Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Monday, July 29, 2013

Peristiwa: Buaya Kuala Selangor 2 ...

Punca awal buaya ini dikatakan mati.. Dia pun berpuasa rupanya...

Keratan akhbar Sinar Harian semalam berhubung penemuan bangkai buaya di

Kampung Bukit Belimbing


 
KUALA SELANGOR – Kelaparan disebabkan tidak makan gara-gara tiada gigi dikenal pasti menjadi punca kematian buaya yang ditemui dua nelayan di Jeti Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Rahim Ahmad berkata, faktor usia mungkin menyebabkan struktur gigi rapuh sehingga menyukarkan buaya itu meneruskan ikhtiar hidup dan makan seperti biasa.

Menurutnya, buaya terbabit adalah jantan berusia lebih 70 tahun dan hasil bedah siasat awal mendapati dalam perut buaya berkenaan kosong dipercayai tidak makan dalam tempoh agak lama, manakala ia sudah mati sejak dua atau tiga hari lalu.

Bagaimanapun katanya, pihak Perhilitan masih menunggu keputusan bedah siasat lebih terperinci dalam tempoh dua minggu lagi selepas organ penting buaya terbabit dihantar ke makmal di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun.

“Selangor pertama kali menerima aduan seumpama ini dan sememangnya Sungai Selangor dikesan mempunyai habitat buaya jenis itu.


“Saiz buaya air tawar seberat 1,000 kilogram itu adalah normal di kawasan ekosistem yang sihat seperti di Sungai Selangor,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau bagaimanapun menolak kemungkinan pencemaran air menjadi punca kematian buaya terbabit.

Rahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan buaya yang ditemui mati itu mempunyai pasangan, namun meminta penduduk di kawasan berkenaan tidak panik kerana haiwan tersebut tidak mengganggu manusia.

“Pihak kami akan sentiasa melakukan pemantauan di sungai dan sebarang maklumat boleh hubungi Perhilitan dengan segera,” katanya.
 

Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, meskipun terkejut dengan penemuan bangkai buaya itu, namun nelayan masih turun ke sungai seperti biasa.

Friday, July 26, 2013

Peristiwa : Buaya Sungai Selangor...

Kisah buaya ini saya kongsikan sebab saya ada pengalaman denganya semasa di Kuala Selangor sekitar tahun 2006. Ketika itu saya bertugas sebagai penolong pengurus ladang di Ladang Bukit Talang, Kumpulan Guthrie Berhad (kini Sime Darby)
 
Ketika bulan puasa juga rasanya kami dapat telepon dari salah seorang mandur mengatakan ada buaya di Division Kg Baru dan segera bergegas ke sana.
 
Benar. Buaya tersebut sedang berjemur di seberang Sungai Selangor ini. Mujurnya, buaya ini memilih seberang sana dan jika di sebelah sini, pasti haru biru kerana kawasan memancing udang kegemaran ramai.
 
Saya ada mengambil gambar ketiak itu dengan Nikon 3200 saya. Namun ketika itu biarpun ramai orang melihat, tiada yang mengambil gambar kerana telepon yangberkamera masih amat mahal berbanding sekarang .
 
Dua hari buaya ini berjemur dan pagi tadi saya membacanya di Harian Metro. Cuma saya tak dapat pastikan adakah buaya ini buaya yang sama kami saksikan pada tahun 2006 itu.. 
 
KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.
 
 
Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.
“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.
 
Foto
Dua nelayan terkejut menemui bangkai buaya yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang.

Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.
 
“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.

“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.

“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

Friday, July 19, 2013

Syawal buat Iqram ...

Berkongsi catatan saya di feldakumai.com.. harap ada yang sudi membantu ...
feldakumai.com ingin mengajak semua warga generasi Felda Kumai baik yang ada di Kumai mahupun yang berada di luar sama-sama membantu Adik Muhammad Iqram ini.
Kisahnya telah kami kongsikan terlebih dahulu dalam beberapa siri catatan dan kisahnya juga mendapat perhatian di Sinar Harian dan Berita TV9. 
Adik Iqram
Anda mungkin tidak mengenali siapa adik Iqram dan keluarganya tetapi sebenarnya tanpa sedar, adik Iqram ini dekat dengan kita yang datangnya dari kampung yang sama .. Felda Kumai.
Semoga bebanan yang ditanggung oleh adik Iqram dan keluarganya dapat kita ringankan dengan sedikit sumbangan.
Hubungilah Hashim secara peribadi baik telepon ataupun sekadar sms bertanya khabar akan keperluan.
Di kala anda membeli belah baju raya untuk anak-anak anda, apa kata selitkan sehelai atau sepasang baju raya untuk adik Iqram ini dan kirimkan secara pos kepada mereka.
feldakumai akan berkongsikan alamat keluarga ini dalam sedikit masa nanti. 
Ingat, esok pasti ramai yang akan membeli belah persiapan hari raya, dikala membelek baju raya anak-anak anda yang mungkin sebaya denganya, pilihlah sehelai buat adik Iqram semoga rayanya nanti akan sama seperti kegembiraan anak-anak anda… 
Insyallah… 
Kredit Poster : Terima kasih untuk Normiza Tajuddin dan pelajarnya.. 

Monday, July 15, 2013

Tips Melancong ke Cameron Highlands: Bazar Ramadhan dan kedai makan...

Saya menerima beberapa email mengenai keadaan di Cameron Highlands ketika bulan puasa ini. 

Rata-ratanya bertanyakan di manakah tempat makan yang dibuka dan seronok atau tidak jika melancong di bulan ini.

Bab seronok atau tidak itu terpulang kepada anda mengisi percutian anda cuma di waktu berpuasa sebegini, rata-rata pengusaha tempat menarik juga berpuasa kerana kekurangan pengunjung.

Yang pasti, tiada kesesakan teruk akan anda alami sepanjang tempoh ini. 

Antara yang boleh saya jawab adalah mungkin berkongsikan mengenai tempat makan yang menjadi tumpuan ataupun dibuka di waktu bulan ramadhan ini. 

Di Cameron Highlands hanya terdapat 2 pekan yang menawarkan Bazar Ramadhan iaitu di Tanah Rata dan di Pekan Brinchang. 

Di Tanah Rata kali ini dibuka di bahagian depan Arked Makan yanga terletak di sebelah jalan utama. 

Anda tidak akan sesat untuk mencarinya jika melalui laluan utama di di sini.

Di sini lebih banyak gerai kerana tumpuan peniaga adalah kakitangan awam ataupun penduduk melayu yang mendominasikan pekan Tanah Rata ini. 

Terdapat banyak bank-bank yang boleh anda kunjungi untuk mengeluarkan wang bagi berbelanja. 

Antara yang menjadi tumpuan pada tahun ini....mmmm.. biasa aje. 

Sukar untuk saya istimewakan mana-mana gerai di sini. 

Untuk anda yang mungkin kali pertama berpuasa di Cameron Highlands, kalau 7 tahun yang lalu hanya ada beberapa gerai sahaja yang dibuka sepanjang bulan puasa malah untuk menggelarkan sebagai Bazar Ramadhan jugak agak janggal ketika itu. 

Kini senarai pilihannya bertambah panjang dengan pelbagai peniaga sambilan mula bersaing dengan peniaga tetap. 

Bazar yang kedua adalah di tengah Pekan Brinchang di mana anda tidak akan sesat dan sukar untuk menemuinya. 

Di sini dahulu hanyalah di hadapan Central Market Brinchang sebelum dipindahkan di kawasan meletak kenderaan bersebelahan.

Jumlah gerainya juga agak bertambah pada tahun ini. 

Yang istimewa? mmm .. masih sukar.... 

Kedai-kedai makan nampaknya tahun ini banyak yang ditutup,. Di food Court Lama Tanah Rata hanya ada sebuah dibuka. 

Juga di Food Camp hanya sebuah dibuka. Kedai makan di Food Court Orkid juga ditutup.

Saya melihat Kak Nor masih membuka kedainya di waktu malam sahaja (dihadapan Maybank) manakala di Royal Lily, Restro Ally dan Selera Kelate masih dibuka seperti biasa. 

Yang lainnya tahun ini adalah terdapat dua restoran di Medan Marigold bersebelahan dengan Pejabat Daerah dan Tanah yang menawarkan pakej buffet .

Hanya RM 10 seorang sahaja dan anda boleh memlili juadah buffet mereka untuk berbuka puasa di sana.  

Ini adalah konsep baharu yang diperkenalkan oleh kedua-dua pengusaha iaitu Restoran Erra dan juga Captain Corner di sebelah Madani Hotel. 

Juga masih menawarkan pakej berbuka adalah di Glory Steamboat bersebelahan dengan Dela Fern Hotel dan pastinya menu steamboatnya menjadi taruhan restoran ini. 

Di Pekan Brinchang pula terdapat dua atau tiga restoran tomyan yang dibuka seperti Pok Nik Ikan Bakar.

Sudahnya.. tepuk dada tanya selera...... harap-harap membantu... 

Oh yaa.. dah alang-alang berpuasa di sini, apa kata pula andas singgah untuk berterawih bersama kariah kami di sini. 

Anda boleh pilih untuk menunaikan solat terawih samada di Masjid Sultan Abu Bakar ataupun di Masjid Kayangan di Brinchang.  


Cuma jika tidak biasa tu, saya cadangkan anda memakai baju yang tebal sedikit sebab penghawa dinginnya di waktu malam tak dapat dikawal oleh pihak Masjid.

Bas sekolah Felda Kumai terbakar ... 2

Bas sekolah Kumai Terbakar3
Sebahagian respon yang diberikan oleh generasi Felda Kumai yang melalui Facebook Generasi Felda Kumai dan juga Warga Felda Kumai.
  • Noralisa Alias Ala ciannyer .. byk kenangan naik bas tu g skolah bera..sapa punyer angkara..biadap betul buat keje diblna ramadhan.
  • Siti Roha’s hanya tinggal kenangan…..sedihnye…itulah bas yang aku tunggu setiap jam 6.30 pagi pada tahun 1990 hingga 1992.
  • Rosmanizan Othman ia weh sama aku sedih tgk hangus bas aku pi timba ilmu dulu huh..huh…

  • Nor Aisyah Da brape generasi ek bas nie?syg betol…
  • Eyra Mat byak kenangan ngn bas ni…xde da la..huhuhu
  • Guru Besar Bas yang aku naiki untuk menimba ilmu. Inilah pengangkutan utama ke sekolah.. Hu. Hu
  • Zaidi Sc sdih nye aku

  • Eita Karim Lau btl 2 pbuatn dak sek memg btl2 myushkn org lain..apa la dosa bus 2 pai nk bkr.lau xpuas hti bsemuka la n bncg secara baik..bln2 baik cmni pn nk wt jht..
  • Saharuddin Muhamad Jani Tinggal kenangan…
  • Naim Ahmad inalillah … musibah d bulan ramadhan..
  • Zahar M Noor Kenangan naik bas ni masa sekolah menengah
  • Syahfizul Zakiri knangn 5thun naek bas 2 g skolh

  • Miza Mizi tinggal kenangan….dua biji bas sekali terbakar..mcm sabotaj je…api marak dlm dua biji bas sekaligus…
  • Zahrul Azlan Last bas nie 1999 aku naik
  • Nurul Arsad X penah naik bas ni…..tengok je dia zaman dolu2…..turut cedihhh
  • PAnif MAzu Zuaem tragik btl smp 2 2 tbakar..
  • Nuar Cipet memang la... bila lelaki berebut nk naik bas,pasti merasa tapak kasut pakcik seman...hahaha....
Sebahagian komen buat masa  ini.. 

Saturday, July 13, 2013

Bas Sekolah Felda Kumai terbakar....

Petang semalam 12 Julai 2013, sekitar pukul 5 petang saya mendapat update dari Facebook Generasi Felda Kumai dan Warga Felda Kumai mengenai kejadian yang baharu sahaja berlaku sekitar 2 jam yang lalu.
 
Kejadian yang amat mengejutkan ini mendapat liputan dan reaksi yang meluas di kalangan warga felda kami ini terutamanya dari luar yang juga terperanjat.
 
Bas sekolah Kumai Terbakar6
 
Bukan sebuah yang terlibat tetapi kedua-dua buah bas sekolah yang telah banyak berjasa musnah dalam kebakaran yang dikatakan bermula pada sekitar pukul 3 petang.
Bas sekolah Kumai Terbakar4
 
Bas yang dimiliki sepenuhnya Koperasi Felda Kumai ini musnah dijilat api sepenuhnya ketika diletakan di dalam bangsal mereka.
 
Bas sekolah Kumai Terbakar5
 
Bas ini menjalankan tugasnya pada hari jumaat dan selepas habis sahaja tugas mengambil dan menghantar penumpang iaitu pelajar dari Felda Kumai ke sekolah menengah di SMK Triang 3.
 
Bas sekolah Kumai Terbakar
 
Pihak Bomba dan Penyelamat yang tiba juga tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan bas tersebut. Mereka hanya mampu memadamkan kebakaran yang tinggal.
 
 Bas sekolah Kumai Terbakar2
 
Kami masih belum mendapatkan sumber yang pasti mengenai punca kejadian. Biarlah pihak berkenaan menjalankan siasatan.
 
Bas sekolah Kumai Terbakar3
 
Jika ada unsur sabotaj, kami berharap mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
 
Siri kedua, kami akan cuba mengumpalkan komen-komen dari laman FB mengenai kenangan mereka bersama bas yang telah banyak berjasa ini.

Wednesday, July 10, 2013

Tips Melancong ke Cameron Highlands : Berpuasa di Cameron Highlands. ..waktu berbuka...imsak...

Selamat Menyambut Puasa ...
 
Jom berpuasa di Cameron Highlands, Pahang.
 
Dengan kesejukan dan mendung serta berkabus, pastinya pengalaman sebegini akan amat berbeza dengan suasana di bawah sana..
 
Jom kongsi waktu Imsak dan Berbuka di sini...
 
 
Saya akan cuba kongsikan suasana berpuasa di Cameron Highlands, pasar Ramadhan , serta mungkin destinasi berbuka puasa yang terdapat di sini...
 
Jom.. berpuasa di Cameron Highlands....

Tips Melancong ke Cameron Highlands: Koleksi nombor penginapan ...

Ringkasan Senarai nombor telepon untuk penginapan di Cameron Highlands;


senarai hotel / apartmen / homestay di Cameron..

BRINCHANG:






HOTEL GREEN GAEDEN 05-4915824 / 4961824 019-5571717 BRINCHANG
IRIS HOUSE HOTEL 2* 05-4911818 BRINCHANG
KAVY HOTEL 05-4915652 BRINCHANG
HILL GAEDEN LODGE 05-4912988 / 05-4912808 BRINCHANG

TUDOR HOME INN 05-4901353/012-7520776 BRINCHANG
HOTEL RAINBOW 05-4914628 BRINCHANG


HOTEL ROSA PASSADENA 3* 05-4912288 BRINCHANG
JASMINE HOTEL 05-4911588


HOTEL CHUA GIN 05-4911801/019-5726688 BRINCHANG
HOTEL TITIWANGSA 2* 05-4901188 BRINCHANG
KOWLOON HOTEL 05-4911366 / 05-4911780 BRINCHANG
PARKLAND HOTEL 05-4911299 / 05-4911399 BRINCHANG


BRINCHANG HOTEL 05-4911755 / 05-4911452 BRINCHANG
STAR REGENCY HOTEL 3* 05-4915133 BRINCHANG
HIGHLANDS CHALET ( PAK MAN )012-5534425/019-5458425 BRINCHANG
CHALET ( K.NOR ) 012-5844246 BRINCHANG
COUNTRY LODGE RESORT 3* (BELAKANG JIMAT) 05-4911811


BRINCHANGRUMAH TUMPANGAN 05-4911093/012-6758918 BRINCHANG
HOTEL LIDO BUDGET 013-5010267 BRINCHANG
HOTEL SENTOSA 05-4915492 BRINCHANG
HOTEL REMIX 05-4912439 BRINCHANG

 
HONG KONG HOTEL 016-5513876/012-5644278 BRINCHANG
HOTEL GOLDEN NIGHT 05-4912809/013-5077744/019-3870865 BRINCHANG
HOTEL RIA CAMERON 05-4901777 019-5593119 BRINCHANG
26
PANGSAPURI HONEYMOON VILLA 05-4911346  019-5736083 PECAH BATU, BRINCHANG 
27 HOTEL WIRA AWAN 05-4914251 PECAH BATU,BRINCHANG
28 AGROHIGHLANDS HOMSTAY ( HJ.TEE) 019-5566090 (K.ANI)  013-7105744
019-5573399 PECAH BATU,BRINCHANG



EQUATORIAL HOTEL ( EQ) 5* 05-4961777 KEA FARM
TANAH RATA:
 
 
CENTURY PINES RESORT 3* 05-4915115 TANAH RATA
PLANTERS HOTEL 1* 05-4901001 TANAH RATA
HOTEL BB INN -5* 05-4914551/3 TANAH RATA
HERITAGE HOTEL 3* 05-4913888 TANAH RATA
HOTEL COOL POINT 2* 05-4914914 TANAH RATA

HOTEL DE’LA FERNS 3* 05-491488 / 05-4911888 TANAH RATA
HOTEL CASA DELA ROSA 2* 05-4911333 TANAH RATA
MARDI APARTMENT ( KAK YATI ) 017-5763577 TANAH RATA
CALLALILY HOTEL ( NASIR) 019-9783703 ROYAL LILY,TANAH RATA
APARTMENT ( CIKGU BOB )019-5216989 ROYAL LILY,TANAH RATA
APARTMEN ( SUHAILI ) 013-5946433 ROYAL LILY,TANAH RATA
 
APARTMEN FLET JASAR - 017-3367786
APARTMRN FLET JASAR - 013-3635832( E.ROSTAM)
PUNCAK ARABELA APARTMEN- 0195265310( E.RAHIM)
K.AZIE APARTMEN - 019-9408573
SITI FAIZUN APARTMEN - 017-3908132
 
HOMESTAY @ Taman Sedia
 
 
HOMSTAY / APARTMEN DR.AYOB 012-5059220 TAMAN SEDIA & TANAH RATA
ORCHID HOMESTAY ( ABG.ROSTAM) 05-4911958/013-6358322 TAMAN SEDIA
RZ LODGE ( CIK ZUL ) 019-9521426 TAMAN SEDIA
M& Z HOMESTAY 05-6211261  019-5480129 TAMAN SEDIA
ROS CHALET STRAWBERY FARM ( CIK ZUL ) 012-5838060 TAMAN SEDIA

LILY HOMESTAY ( IMAM & MAKCIK SARIAH) 05-4911477 TAMAN SEDIA
FAUZIZ HOMESTAY 017-2725107 TAMAN SEDIA
AGAPHANTES HOMESTAY ( CIKGU RAFLES) 017-5530806/019-4605284 TAMAN SEDIA
DAHLIA HOMESTAY ( MAKCIK DIAH ) 05-4912605/013-2211547 TAMAN SEDIA
NEEZA CHALET 012-2677287 TAMAN SEDIA
 
MARINA CHELET 05-4911295/019-5066759 TAMAN SEDIA
MARINA CAFE,CATERING&CHALET
( MD FAIZAL BIN IDRIS ) 013-6430602/019-3711672 TAMAN SEDIA
AL-MASHOOR CHALET 05-4914204/019-5760669 TAMAN SEDIA
HOMESTAY ZURAIDA 05-4915884/019-5416377 TAMAN SEDIA

ANGGERIK DESA CHALET 05-4911896/019-6414857TAMAN SEDIA
AIZA CHALET 019-7560991 TAMAN SEDIA
ASZI HOMESTAY 017-2725107 TAMAN SEDIA
DESA ANTURIUM- 0175181052 / 017-5316860(E.MEGAD)
 
RINGLET:
 
GOLDEN MOUNTAIN VILLA 019-5693922 HABU, RINGLET
 YELLOW HOUSE APARTMENT
(SEBELAH SHELL) 05-4956388 / 05-4956160/019-4021159 RINGLET
 
Sumber : Laman FB Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands.
 
Saya copy and paste sahaja list di atas.
 
Jika anda berminat atau ingin menginap di sana atau mendapatkan maklumat, sila hubungi mereka terus.
 
Jangan hantar email atau pm saya untuk maklumat lanjut malah untuk saya tempahkan kepada anda sendiri.
 
Saya tidak dapat membantu dan tidak akan melayan mana-mana email mintak saya menempah dan berunding harga..
 
Dah penat daaah,... banyak kali tulis pun mesti ada yang akan minta bantuan sebegini



Monday, July 8, 2013

Tips Melancong ke Cameron Highlands: Cuit-cuit ... apartment oh apartment 2

Kisah benar ini diceritakan oleh Mat Zin yang bukan nama sebenarnya. 


Kisahnya diceritakan sekitar sebulan yang lepas. 

"Aku bengang betul.. Tak pasal-pasal aku lesap RM 250 semalam... "

Apahal ni ? Apasal ko kalah judi ke?

"Sorry la kawan. Ini pasal kawan tolong kawan la. Kawan aku mintak aku carikan apartment dua malam tu minggu lepas. Aku punyerlah pujuk Amir bagi apartment dia kat aku . Diskaun lagi tu... Aku siap bayar RM 500 lagi duit poket aku untuk kawan aku tu..."

"Abis tu apa masalahnya?" tanya kawan yang lain. 

"Kelmarin kawan aku SMS, dia kata tak jadi datang. Nak kena attend birthday party kawan sekolah anak dia." sambil menunjuk-nunjuk teleponnya. 

"Masa nak apartment tu telepon siang malam. Beria-ria confirmed. Aku pun percaya siap bayar kat Amir. Tup tup bila nak batal, main sms aje ..

"Sorry Mat Zin..aku tak jadi naik, birthday party kawan anak aku'. Next time aku plan balik...". Dia SMS ajeee... SMS ..."!!!!!!!!!!!!!!  

"Duit aku dah bayar!!!!." macam nak menjerit pula keluhnya .

"Tak kan aku nak mintak balik kat Amir..mampus dia tak percaya.. dah la dia tolak booking orang lain untuk aku. Last last aku tidor sendiri kat sana. Malam tadi nasib baik ada orang nak cari bilik boleh jugak tolak... tapi aku hangus RM 250 jugakkkkk...." Katanya lagi... 

Aduhai...... kawan nak tolong kawan .... punya pasal.. masa nak telepon pagi petang, bila batal, sms aje.......................... sampai sudah tak telepon... 

So ape cerita ni.. yang tersirat agak-agaknya apa ya.... anda jangan macam tu ... sms aje.. 

Nasib baik saya kalau orang mintak tolong booking apartment saya akan balas dengan nombor telepon kawan-kawan yang ada apartment. 

Anda uruskan sendiri. 

Anda Telepon sendiri, berunding sendiri dan bayar deposit sendiri.... tak kuasa saya nak layan.... terkena jugak dulu.. nasib baik kawan tu dapat cari ganti pelanggan apartment dia. 

Tips Melancong ke Cameron Highlands: Cuit-cuit ..mintak sayur sikit ...

gambar pinjam dulu yaa...
Masih berkisahkan si Salim. 

Si Salim ini sebenarnya bekerja sebagai penolong pegawai di salah satu agensi pertanian di Cameron Highlands. 

Yang mana satu ? 

Mungkin Jabatan Pertanian, mungkin FAMA, mungkin Pertubuhan Peladang, mungkin MARDI dan pelbagai lagi kemungkinannya. 

Jadi tak perlu anda memikirkan lebih lanjut yang mana satu.

Suatu pagi Ahad, Salim menerima panggilan telepon yang kalau dikisahkan sebeginilah skripnya;

Orang Kampung (OK): Assalamulaikum Lazim

Salim  : Walaikumusallam sape ni?

OK : Aku ni, sepupu Naim Tok Yeh, Kuantan.

Salim : Sepupu Naim... ooo naim bola tu ye. Lama benor tak jumpa dia . dekat 3 tahun rasanya. 

OK : Ye. ialah tu. Awok tok kenai kawan rasanya.. kita jumpa raya 4 tahun dulu aje. 

Salim : Kalau jumpa rasa kenal muke aje kut. tak de hal. Apa cerita?

OK : Kawan ni kat Cameron ni sampai semalam. Tengahari sikit nak balik la. 

Salim : Laa kenapa lewat benor bagi tahu, kalau awal boleh ajak minum teh.

OK: Tak pe la. Ni Naim khabo kat kawan, oak ada di sini. Kalau naik sini, telepon aje aok.. mintak sayur sikit . Dia kata aok boleh bagi free. sebut aje nama Naim... aok kenal sangat la. 

Salim : errrrrrr...... 

OK : Aok kan keje pertanian. Senang dapat sayur free....Kata Naim aok kenal ramai tokey sayur.,,

Salim : Alahai .. kawan tak de Cameron ni, kursus kat Wisma Tani ni. Kalau aok khabo awal, insyallah boleh mintak orang carikan... ni dah lewat dah sangat nak masuk kebun Cina mintak sayur free. 

OK : La ye ke.. Naim khabo awak petik jari aje mintak sayur tu... ingat aok ada sini. 

Salim : Maaf laaa.. itu la kawan khabo tadi.. kalau awal tak de halnya...

OK : Tak pe la, tak de rezeki kawan nak rasa sayur free ari ini. Lain kali aje la weee,,.

Salim : Tak pe lain kali telepon awal .. 

OK : Tak pe la wee... 

Salim melihat nombor dan segera menyimpan nombor tersebut dengan nama " Jangan Jawab 35"  sebagai ID no.

Dia mengeluh.. tak pasal-pasal awal pagi ahad aku dapat dosa menipu.. letih nak menjawab panggilan sayur free ni.... penat sangat dah weee.....

Anda dah baca dan agak-agak apa yang tersiratnya... cer ceritakan... 

Tips Melancong Cameron Highlands: Mencari Steamboat @ Cameron

Saya lupa untuk berkongsikan mengenai tempat-tempat yang menawarkan makanan steamboat halal. 

gambar pinjam dulu yaaa....
Sebenarnya saya telah berkongsikan maklumat tersebut dalam catatan makanan halal yang terdahulu. 


Untuk kali ini saya khususkan mengenai Steamboat sahaja. 

Kalau anda mencari restoran steamboat yang halal. 

Saya mengesyorkan tempat-tempat berikut:

Tanah Rata: 
Arked Medan Selera Orkid (bersebelahan tapak Pasar Malam Tanah Rata) Atilia Square
Restoran Elmelda - Food Court Tanah Rata (Tingkat atas).
Restoran Fauzi Tomyam

Tanah Rata ke Brinchang:
Glory 78 Steamboat and Snack - bersebelahan Hotel De La Fern

Brinchang:
Hotel Titiwangsa 
Hotel Rosa Passadena 
Restoran Fauzi Tomyam

Restoran yang saya kongsikan ini adalah restoran yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Pahang. 

Yang mana sedap? secara peribadi saya selalunya akan ke Glory 78. 

Selesa dan pernah masuk dalam Menu Alam TV Alhijrah. Malah saya sukakan perisa tomyam dan sambal cilinya. 

Tips Melawat Cameron Highlands: Cuit-cuit aje.. apartment oh apartment

Cuba baca perbualan kawan lama yang lama sangat tak bertemu dan bercakap. 

Tiba-tiba mendapat telepon daripada kawanya Lazim yang hampir 10 tahun tak bertemu.


Lazim : " Salam woi, lama tak dengar cerita, ni aku, Lazim".

Salim  : "Salam... lama betul tak dengar cerita, apa khabor ko?". Balas Salim dengan gembira.

Lazim :  Aku dengar ko dekat Cameron Highlands.. .waaa bagus la... mesti seronok dah lama?

Salim : Alhamdulillah, dah dekat 7 tahun kat sini. Terbaik dari tempat yang lain.

Lazim : Baguslah ... sebenarnya aku nak bercuti kat sana cuti sekolah ni. Satu family. Orang cakap Apartment banyak kan. 

Salim : Memang dah bertambah apartment sekarang ni . Musim cuti selalunya penuh aku dengar. Kena cepat booking. 

Lazim ; Ini lah aku telepon ko. Tolong carikan apartment untuk aku. Kalau boleh ko carikan yang cantik. View yang menarik dan yang penting selesa.

Salim : Aku boleh rekeman beberap nombor la. Tapi ko kena la sendiri telepon. 

Lazim : Ala ko la booking untuk aku. Mesti dapat murah punya. 

Salim: mmm sebenarnya aku tak pernah booking untuk orang, cuma rekeman aje. 

Lazim : Ala ko dah 7 tahun kat sana, mesti kenal ramai orang. Ko tolong la cari. Aku nak 2 malam. Cuti sekolah. masa cuti harijadi Agung. Mesti 3 bilik. sebab aku anak perempuan dah besar.

Salim : mmm berapa bajet ko. 

Lazim: Ko cari la RM 150 semalam....

Salim: RM 150 semalam.... susah la. harga hari biasa sahaja dah RM 200 inikan pula cuti sekolah dan kena pula cuti agung. 

Lazim: Allaaa ko dah lama kat sana kan .. mesti kenal ramai owner tu. Tak kan tak boleh dapat kowteem kut. 

Salim : Aku kenal seorang dua aje. tapi kawan yang aku kenal tu pun bukan kenal sangat... 

Lazim : Tak kisahlah.. ko try adjust untuk aku.. RM 150 ok.. nanti aku telepon ko balik. 

Salim ; mmmmmmm............

Dah baca? Cuba anda fikirkan, apa yang tak kena? Kawan-kawan yang anda minta tolong tu terkedu sampai sudah....

Agak-agak boleh tak kawan ada di Cameron Highlands ini membantu Lazim... 

Tips Melawat Cameron Highlands; Cuit-cuit aje.. permulaan...

Bersembang-sembang dengan kawan-kawan semasa bersarapan tadi, terbual mengenai gelagat pelancong-pelancong yang datang ke Cameron Highlands.

Smiley face emo happy confused sad angry love dull energetic bored plain fun funny laugh red yellow orange blue green pink faces spectrum slide view cool facebook timeline covers
 

Cuma gelagat yang dikongsi adalah kisah yang menjadikan kami sebagai penduduk di sini di dalam dilema dan lucu pun ada namun jauh di sudut hati, terkesan pun ada.

Bukan apa, dalam pelbagai gelagat tersebut kami sebenarnya dalam keadaan serba salah. Niat membantu setelah diminta bantuan akhirnya disalahkan pula.

Tidak teringgal pula bila persepsi yang diberikan kepada kami amat tinggi dan ada juga gelagat yang akhirnya memakan hati kami dalam diam.

Bila bersembang-sembang sebegini, rasanya tidaklah terlalu menekan sangat tetapi saya dalam diam sebentar tadi berfikir.. mungkin sedikit perkongsian kisah pendek mengenainya boleh dikongsi di laman ini dan jika ada yang membacanya mungkin boleh mengelakkan melakukan sebegini. 

Mungkin secara biasa, kisah-kisah ini pun dianggap biasa. Namun kesannya mungkin terlebih biasa.  

Jadi kisah yang akan saya kongsikan nanti ini sebenarnya terjadi. Namun diolah sedikit supaya lebih selesa namun masih tetap dengan " tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun telah pergi menghadap ilahi"....

Boleh ... Tagnya "Cuit-cuit".

Tuesday, July 2, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Petani di Cameron

Saya tidak mempunyai statistik rasmi mengenai jumlah petani ataupun pekebun di Cameron Highlands buat masa sekarang.

Cuma kalau tak silap saya, Persatuan Pekebun Sayur Cina pernah menyatakan mereka mempunyai keahlian seramai 2200 orang pekebun sayur Cina. Yang tidak menjadi ahli persatuan pastinya ramai.



Ini tidak termasuk dengan jumlah pekebun sayur India dan juga Melayu yang juga tidak saya pasti jumlahnya.

Apapun catatan ini sekadar koleksi gambar-gambar petani yang saya ambil di sekitar Cameron Highlands beserta buruh atau pekerja mereka.


Bercakap mengenai buruh asing yang bekerja di kebun-kebun sayur, saya akui di Cameron Highlands ini tenaga kerja mereka diperlukan untuk memastikan kelangsungan industri pertanian ini terus bertahan.



Ini kerana jelas, warga tempatan tidak berminat baik bangsa apasekalipun. Jadi tidak hairanlah kunjungan saya ke kebun-kebun sayur mendapati hanyalah warga tua tempatan yang masih turun ke kebun untuk bertani bersama pekerja asing mereka.



Golongan muda lebih kepada kerja yang berlainan dan jika masih di sektor pertanian ini, mereka lebih selesa di bahagian jualan, pemasaran dan juga pengangkutan yang tidak bermain dengan tanah.

Di sesetengah kunjungan saya ke kebun sayur ini, saya biasanya akan berbual-bual dengan pekebun sayur yang saya temui baik pemiliknya ataupun pekerjanya.

Antaranya Mr. Tee (Bukan nama sebenar) cabaran utama dalam kerja sebagai pekebun adalah mengekalkan kos yang rendah ekoran cabaran harga pasaran yang tidak menentu.



Bayangkan, untuk mengeluarkan sejenis sayur berdaun memerlukan tempoh masa sekitar 45-70 hari untuk matang.

Input bahan seperti baja, racun dan benih semakin hari semakin meningkat harganya setiap tahun sekitar 10%.

Upah buruh untuk tahun ini juga meningkat bukan sahaja kerana kadar gaji minimum yang diperkenalkan tetapi juga untuk mengekalkan pekerja sedia ada dalam operasi kebun mereka kerana kini semakin mudah buruh asing mendapat kerja diluar yang lebih menjanjikan gaji yang lebih menarik dan suasana kerja yang lebih selesa ssperti kedai makan, jaga, kilang dan sebagainya.



Juga masalah sewa tanah yang semakin meningkat saban tahun.

Malangnya peningkatan kos sebegini tidak disokong dengan harga pembelian sayur oleh pihak peraih dan pemborong.

Bayangkan harga semasa daun bawang sekitar RM 0.50 sekilo, sawi cina sekitar RM 1.00 sekilo, sawi bulat sekitar RM0.80 sekilo, sayur sawi sekitar RM 1.20 sekilo dan lain-lain sayur yang harganya turun dan naik sepanjang tahun.

Maka ketidaktentuan harga ini belum menjanjikan keuntungan setiap kali musim penuaian sayur yang sudah matang. Mungkin masa menanam pasaran harga tinggi tetapi bila giliran menuai, harga menjunam teruk.

Kepada anda yang melihat kerja bertani ini mudah, rasanya tidak semudah yang anda sangkakan...

Gambar selebihnya di sini untuk petani di Bertam Valley , dan sini untuk Habu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...