TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, May 6, 2020

COVID-19: Ringkasan kes 6 Mei 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,702 kes (73.15 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ini bermakna, jumlah kes yang didiscaj pada hari ini adalah tiga kali ganda kes baharu disahkan COVID-19.

Sehingga 6 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 45 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu (1) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 44 kes, di mana sebanyak satu (1) kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 22 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 9 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 107 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock