Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, September 29, 2016

Penutupan Jalan ke Mossey Forest dan Gunung Brinchang

Saya menerima makluman penutupan Jalan ke Mossey Forest dan Gunung Brinchang untuk kerja-kerja baik pulih.

Dengar-dengarnya jalan akan dibaik pulih sepenuhnya dan akan diletakan dibawah satu pengurusan yang akan memantau keadaan dan penyelenggaraan jalan. Dikhabarkan juga akan dikenakan tol atau caj masuk selepas ini. 

Juga menara pandang di puncak gunung Brinchang dikatakan akan dialihkan ke lokasi baharu yang lebih berisiko kerana lokasi sekarang bersebelahan dengan manara telekomunikasi yang boleh menarik petir.  

Itu yang saya dengar dan mungkin tidak tepat perinciannya. 

Setakat ini pendakian ke gunung Irau masih dibuka cuma nak ke sana anda terpaksa memulakan pendakian dari sempadan hutan simpan sejauh 1 km lebih sebelum sampai di pintu masuk Mossey Forest.

Biasanya permit mendaki gunung akan dibekukan pada 1 November sehingga 31 December setaip tahun bagi menangani risiko musim tengkujuh.  

Dapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands.

Saya sekadar berkongsikan sahaja info ini.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, September 27, 2016

Cameron Riders @ Community safety Funride Putrajaya ..Koleksi 3

Koleksi ketiga album gambar ini berkisarkan Kayuhan Camunity Safety Funride Putrajaya yang belangsung minggu sudah di mana Cameron Riders turut menghantar wakil. 

Baru dapat rentak .. baru boleh posing kata mereka.



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, September 26, 2016

Cameron Riders @ Community safety Funride Putrajaya.. koleksi 2

Koleksi gambar kedua dari lensa pihak penganjur semasa Community Safety Funride di Putrajaya semalam.

Ada la tersebut wakil Cameron Riders kami walaupun tak sempat nak posing lebih. Maklumlah ... cari nyawa dulu .. tak dan nak posing ..

Jersey kami berwarna hijau floruensent yang mudah dilihat dari jauh... mengerlips..



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, September 25, 2016

Cameron Riders @ Community safety Funride Putrajaya 2016

Semalam Cameron Riders telah menyertai Community Safety Putrajaya 2016.


Jarak perjalanan melebihi 260 km dari sini ke Putrajaya bukan penghalang biarpun penganjuran hanya bertaraf kayuhan santai. 

Yang penting mencari kelainan untuk suasana kayuhan di Putrajaya yang menjanjikan hutan batu berbanding di Cameron Highlands. 

Saje cari kelainan angin kata Cameronian yang terlibat.

Apa pun, tahniah kami ucapkan...




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kayuhan Jalur Gemilang Sehati Sejiwa Cameron Riders @ Roda Pantas #40 Oktober 2016


Kami dimaklumkan kayuhan Jalur Gemilang Sehati Sejiwa Cameron Riders bersempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia peringkat Daerah Cameron Highlands yang lalu telah dikongsikan dalam Roda Pantas edisi Oktober 2016.

Dapatkan naskah Roda Pantas tersebut ya.

Terima kasih kepada pihak penerbitan Roda Pantas. 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, September 23, 2016

Promo Kawan-kawan: Durian Mamud

Saya dah beberapa kali berkongsikan kisah jualan durian oleh rakan saya Mamud.  


Dan untuk musim durian kali ini, saya masih nak bantu promosikan jualan duriannya. 

Lokasi masih sama iaitu di selekoh Jalan berhampiran Ladang Teh Bharat Tanah Rata.

Jualannya adalah durian dari perkampungan orang asli sekitar kampung beliau iaitu batu 14-17 Jalan Tapah.

Juga dijual adalah petai juga dari sumber yang sama. 



Selamat menikmati durian di gerai Mamud..

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Promo kawan-kawan: Ombak Bundle di Brinchang

Saya nak promo kawan-kawan kali ini sesuatu yang mungkin jadi keperluan yang sangat diperlukan semasa anda bercuti di Cameron Highlands. 

Sejak dua minggu ini, suasana suhu yang rendah atau sejuk amat terasa di sini. 

Suhu serendah 13 darjah Celsius telah direkodkan oleh rakan-rakan di sini melalui aplikasi telepon mereka. Malah sejuknya bukan kerana hujan tetapi bawaan angin kuat terutama di waktu malam.

Jadi anda perlukan baju sejuk. Nak ke Universal? Atau Uniqlo pastinya mahal. 

Apa pilihan? Baju sejuk bundle. Murah dan mudah di dapati di Cameron Highlands. 


Tapi bagi anda yang berada di Brinchang dan dalam perjalanan ke pasar Malam Brinchang, anda boleh singgah di Ombak Bundle bersebelahan dengan Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands dan juga Pejabat Pertubuhan Peladang.  

Banyak pilihan baju sejuk untuk anda dan anak-anak anda tetapi bergantung stok. Semuanya dibawakan dari Jepun dengan kualiti yang amat baik.


Harga yang ditawarkan bermula RM10 sehelai sahaja dan bagi yang 'rare' sekitar RM20-35.

Saya sering ke sana untuk dapatkan baju sejuk untuk anak-anak saya dan selalunya kalau saudara ombak ambil stok baru dan harganya boleh saya katakan amat murah berbanding dengan jualan bundle sekitarnya.


Untuk anda, tak perlu belanja besar untuk baju sejuk baharu. Dapatkan dan pilih baju sejuk yang bersesuaian di sana.

Lokasinya saya kongsikan lagi, bersebelahan pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands di Brinchang sebaris dengan Stesen Petronas Brinchang. 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Promo kawan-kawan : Makan Durian di Brinchang

Catatan Promo kawan-kawan kali ini saya nak kongsikan dengan anda yang ingin makan durian di Cameron Highlands. 


Kalau di Brinchang, ada rakan-rakan saya yang berniaga durian sejak dua minggu sudah di kawasan depan Masjid Kayangan Brinchang atau Bertentangan dengan Stesen Petronas. 

Kalau anda nak beli durian, tetapi risau pula nak bawa masuk ke bilik hotel yang memang melarang membawa durian dan manggis, maka pilihan terbaik adalah makan durian di gerai mereka. 


Lebih baik sebab mana nak cari parang di hotel nak buka durian. Di sana anda boleh pilih durian yanag terbaik untuk dimakan. 

Harganya juga berpatutan bermula dari RM 6 sekilo hingga RM 18 sekilo mengikut jenis. 

Sejuk-sejuk begini makan durian memang sedap.. 


Kunjungi mereka di sana.. 
Saya kalau rasa nak makan durian pun akan ke sana pekena sebiji dua dan makan terus di sana. ...  

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, September 22, 2016

Pelancong Sampah @ Cameron Highlands

Saya kongsikan gambar Facebook Mohamad Iqbal Faz Al Yaman ini dahulu malam ini. Beliau memang penduduk Cameron Highlands dan memang selalu melalui jalan ini setiap hari. 


Esok saya akan Cuba tulis sikit. Tadi Dah tulis dengan amarah... tup tup tak terhantar.... 
Tapi perbuatan membuang sampah ini memang saya sendiri dah lama cakap.  

Jadi esok sahajalah...

Pagi ni pun nampaknya masih belum reda setiap kali melihat gambar diatas. Saya ada kongsikan kisah bagaimana sikap jelik dan pengotor pelancong yang datang ke Cameron Highlands dalam catatan saya sejak 3 atau 4 tahun kebelakang ini.. 

Tapi apa nak buat ...

Mereka membuang sampah di kawasan letak kereta apartment percutian mereka..
Mereka membuang sampah di kawasan letak kereta pasar malam Brinchang
Mereka membuang sampah di pintu masuk Mossy Forest 
Mereka membuang sampah di trek pendakian ke Gunung Irau dan Brinchang
Mereka mebuang sampah semasa di taman pertabalan...

Kalau lihat gambar diatas, tong sampah disediakan setiap 10 meter!!! tapi masih memilih untuk membuang sampah di dalam longkang... 


Senang cakap .. inilah Pelancong Sampah yang datang ke Cameron Highlands!!! 

Kalau anda terasa , anda mungkin dah melakukanya.. 
kalau anda tak terasa anda mungkin tidak melakukannya..Syabas...  

Tapi kalau dah buat  tapi  masih tak rasa apa-apa... anda binatang ... itu sahaja... 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Hotel berhantu di Cameron Highlands ??!!!

Kecoh sejak semalam dalam group WhatsApp kawan-kawan Cameron Highlands yang menerima Senarai Hotel yang dikatakan berhantu sekitar Malaysia. 


Senarai yang lebih mendapat perhatian dan perbincangan sesama kami tentulah yang melibatkan Cameron Highlands. 

Namun semua sekadar dengar cakap sahaja tanpa pengalaman sendiri sebab hotel tu dekat dengan rumah. Apa ke jadahnya kami nak menginap kat sana. 

Mengabihkan boreh ajo... atau memang kena rasuk sampai menginap di Hotel tu jugak !!!

Jadi kami atau lebih tepat saya tak tahu kebenaran senarai tersebut. 

Jadi..... jangan tanya saya..... ‎ kih kih kih... 
usah biarkan diri anda diselebungi misteri...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Felda Kumai.. saje nak kongsi

Setelah lama tak balik ke kampung halaman, minggu sudah sempena kenduri adik dan juga cuti satu Malaysia saya kembali ke sana. 


Masuk sahaja dah dapat lihat pintu gerbang yang berwarna baharu kuning merah seperti Negeri Selangor pula.


Cuma tak sempat nak rakam gambar sekitar Felda Kumai kerana sibuk urusan kenduri adik. 
Apapun terbaik Felda Kumai. 

Itu sahaja saya nak kongsi... saya kan orang Kumai...



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, September 21, 2016

Bomba Cameron Highlands pasang info bantuan kecemasan di trek pendakian Gunung Irau.

Cameron Highlands dilingkari 13 buah gunung gangag sekelilingnya yang berketinggian sekitar 1500 meter ke atas. Yang menariknya adalah, anda tidak perlu bersusah payah untuk memulakan pendakian dari awal 100 meter dari aras laut sebaliknya sekitar 1200 meter ke atas sebaik sahaja sampai di Cameron Highlands. 


Antara pilihan utama adalah Gunung Irau dan Brinchang yang menyajikan pendakian yang amat menarik kerana memiliki trek yang jelas dan juga pokok berlumut yang sangat cantik. 

Ianya mudah untuk memulakan pendakian kerana terdapat kemudahan yang baik di kaki trek pendakian. Namun ramai yang masih tersasar kerana beberapa sebab seperti tidak mempunyai pengalaman mendaki, mendaki diluar waktu kebiasaan dan juga cuaca. 


Saya sendiri selalu melihat dan membaca dalam whatsaap group Hiking Cameron Highlands yang menceritakan ada pendaki yang tersesat atau terkandas akibat kecederaan. 

Mungkin sudah terlalu kerap dan ramai pula mangsanya, pihak BOMBA Cameron Highlands mengambil inisiatif memasang papan maklumat kecemasan di lokasi startegik. Syabas.


Harapan kepada semua pendaki, anda memanfaatkan maklumat kecemasan ini sewajarnya dan tidak melakukan vandalisme. 

Saya kongsikan usaha BOMBA CH yang melakukan aktiviti ini semalam dari laman Facebook mereka... Kipidap abam2 BOMBA.. 



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: