TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, May 16, 2020

Selamat Hari Guru 2020

RENUNGAN HARI GURU: 16 MEI

Pada saya Cikgu2 sentiasa menjadi mangsa keadaan:
Cikgu2 dicaci org tak bising... 
Cikgu2 dihina org tak bising...
Cikgu2 diherdik org tak bising... 
Cikgu2 dipukul org tak bising... 
Cikgu2 disaman org tak kisah...

Niat Cikgu sering disalah ertikan... 
Cikgu korban duit utk murid org tak pandang ...
Cikgu korban masa utk murid org tak pandang... 
Cikgu korban tenaga utk murid org tak pandang...  
Cikgu korban rasa untuk murid org tak pandang...
Cikgu korban perasaan anak2 dan keluarga utk murid orang tak pandang...
Cikgu buat segala kebaikan utk murid orang tak pandang...
Pengorbanan Cikgu orang tak pandang...
Niat  Cikgu sering disalah ertikan.

Di sekolah, Cikgu sentiasa ingatkan murid supaya menghormati ibu bapa... sentiasa mengenang jasa ibu bapa....sentiasa menyayangi ibu bapa...jangan bercakap kasar dengan ibu bapa...jangan biadab dengan ibu bapa...jangan melawan ibu bapa... jangan derhaka pada ibu bapa.

Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati Cikgu...supaya mengenang jasa Cikgu...supaya menyayangi Cikgu... supaya tidak bercakap kasar dengan Cikgu... supaya tidak biadap dgn Cikgu...supaya tidak melawan Cikgu...supaya tidak derhaka pada Cikgu.

Gaji Cikgu yg sering diungkit...hadiah utk Cikgu yg sering diungkit... cuti Cikgu yg sering diungkit....seorang dua Cikgu yg buat silap, semua Cikgu kena kutuk...seorang dua Cikgu yang buat salah, semua Cikgu kena hina... 
Cikgu pun manusia biasa.

Orang yg bukan Cikgu tidak pernah memahami perasaan Cikgu....tidak pernah memahami hati Cikgu ... 
Orang tak tahu...  
~ bila tiba hari kejohanan sukan,  Cikgu kumpul duit utk tampung beli makanan murid.... 
~ bila tiba hari anugerah kecemerlangan Cikgu kumpul duit utk tampung beli hadiah utk murid cemerlang....
~ bila dekat hari raya Cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..
Orang tak tahu, 
~ ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yg bernilai 30 sen drp seorg murid yg miskin... 
~ ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yg bernilai 50 sen drp seorg murid yg miskin..
~ ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang drp pelajar yg miskin...
Orang tidak tahu.... 
dan tidak mahu ambil tahu.

Cikgu dikata kejar nama...
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu  dikata kejar glamour.

Wahai Cikgu...
Biarkan apa org nak kata...
Biarkan apa org nak cerca...
Biarkan apa org nak nista...
Biarkan apa org nak hina.

Bukan pujian yg Cikgu pinta...
Bukan sanjungan yg  Cikgu damba....
Bukan darjat yg Cikgu puja...
Bukan hadiah yg Cikgu paksa.

Serahlah saja pada yg Maha Esa...
Sekali Cikgu selamanya Cikgu.

Kepada sahabat2 ku yg bergelar CIKGU 
Berbanggalah kerana anda pernah menjadi CIKGU.

SELAMAT MENYAMBUT DAN MERAIKAN HARI GURU .#16Mei2020

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock