulang.
  • Duduk di ruang yang disediakan atau dipersilakan. Jangan pula sampai ke ruang bilik ataupun dapur. Rajin sangat la pulak...
  • Duduk dengan sopan dan jangan memanjat-manjat perabot tuan rumah.
  • Jangan menyentuh perhiasan seperti gambar, album, permainan kanak-kanak, pasu ataupun koleksi peribadi tuan rumah.
  • Jangan membuat bising dan kecoh di dalam rumah dan jangan pula memandai-mandai menggunakan peralatan elektronik di rumah orang seperti komputer, tv dan permainan tv.
  • Makan dan minum setelah hanya dijemput oleh tuan rumah.
  • Berada di rumah tetamu sekitar 15 minit sebelum beredar.
  • Jangan beredar secepat mungkin kerana niat anda lebih kepada memungut duit raya.
  • Bersalaman dengan tuan rumah sebelum keluar dan jika diberikan duit raya jangan segera membuka sampul duit raya dihadapan tuan rumah.
  • Jangan membandingkan jumlah duit raya jika ada diberikan dengan rumah-rumah yang lain 
  • Ucapkan terima kasih, selamat hari raya, maaf zahir batin dan cium tangan tuan rumah.
  • Yang lain-lain tu , sendiri fikir... 
Yang dibawah ini , kecoh jadinya.. beraya tanpa air... kesian... agak-agak tahun ni berulang lagi tak ? Dalam nak berjalan raya sempat lagi menadah air yang dihantar JBA ... segak bergaya baju melayu dan kurung membawa tong kosong menadah air... alangkah segak bergaya namanya..



SELAMAT HARI RAYA

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock