TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, November 22, 2020

Lokasi baharu Pasar Pagi Ahad Tanah Rata

Mulai minggu ini, Pasar Pagi Ahad Tanah Rata berpindah dan beroperasi di kawasan baharu. Jika sebelum ini lokasinya adalah kawasan letak kereta bersebelahan dengan Persiaran Camellia, kini ia dipindahkan ke kawasan letak kereta MDCH yang baharu bersebelahan dengan Arked Makanan Tanah Rata.

Lokasi ini lebih besar dengan kemudahan letak kereta yang lebih banyak namun ianya tidak dapat dilihat dari laluan utama. 

Kebimbangan peniaga adalah kawasan ini akan hanya menjadi kunjungan warga tempatan dan tidak akan menarik minat pelancong yang mana mereka akan singgah juga ke pasar ini kerana lebih mudah dilihat dilokasi yang lama. 

Apapun masih terlalu awal untuk melihat keberkesanan pasar pagi ini. 

Untuk makluman, pasar pagi ini adalah pasar pagi tumpuan masyarakat tempatan untuk mendapatakan bahan segar dan juga makanan dihujung minggu dan bukan untuk pasar khusus untuk pelancong. 

Friday, July 3, 2020

Bercuti di Cameron Highlands selepas PKP

PEKAN TANAH RATA

Trafik di Cameron selepas PKP

Memasuki PKP Pemulihan yang diumukan 2 minggu lalu, Cameron Highlands kembali dikunjungi Pelancong malah minggu lepas sangat padat sementelah mendapat gaji. 

Semua laluan utama dan juga laluan taman penuh sesak sejak hari Jumaat lagi. 

Saya sendiri ,merasai dan melihat sendiri kesesakan yang berlaku di mana trafik mulai terhenti dari Habu,sejauh 8 km untuk ke Tanah Rata. 

Manakala rakan saya yang datang dari arah Simpang Pulai pula memerlukan 3 jam untuk sampai ke Pekan Tanah Rata dari Kampung Raja. 

Sangkaan saya hanya akan sampai hari Ahad tetapi pada hari Isnin, masih ada kesesakan di laluan Brinchang ke Kea Farm yang memerlukan 2 jam 49 minit untuk saya ke Ipoh. Jadi saya menggunakan laluan Tapah untuk ke Ipoh yang memerlukan 1 jam 42 minit dari anggaran Google Maps. 

Selamat bercuti... 

Wednesday, June 10, 2020

Garis Panduan Berkenaan PKPP Negeri Pahang

KENYATAAN MEDIA
MENTERI BESAR PAHANG
 
Garis Panduan Berkenaan PKPP Negeri Pahang 

Susulan pengumuman YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020, Kerajaan Negeri Pahang menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini, meluluskan garis panduan untuk diguna-pakai meliputi seluruh negeri. 

Garis panduan ini yang berkuatkuasa serta-merta, ialah sepertimana berikut – 

1. Operasi Premis

I. Semua premis dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi bermula 7 pagi hingga 9.30 malam kecuali bagi sektor yang dibenarkan (perkhidmatan 'essential') mengikut kelulusan lesen perniagaan asal (seperti stesen minyak, kilang dan klinik).
 
II. Aktiviti atau sektor yang masih tidak dibenarkan termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).  
 
2. Syarat Khusus Operasi Premis 

I. Restoran, Medan Selera, Pusat Penjaja, Gerai Makan Tepi Jalan (berbumbung), Kiosk, 'Food Court & Food Truck'

a. Dibenarkan makan di premis ('dine-in') dengan mengekalkan jarak antara meja, 2 meter. 
b. Jarak antara kerusi pelanggan, 1 meter.
c. Tidak membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas berumur 70 tahun ke atas makan di premis.
 
II. Gerai Buah-buahan Bermusim

a. Beli dan bawa balik ('take away') sahaja dibenarkan.
b. Tidak dibenarkan mencuba/rasa/ makan secara berkumpulan di tempat jualan.
c. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu kenalpasti dan menetapkan lokasi yang bersesuaian dan memantau pematuhan SOP penjarakan sosial pelanggan dan pegerai, jarak antara pegerai dan penjagaan kebersihan seperti penyediaan 'hand sanitizer'/ pencuci tangan.
III. Kilang

a. Semua kilang dibenarkan beroperasi seperti biasa.
b. Waktu operasi yang dibenarkan ialah sebagaimana kelulusan lesen operasi asal.
 
IV. Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Karak-KL, LPT 1 dan LPT2

a. Restoran/'Food Court' : 1 meja hanya dibenarkan untuk seorang pelanggan atau mengekalkan jarak 2 meter antara meja dan jarak 1 meter antara pelanggan.
b. Surau : Pelanggan hendaklah menggunakan sejadah dan telekung yang dibawa sendiri. Pengurusan lebuhraya hendaklah meletakkan pengawal bagi menguatkuasakan arahan ini.
c. Kaunter restoran, gerai dan surau hendaklah menyediakan 'hand sanitizer'.

d. Sabun pencuci tangan hendaklah disediakan di semua sinki, tempat wudhu dan tandas.
 
V. Premis Dobi Layan Diri

a. Menyediakan 'hand sanitizer'.
b. Mesin basuh dan mesin pengering perlu disantasi setiap kali digunakan.
c. Menandakan tempat yang dibenarkan pelanggan berada pada sepanjang masa di dalam premis dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter antara pelanggan.
d. Jumlah pelanggan di dalam ruang menunggu hendaklah mengikut keluasan ruang lantai iaitu 5 meter persegi bagi seorang pelanggan.
e. Tidak dibenarkan melipat pakaian di dalam premis.
f. Menyediakan petugas sepanjang masa operasi bagi memastikan pelaksanaan syarat-syarat dipatuhi.
g. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah serta warga emas berumur 70 tahun  ke atas tidak dibenarkan.   
 
VI. Pasar Awam

a. Waktu Operasi : 5.00 pagi – 2.00 petang.
b. Pasar hendaklah disanitasi setiap hari selepas waktu operasi.
c. Memastikan pelanggan :
# Berada di gerai tidak melebihi 5 minit untuk satu pembelian barang atau tidak melebihi 20 minit untuk lebih 10 barang.
# Elakkan daripada menyentuh barang-barang jualan, memadai dengan meminta peniaga terus membungkus barangan yang hendak dibeli.
# Penjual hendaklah memberi jaminan untuk mengembalikan wang kepada pembeli sekiranya barang yang dibeli tidak memenuhi kehendak pembeli selagi tidak meninggalkan kawasan pasar.
# Hanya seorang pelanggan di setiap gerai pada satu masa.
# Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah serta warga emas berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan.   
 
VII. Pasar Terbuka (Pasar Segar Terkawal (Pasar Tani)/Pasar Pagi 

a. Meliputi operasi Pasar Tani di bawah bawah kawalan FAMA dan Pasar Pagi, Pekan Sehari di bawah kawalan PBT.
b. Waktu Operasi – 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 
c. Penjarakan 3 meter antara kanopi peniaga (saiz kanopi: 10' x 10').
d. Setiap peniaga hanya dibenarkan 2 unit kanopi bagi setiap lot.
e. Susunan kanopi adalah mengikut kategori produk pada setiap lorong dan pelanggan dikawal di setiap pintu masuk/keluar.
f. Lokasi yang sesuai perlu dikenalpasti oleh FAMA dan mendapat kebenaran PBT.
g. Had maksima peniaga termasuk pembantu ialah 2 orang setiap kanopi dan maksima 3 orang bagi kanopi 2 unit.
h. Tiada lot promosi barangan dibenarkan.
i. Peniaga hendaklah mematuhi kategori produk jualan yang diluluskan (Contoh: peniaga minuman tidak boleh menjual barangan kering seperti kosmetik secara sampingan).
j. Tidak digalakkan peniaga yang melebihi umur 60 tahun.
k. Bilangan maksima peniaga pada satu-satu masa ialah 50 lot.
l. 2 kaedah yang dibenarkan – 
1) Walk In – Had Kawalan pengunjung Masuk/Keluar. 
2) COD/Pickup Point (tempah dahulu, ambil kemudian).
m. Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Dengan Izin (PADI) tidak dibenarkan bekerja ataupun menjadi pelanggan.  
 
VIII. Pasar Malam/Pasar Lambak/Pasar Karat /'Car Boot Sale' (Ditangguh selama seminggu bagi daerah-daerah Temerloh, Jerantut serta Jengka)

a. Waktu Operasi dibenarkan – 3.00 petang hingga 9.00 malam. 
b. PBT perlu menetapkan lokasi yang bersesuaian sama ada tapak sedia ada atau yang baharu.
c. Tapak mestilah ada kawalan pintu masuk/keluar dalam gerakan sehala.
d. Penjarakan 3 meter (10 kaki) antara kanopi peniaga (saiz kanopi 10' x 10'). 
e. Pelan susun atur kanopi perlu disediakan mengikut kategori produk bagi melancarkan pergerakan pelanggan dan saringan suhu dan rekod daftar pelanggan dibuat di setiap pintu masuk. 
f. Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Dengan Izin (PADI) tidak dibenarkan bekerja ataupun menjadi pelanggan.    

 
IX. Hotel/Resorts/Chalet/Homestay

a. Fasiliti restoran/kafe dan Bilik Seminar dibenarkan beroperasi serta 'dine-in' dengan pematuhan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan mengikut SOP asas.
b. Fasiliti berbentuk hiburan/riadah seperti karaoke, lounge, bar, gymnasium, spa, sauna dan kolam renang tidak dibenarkan dibuka.
c. Penggunaan surau perlu dihadkan dengan penggunaan sejadah dan telekung sendiri.
d. Mematuhi penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan.
e. 'Hand sanitizer' hendaklah disediakan di setiap fasiliti yang beroperasi.
 
X. Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)

a Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) perlu mendapatkan kebenaran Jawatankuasa RIBI (Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Pahang) sebelum beroperasi.
b Bilangan pengunjung RIBI berdasarkan keluasan lantai premis pada kiraan penjarakan sosial 1 meter (kiri, kanan, depan dan belakang) bagi setiap pengunjung.
c Pengunjung perlu terus beredar dari kawasan RIBI selepas upacara sembahyang. Tidak dibenarkan berkumpul/bersembang dan berhimpun.
d Tiada upacara sembahyang yang berskala besar/perarakan diadakan termasuk upacara sembahyang tahunan.
e Penyediaan makanan dibenarkan secara bungkus ('pack food').
f Proses nyah cemar RIBI hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan/2 minggu sekali.

XI. Kedai Gunting Rambut/'Hairdresser'/Salon Kecantikan

a. Terhad kepada perkhidmatan gunting rambut asas sahaja.
b. Dilarang menyediakan perkhidmatan seperti cuci rambut, cukur jambang & misai, solekan & rawatan rambut, merias & merawat kuku serta cucian & rawatan muka.
c. Pelanggan berumur 60 tahun ke atas WAJIB buat temujanji sebelum mendapatkan perkhidmatan dan tanpa kehadiran pengunjung lain daripada kumpulan umur lain, dan daripada 9.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja.
d. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, ibubapa dibenarkan hadir, perlu memakai alat pelindung diri seperti penutup mulut dan hidung & apron pakai buang.
e. Pekerja perlu memakai penutup mulut dan hidung, apron pakai buang & set sarung tangan bagi setiap pelanggan. Set pakai buang perlu ditukar baharu dan dibuka di hadapan pelanggan setiap kali hendak digunakan. 
f. Tidak berkongsi tuala bagi setiap pelanggan. Pelanggan digalakkan membawa tuala sendiri
g. Jarak antara kerusi tukang gunting perlu sekurang-kurangnya 2 meter.
h. Semua bahan pakai buang perlu dibuang ke dalam tong yang bertutup dan diikat rapi.
i. Peralatan menggunting rambut perlu disanitasi setiap kali digunakan.
 
3. Aktiviti-Aktiviti Sosial

I. Sukan

a. Hanya dibenarkan untuk aktiviti sukan yang tiada sentuhan badan. (Misalnya, bowling, badminton, squash dan ping pong).  
b. Sukan Bersentuhan dan berpasukan tidak dibenarkan (Misalnya, ragbi, bola sepak, hoki, bola keranjang dan futsal).
c. Digalakkan menggunakan peralatan sendiri dan tidak berkongsi (Misalnya, bola dan kasut bowling).
d. Peralatan sukan yang digunakan secara bergilir perlu disanitasi sekerap mungkin.
e. 'Hand sanitizer' secukupnya perlu disediakan di setiap gelanggang sukan.
f. Pengguna dan petugas fasiliti sukan seperti dewan dan 'bowling lane' perlu menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain.
g. Sebarang penganjuran pertandingan acara sukan adalah DILARANG.
 
4. Hal-Hal Lain

I. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

a. PBT perlu membuat laporan kepada Jabatan Imigresen sekiranya terdapat premis yang menggaji PATI.

b. Tangkapan hanya boleh dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen.

c. PBT boleh menutup operasi premis perniagaan jika terdapat pekerja/pengusaha dalam kalangan PATI atas faktor melanggar syarat lessen.
 
II. PENGGUNAAN APLIKASI MYSEJAHTERA DAN MOVE-ON PAHANGGO 

a. Semua premis perniagaan, fasiliti awam dan pelanggan DIWAJIBKAN menggunakan aplikasi MySejahtera dan MoveON untuk tujuan daftar pergerakan dan semakan kendiri status risiko/kesihatan. 
 
Saya berharap, dengan pematuhan kepada Garis Panduan serta SOP yang telah ditetapkan ini, usaha terus-menerus kita dalam membendung penularan wabak pandemik COVID-19 akan berjaya, In Sya Allah. 

DATO' SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang 
10 Jun 2020

Tuesday, May 26, 2020

COVID-19: Ringkasan Kes COVID-19 pada 26 MEI 2020

Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 26 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 187
Perincian kes baharu:-
--> 10 kes import (3 BWN, 7 WN)
--> 177 kes penularan tempatan (173 BWN, 4 WN)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,604

Jumlah kes aktif: 1,448

Kes sembuh: 62

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,041

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 8 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 115


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P 

- CPRC KKM

Monday, May 25, 2020

COVID-19: terkini 24 Mei .. kembali ke tiga angka

Terkini #covid19malaysia, 25 Mei
Kes sembuh = 34
Jumlah kes sembuh = 5,979
Kes baharu positif = 172
Jumlah positif = 7,417
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 9 kes dirawat di ICU dan 4 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Saturday, May 16, 2020

COVID-19; Terkini 16 Mei 2020

Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 16 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 17 (Terdapat 6 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,872

Jumlah kes aktif: 1,247

Kes sembuh: 73

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,512

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 13 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 113


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P iaitu:
--> Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
--> Orang yang berisiko tinggi perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
--> Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa

- CPRC KKM

COVID-19; Terkini 15 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 15 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 36 (Terdapat 1 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,855

Kes sembuh: 88

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,439

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 14 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 112


Nasihat berkaitan COVID-19
- Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
- Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)

- CPRC KKM

COVID-19; terkini didunia 15 Mei 2020

BERITA TERKINI

Lebih 4.4 juta telah dijangkiti #COVID19 dan menyebabkan lebih 302,000 kematian seluruh dunia. 

AS, Rusia dan Brazil merekodkan peningkatan kes sangat ketara. 

10 negara mencatat kes jangkitan melebihi 100,000. 

Benua Antartika masih kekal tiada kes #COVID19 setakat ini.

- CPRC KKM

Selamat Hari Guru 2020

RENUNGAN HARI GURU: 16 MEI

Pada saya Cikgu2 sentiasa menjadi mangsa keadaan:
Cikgu2 dicaci org tak bising... 
Cikgu2 dihina org tak bising...
Cikgu2 diherdik org tak bising... 
Cikgu2 dipukul org tak bising... 
Cikgu2 disaman org tak kisah...

Niat Cikgu sering disalah ertikan... 
Cikgu korban duit utk murid org tak pandang ...
Cikgu korban masa utk murid org tak pandang... 
Cikgu korban tenaga utk murid org tak pandang...  
Cikgu korban rasa untuk murid org tak pandang...
Cikgu korban perasaan anak2 dan keluarga utk murid orang tak pandang...
Cikgu buat segala kebaikan utk murid orang tak pandang...
Pengorbanan Cikgu orang tak pandang...
Niat  Cikgu sering disalah ertikan.

Di sekolah, Cikgu sentiasa ingatkan murid supaya menghormati ibu bapa... sentiasa mengenang jasa ibu bapa....sentiasa menyayangi ibu bapa...jangan bercakap kasar dengan ibu bapa...jangan biadab dengan ibu bapa...jangan melawan ibu bapa... jangan derhaka pada ibu bapa.

Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati Cikgu...supaya mengenang jasa Cikgu...supaya menyayangi Cikgu... supaya tidak bercakap kasar dengan Cikgu... supaya tidak biadap dgn Cikgu...supaya tidak melawan Cikgu...supaya tidak derhaka pada Cikgu.

Gaji Cikgu yg sering diungkit...hadiah utk Cikgu yg sering diungkit... cuti Cikgu yg sering diungkit....seorang dua Cikgu yg buat silap, semua Cikgu kena kutuk...seorang dua Cikgu yang buat salah, semua Cikgu kena hina... 
Cikgu pun manusia biasa.

Orang yg bukan Cikgu tidak pernah memahami perasaan Cikgu....tidak pernah memahami hati Cikgu ... 
Orang tak tahu...  
~ bila tiba hari kejohanan sukan,  Cikgu kumpul duit utk tampung beli makanan murid.... 
~ bila tiba hari anugerah kecemerlangan Cikgu kumpul duit utk tampung beli hadiah utk murid cemerlang....
~ bila dekat hari raya Cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..
Orang tak tahu, 
~ ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yg bernilai 30 sen drp seorg murid yg miskin... 
~ ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yg bernilai 50 sen drp seorg murid yg miskin..
~ ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang drp pelajar yg miskin...
Orang tidak tahu.... 
dan tidak mahu ambil tahu.

Cikgu dikata kejar nama...
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu  dikata kejar glamour.

Wahai Cikgu...
Biarkan apa org nak kata...
Biarkan apa org nak cerca...
Biarkan apa org nak nista...
Biarkan apa org nak hina.

Bukan pujian yg Cikgu pinta...
Bukan sanjungan yg  Cikgu damba....
Bukan darjat yg Cikgu puja...
Bukan hadiah yg Cikgu paksa.

Serahlah saja pada yg Maha Esa...
Sekali Cikgu selamanya Cikgu.

Kepada sahabat2 ku yg bergelar CIKGU 
Berbanggalah kerana anda pernah menjadi CIKGU.

SELAMAT MENYAMBUT DAN MERAIKAN HARI GURU .#16Mei2020

Wednesday, May 13, 2020

COVID-19: TERKINI 13 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 13 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 37 (Termasuk 4 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,779

Kes sembuh: 58

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,281

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 16 (Seramai 4 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 111


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Elakkan keluar dari rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Elakkan amalan kunjung-mengunjung, termasuk pada musim perayaan

- CPRC KKM

Tuesday, May 12, 2020

COVID-19: Kes terkini 12 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 12 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 16 (Termasuk 3 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,742

Kes sembuh: 110

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,223

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 16 (Seramai 3 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 109


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Elakkan keluar dari rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)

- CPRC KKM

Monday, May 11, 2020

COVID-19: Terkini di seluruh dunia 11 Mei 2020

Kini terdapat 4 juta pesakit telah positif COVID-19 di seluruh dunia dan 1.4 juta pula telah sembuh. 

Namun 282 ribu telah terkorban.

 

COVID-19; Senarai akviti yang dilarang PKPB

SENARAI AKTIVITI YANG DILARANG dalam SOP pembukaan semula EKONOMI... (PKPB)

1.Hiburan dan Riadah
❑ Panggung Wayang
❑ Pusat Karoake
❑ Taman Tema
❑ Muzium
❑ Busking
2.Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
❑ Perarakan Keagamaan
❑ Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
❑ Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
❑ Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari
raya akan di umumkan kelak)
3. Persidangangan dan Pameran
❑ Pameran Kerjaya
❑ Pameran Perkahwinan
❑ Promosi dan Pakej Pelancongan
❑ Karnival Jualan
❑ Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai
4. Pendidikan
❑ Sukan semasa sesi persekolahan
❑ Aktiviti kokurikulum bersemuka
❑ Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
❑ Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang
5. Sukan
❑ Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai
(stadium)
❑ Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
❑ Kolam renang
❑ Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola 
keranjang
6. Aktiviti Sosial
❑ Kenduri – kendara
❑ Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
7. Pengangkutan
❑ Kapal Persiaran
8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa
Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
❑ Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan
radius jarak minimum 1m)
❑ Bazar Ramadan
❑ Bazar Hari Raya
9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor
pembuatan dan lain-lain sektor 
❑ Terima pelawat
❑ Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
❑ Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain
10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi
sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
❑ Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang
11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen
❑ Aktiviti Fitting Pakaian
12. Dobi ( khusus dobi layan diri)
❑ Aktiviti melipat pakaian
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi
15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
❑ Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi
kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan
kelak
17. Pengurusan Perhutanan
❑ Ekopelancongan Hutan
❑ Latihan Perhutanan
18. Perlombongan Dan Pengkuarian 
❑ Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)
19. Perladangan dan Pertanian
❑ Hari Bertemu Pelanggan
❑ Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
❑ Pesta makan buah-buahan
❑ Kursus/ Seminar
❑ Konvokesyen Institut Pertanian
❑ Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya
20. Perikanan
❑ Aktiviti perikanan rekreasi
❑ Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium
21. Seni Kreatif
❑ Penggambaran filem
❑ Acara/Konsert/Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam
22. Kebudayaan Dan Kesenian
❑ Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat
23. Pelancongan dan Perhotelan
❑ Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam 
Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café (Bagi Tujuan
Buffet)

Sunday, May 10, 2020

COVID-19; Kes Terkini 8 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 8 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 68 (Termasuk 4 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,535

Kes sembuh: 88

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,864

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 18 (Seramai 7 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 107

Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM

COVID-19: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI KAWASAN PASAR JALAN OTHMAN (PJO), PETALING JAYA, SELANGOR


 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), Petaling Jaya, Selangor.
 
Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di kawasan berikut:
 
Zon A​: 
Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya
 
Zon B​: 
  Jalan 2/29, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/29A, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/27, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/32, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/25, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/26, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/34, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/34A, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/23, Petaling Jaya
​​  Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
​​  Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya
 
Zon C​: 
  Jalan Selangor, Petaling Jaya
​​  Lorong 3/57D, Petaling Jaya
​​  Lorong 3/57C, Petaling Jaya
​​  Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
​​  Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya
 
Perintah PKPD ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 10 Mei 2020 hingga 23 Mei 2020.
 
Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa. 
 
Dengan pelaksanaan perintah ini:

• Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut.

• Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.

• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.
 
Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
 
Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.
 
DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN)
 
10 Mei 2020

COVID-19; ringkasan 9 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 9 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 54 (Termasuk 1 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,589

Kes sembuh: 65

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,929

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 18 (Seramai 6 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 108


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM

COVID-19; Terkini 10 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 10 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 67 (Termasuk 0 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,656

Kes sembuh: 96

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,025

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 18 (Seramai 6 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 108


Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB DILANJUTKAN selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020- YAB PM

Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM

Thursday, May 7, 2020

COVID-19:Terkini 7 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 7 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 39 (Termasuk 1 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,467

Kes sembuh: 74

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,776

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 19 (Seramai 8 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 107


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM

Wednesday, May 6, 2020

COVID-19: Terkini 6 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 6 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 45 (Termasuk 1 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,428

Kes sembuh: 135

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,702

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 22 (Seramai 9 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 107


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM

COVID-19: Kes Kematian Baharu 6 Mei 2020

Terdapat 1 Kematian hari ini, 6 Mei 2020. 

COVID-19: Perincian Kes 6 Mei 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,702 kes (73.15 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ini bermakna, jumlah kes yang didiscaj pada hari ini adalah tiga kali ganda kes baharu disahkan COVID-19.

Sehingga 6 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 45 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu (1) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 44 kes, di mana sebanyak satu (1) kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 22 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 9 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 107 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

COVID-19: Ringkasan kes 6 Mei 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,702 kes (73.15 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ini bermakna, jumlah kes yang didiscaj pada hari ini adalah tiga kali ganda kes baharu disahkan COVID-19.

Sehingga 6 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 45 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu (1) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 44 kes, di mana sebanyak satu (1) kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 22 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 9 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 107 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

COVID-19: Kes terkini di Negeri Pahang

Alhamdulillah ...Sekali lagi Pahang TIDAK mencatat kes baru, terus kekal 305 kes keseluruhan.

Berikut merupakan situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah. 
(Kemaskini 6.5.2020 @ 12.00 tengah hari)

Ringkasan: 

BIL. KES BARU : 0 orang 

Bersama kita putuskan rantaian COVID-19. 
Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan. 

Amalkan normal baharu kehidupan. 

Sentiasa amalkan:
- Basuh tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer. 
- Amalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
- Duduk di rumah. Jangan keluar jika tiada 
keperluan.
-Pakai face mask jika hendak keluar. 
-Jangan berkumpul & berada di tempat yang sesak. 

#covid19
#kitajagakita
#kitamestimenang
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau

COVID-19: Terkini 5 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 5 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 30 (Tiada kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,383

Kes sembuh: 83

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,567

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 24 (Seramai 8 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 106

Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)
- Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask)
- Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan
- Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

- CPRC KKM

Monday, May 4, 2020

COVID-19: Terkini di dunia

Kadar kesembuhan kes COVID-19 di dunia pada hari ini adalah 32.16% atau 1,128,252 kes berbanding semalam 31.91% atau 1,097,945 kes.

Jumlah kes di dunia sudah mencapai 3.5 juta kes.

- CPRC KKM

COVID-19: Jangkitan Harian

NEWS FLASH

Sebanyak 55 kes baru dilapor iaitu: 
1.  7 kes import 

2. 48 penularan tempatan  
-24 kes dari kluster dan lokaliti di bawah PKPD, bermaksud mrk telah disaring dan diasing. 
-24 kes PUI/SURVELAN tetapi kebanyakan kes berkait dgn kes PKPD spt kluster pasar borong.

- CPRC KKM

COVID-19; Jangkitan harian

NEWS FLASH

Sebanyak 55 kes baru dilapor iaitu: 
1.  7 kes import 

2. 48 penularan tempatan  
-24 kes dari kluster dan lokaliti di bawah PKPD, bermaksud mrk telah disaring dan diasing. 
-24 kes PUI/SURVELAN tetapi kebanyakan kes berkait dgn kes PKPD spt kluster pasar borong.

- CPRC KKM

COVID-19: Terkini 4 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 4 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 55 (Termasuk kes import seramai 7 orang)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,353

Kes sembuh: 71

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,484

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 28 (Seramai 13 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 105


Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)
- Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask)
- Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan
- Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

- CPRC KKM

Sunday, May 3, 2020

COVID-19: Graft Taburan Kes Jangkitan harian

Graft Taburan kes positif COVID-19 Harian. 

COVID-19: kematian Terkiji 3 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 27 (Seramai 13 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 105


Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)
- Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask)
- Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan
- Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

- CPRC KKM

COVID-19: Terkini 3 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 3 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 122 (Termasuk kes import seramai 52 orang)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,298

Kes sembuh: 87

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,413

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 27 (Seramai 13 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 105


Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)
- Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask)
- Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan
- Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

- CPRC KKM

COVID-19: Kes terkini 2 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 2 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 105

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,176

Kes sembuh: 116

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,326

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 31 (Seramai 12 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 103


Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)

- CPRC KKM

COVID-19: Kes terkini dunia 2 Mei 2020

Kes sembuh dunia telah melebihi 1 juta kes iaitu kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan kes dunia

Amerika Syarikat kekal dengan jangkitan COVID-19 yang tertinggi di dunia iaitu 33% daripada jumlah kes dunia atau 1,103,781 kes.

Terdapat 4 negara dengan kes harian melebihi 5 ribu iaitu Amerika Syarikat (36,007), Rusia (7,933), Brazil (6,410) dan Britian(6,201)

Patuhi nasihat KKM dan kekalkan langkah pencegahan COVID-19.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#KitaTeguhKitaMenang

- CPRC KKM

Friday, May 1, 2020

COVID-19: Kes terkini di dunia 1 Mei 2020

Hari ini kes sembuh dunia melebihi 1 juta kes iaitu kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan kes dunia.

Negara dengan jangkitan COVID-19 yang tertinggi adalah Amerika Syarikat iaitu 32.83% daripada jumlah kes dunia atau 1,070,032 kes. Terdapat 8 negara dengan kes melebihi 100 ribu termasuk Rusia dan Turki.

Patuhi nasihat KKM dan kekalkan langkah pencegahan COVID-19.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#KitaJagaKita
#KitaTeguhKitaMenang

- CPRC KKM

COVID-19; Kematian terkini 1 Mei 2020

Terdapat 1 kematian hari ini menjadikan jumlah terkumpul 103 kematian di Malaysia. 

COVID-19; Terkini 1 Mei 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 1 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 69

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,071

Kes sembuh: 39

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,210

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 37 (Seramai 14 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 103


Nasihat berkaitan COVID-19
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)

- CPRC KKM

Cameron Highlands C.O.D Food Delivery

Salah satu laman page Facebook yang jugak menjadi pilihan untuk mempromosikan jualan di bulan Ramadhan adalah laman page ini.

Jumlah ahlinya lebih 24 ribu namun laman page ini adalah lebih kepada untuk semua pelancong dari awal pembentukkanya. 

Selamat membeli di sini..

E-COD Ramadhan Majlis Daerah Cameron Highlands

Sebaik sahaja Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadhan di seluruh Negeri Pahang, selaras dengan Perintah tersebut, Majlis Daerah Cameron Highlands  telah mewujudkan laman page  E-COD Ramadhan Majlis Daerah Cameron Highlands.

Ianya bertujuan sebagai platform kepada para peniaga mempromosikan jualan mereka dan bagi pihak pengguna pula boleh membantu mereka membuat pilihan pembelian. 

Penghantaran adalah melalui COD yakni menggunakan runner-runner.

Bazar Ramadhan Online Cameron Highlands

Sebagai menyokong dan menyediakan platform promosi permasaran penjualan makanan secara online di sepanjang bulan Puasa ini, satu laman Facebook khas dan percuma  kepada semua peniaga di Cameron Highlands telah diwujudkan. 

Ianya dinamakan Bazar Ramadhan Online Cameron Highlands. 

Disini peniaga makanan boleh mempromosikan menu jualan mereka di sepanjang bulan Puasa ini. 

Semoga usaha ini membantu peniaga dan juga pelanggan di Cameron Highlands.  

Thursday, April 30, 2020

COVID-19: terkini di dunia 30 April 2020



Dengan kadar peratusan kes 32.55%, negara Amerika Syarikat masih mempunyai bilangan kes yang tertinggi. Negara Rusia pula pada bila-bila masa kes negara itu akan mencecah kepada 100,000 kes.

Dengan kadar peratusan kematian 15.72%, negara United Kingdom merupakan negara tertinggi bagi kadar kematian berbanding sebelum ini adalah negara Belgium.

- CPRC KKM

COVID-19: Kes Kematian terbaru

Terdapat 2 kematian hari ini menjadikan ku jumlah terkini 102 kematian . 

COVID-19: Jumlah yang sembuh

Jumlah sembuh hari ini masih tinggi daripad jumlah kes jangkitan terbaru. 

COVID-19: Ringkasan Kes COVID-19 pada 30 APRIL 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 30 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 57

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,002

Kes sembuh: 84

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,171

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 37 (Seramai 15 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 102

- CPRC KKM

COVID-19. Terkini kes di dunia 29 April 2020


Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia.

Kadar peratusan kes tertinggi adalah 32.48%, dari negara Amerika Syarikat dimana jumlah kes di negara tersebut melebihi 1 juta hari ini.

Kadar kes kematian yang tertinggi masih lagi negara Belgium dengan 15.49%.

COVID-19; Terkini 29 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 55 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,087 kes (­­­­­68.75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 29 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 94 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,758 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 94 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 22 kes sahaja.

Sehingga kini, seramai 40 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Wednesday, April 29, 2020

COVID-19: Perincian kes baharu


Daripada 94 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia. 

Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 22 kes sahaja. Rujuk infografik bagi mendapatkan maklumat lanjut pecahan kes penularan tempatan.

#covid19malaysia

Tuesday, April 28, 2020

COVID-19: Kes aktif yang masih dirawat setakat 28 April 2020


Kes aktif yang masih dirawat setakat 28 April 2020 dan trend jumlah pesakit aktif harian mengikut tiga Fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bermula 18 March 2020. 

Trend kes-kes aktif yang boleh menjangkiti orang lain kini menurun pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan PKP Fasa 3 yang berakhir esok. 

Semoga virus COVID-19 ini dapat dihapuskan di bumi Malaysia dan negara-negara lainnya. 

COVID-19; Kes terkini 28 April 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 75 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,032 kes (­­68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 28 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 31 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,719 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 100 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

COVID-19; Terkini di Negeri Pahang


Berikut merupakan situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah.
(Kemaskini 27.4.2020 @ 12.00 tengah hari)

Ringkasan:

TIADA KES BARU HARI INI.

BIL. SEMBUH: 18 orang
1. Mukim Kuala Kuantan 1 
2. Mukim Kuala Kuantan 2 
3. Mukim Sg Karang , Kuantan
4. Mukim Beserah, Kuaantan

MUKIM YANG MASIH BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN:
1. Mukim Beserah, Kuantan
2. Mukim Kuala Kuantan 1
3. Mukim Kuala Kuantan 2
4. Mukim Sg Karang, Kuantan
5. Mukim Triang 1, Bera
6. Mukim Pulau Tawar, Jerantut.

Penduduk mukim di atas perlu lebih berhati-hati dan  sentiasa mengamalkan nasihat kesihatan yang diberikan.

Bersama kita putuskan rantaian COVID-19.
Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Jangan rasa selesa dengan bertambahnya zon hijau. Jika kita leka & lalai..kita bakal menambah semula kes di zon-zon tersebut. Perjuangan kita masih belum selesai. Kita belum lagi menang.

Sentiasa amalkan:
- Basuh tangan dengan air dan sabun.
- Amalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
- Duduk di rumah. Jangan keluar.

#kitajagakita
#kitamestimenang
#dudukdirumah
#covid19
#koinaksihat

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock