TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Monday, May 25, 2015

Memancing bersama anak-anak di Padang Temu, Melaka

Dua tiga catatan terakhir saya ini memang sekitar Melaka kerana sekadar berkongsikan kisah-kisah yang terkumpul ketika pulang bercuti di kampung mertua. 



Kerana lokasi rumah mertua dekat dengan pantai iaitu sekitar 4 km sahaja jaraknya, maka antara aktivti yang sering diminta oleh anak-anak bermain di pantai walaupun pantainya tidak sesuai untuk mandi manda.



Namun untuk memancing memang masih boleh dilakukan dan antara lokasi terdekat adalah di Pantai sepanjang Padang Temu.


Memancing di sini agak menduga juga kerana faktor pasang surut laut yang tidak menentu bagi saya yang baharu beberapa kali memancing di sini.

Keadaan pantainya berselut dan kegiatan nelayan pantai menghampiri kawasan memancing serta aktviti melangai udang turut dilakukan di sepanjang pantai ini.
   


Cuma untuk menerbitkan seronok bagi anak-anak saya adalah melempar joran dan mengkeliki semula mesinnya sahaja sudah cukup bagi mereka dan seringkali selepas pukul 5 petang menjadi pilihan kerana tidak beberapa panas. 



Memang jarang mendapat ikan kerana adakalanya ketika mereka ikut, tiada rezeki dan ketika mereka di rumah atuknya pula saya mendapat ikan. 


Jadi kisah ini sekadar menceritakan keseronokan mereka memancing dan berlari di tembok batu bukannya lokasi terbaik untuk saya syorkan jika ingin memancing di sekitar pantai ini.

Suka-suka sahaja... 

Kompleks Ikan Bakar Terapung Umbai di Waktu Pagi

Mencari ikan bakar sekitar Melaka pastinya akan membawakan anda beberapa tempat seperti Muara Sungai Duyong, Muara Sungai Serkam, Umbai dan beberapa lagi lokasi yang terdapat sepanjang Alai ke Merlimau. 


Antara yang sedikit moden adalah Komplek Ikan Bakar Terapung di Umbai yang dibina secara moden dan berkonsepkan terapung (walaupun berkonkrit sebenarnya) yang tidak bergoyang. 


Terletak bersebelahan Muara Sungai (Serkam agaknya), kompleks ini lengkap dengan kemudahan yang amat selesa dari jumlah meletak kereta yang luas, tandas, surau dan juga ruang makan yang selesa.

Ianya merupakan kompleks baharu yang dibina bersebelahan dengan kawasan ikan bakar yang lama berseberangan sungai atau muara. 

Ianya bersambung dengan jambatan dan juga laluan siar kaki yang panjang di antara keduanya dan dibina di celahan pokok kayu bakau dengan beberapa pondok rehat.


Namun awas kerana terdapat monyet liar di sekitar laluan ini. Jadi berhati-hati jika membawa makanan dan kanak-kanak kerana bimbang diganggu monyet liar ini.  


Saya pernah pergi ketika malam dan suasana memang meriah dengan pengunjung yang hendak mencari makanan laut.

Cuma harganya agak mahal sedikit kata orang tempatan berbanding di kawasan medan ikan bakar tradisonal yang lain. 


Suasana malam memang agak meriah dengan jualan lampu-lampu permainan dan juga mainan kanak-kanak. 

Namun saya nak kongsikan adalah di waktu pagi ketika semua kedai tutup dan sunyi sepi.


Ini kerana saya sekadara melakukan jalan pagi sebagai senaman ringkas ketika pulang bercuti di kampung mertua. 

Uniknya selain laluan siar kaki yang panjang dan selesa adalah pemandangan Selat Melaka yang boleh dilihat di wkatu siang berbanding gelap gelita di waktu malam.


Ada menara tinjau yang boleh anda panjat dan melihat sendiri keindahan sekitarnya dengan bot dan sampan nelayan yang kecil keluar masuk serta pemandangan pantai berkayu bakau yang meliputi sepanjang pesisir pantai di sini. 


Di tengah laut adalah Pulau Besar yang juga merupakan destinasi perlancongan kepada anda. Saya akan kongsikan jetinya dahulu nanti sebab saya sendiri belum pernah ke sana. 



Juga kelihatan tiang elektrik baru yang tinggi di pasang untuk membekalkan bekalan elektrik ke Pulau Besar dan kalau tidak silap saya 13 batang kesemuanya. 


Berbalik ke Komplesk Ikan Bakar ini, saya lihat semua kemudahan terjaga baik. 

Manakala menu mereka masih sama cuma saya teringat kalau anda membeli ikan untuk dibakar, anda boleh meminta mereka membelah dua ikan tersebut untuk menu yang berlainan. 

Selebihnya anda cuba sendiri datang ke sini.

Beca @ Melaka

Saya tak nak cerita lebih panjang mengenai Beca Melaka. 

Uniknya, semakin lama semakin kreatif mereka menghiasi beca-beca mereka untuk ditawarkan khidmat meronda di kawasan Bandar Hilir Melaka. 






Malah hiasan mereka semakin menjadi-jadi dan mengikut peredaran zaman seperti karektor kartun Frozen dan sebagainya. 

Sungguh meriah dan unik malah lebih menarik jika di waktu malam yang dihiasi lampu-lampu yang sangat menarik. 

Ditambah dengan bunyi muzik yang kuat untuk menarik perhatian pelancong. 







Saya tidak dapat berkongsi mengenai caj sewa mereka kerana tidak pernah menggunakannya.

Namun elok anda bertanya dahulu caj perkhidmatan mereka sebelum menaikinya.

Ada kes yang dilaporkan pengusaha beca mengenakan caj yang tidak masuk akal untuk perjalanan yang singkat atau lebih banyak dan lama berhenti yang menyewa secara jam.

Bukit St Paul @ Melaka

Kunjungan anda ke AFamosa pastinya akan dilanjutkan dengan pendakian ke bukit yang terdapat di belakangnya. 

Pasti anda ingin mengetahui apakah yang ada di atasnya kerana ramai pelancong yang sedang mendaki dan menuruni tangga tersebut. 

Saya serta anak-anak kecil saya turut sama mendaki ke bukit tersebut dan ini bukan kali pertama saya ke sini sejak beberapa tahun ini. 

Bukit yang saya maksudkan adalah bernama Bukit Melaka. Anda tak pernah dengar?


Benar nama asalnya adalah Bukit Melaka setelah Parameswara menemui Melaka ini dan memilih untuk menjadikan kawasan persisir pantai ini sebagai kawasan pentadbiran kerajaan beliau ini. 

Kemudian pada tahun 1511, Portugis mulai menjajah Negeri Melaka dan mulai membina kubu pertahanan yang dinamakan 'The Fotress" di mana di dalamnya terdapat pusat pentadbiran dan pertahanan yang mampu menahan ancaman serangan Belanda dan Kesultanan Johor ketika itu. 

Manakala Bukit Melaka ini ditukar namanya kepada Bukit Mary

Saya sendiri tidak pasti siapakah Mary yang dimaksudkan sehinggakan namanya diabadikan di bukit ini

Sehingga 1641 Portugis menjadikan kawasan ini dibawah pentadbirannya sebelum Belanda mengambil alih atau lebih tepat menawan dan kemudian diserahkan kepada Bristih pula. 

Di bawah Pentadbiran British, langkah mereka adalah bukannya mempertahankan kubu ini tetapi meruntuhkanya sehinggalah hanya tinggal Pintu Gerbang sahaja yang tinggal iaitu A FAMOSA yang masih berdiri sehingga kini. 

Kini ianya  dikenali sebagai Bukit St Paul di mana terdapat sisa bangunan Gereja St Paul di atas puncaknya yang masih boleh dikunjungi. 

Saya tidak pasti apakah nama Bukit St Paul ini dinamakan semasa zaman Belanda ataupun British.


Saya tinggalkan kisah sejarah ini untuk anda kaji lebih lanjut alur kisahnya.

Saya sebenarnya agak kecewa kerana ketika kunjungan saya sekitar bulan March yang lalu saya mendapati ada peniaga cenderahati dan lukisan jalanan membuka gerai masing-masing di dalam bangunan bersejarah di puncaknya. 


Kalau di pinggir dan di luar bangunan kita boleh terima tetapi sehingga ke dalam bangunan utama yang berbumbung. Mereka meletakan meja jualan dan bahan jualan sehingga menutup pameran maklumat sejarah di dinding bangunan ini. 

Ramai pelancong yang kecewa dan masih berusaha cuba mendapatkan maklumat berkaitan dengan bangunan ini yang telah dihalang dan ditutup oleh peniaga yang pentingkan diri sendiri ini. 

Mungkin pihak yang berwajib boleh mengambil tindakan sepatutnya ke atas peniaga ini. 


Di kawasan puncak dan pinggir bukit ini terdapat kubur Belanda yang mungkin melibatkan penjajah Belanda yang telah mati ketika mereka menguasai kubu pertahanan ini. 


Juga terdapat bangunan pentadbiran yang kini menjadi Muzium TYT  dibahagian belakangnya. 


Malah di dalam bangunan utama Gereja St Paul terdapat tembok maklumat yang diukir di atas permukaan batu dan sebuah perigi di dalamnya.


Juga agak menarik adalah beberapa pelukis jalanan yang menghasilkan lukisan pemandangan sekitar kawasan ini secara spontan dan dari sembang-sembang saya bersama salah seorang dari mereka, 15 minit diperlukan untuk menyiapkan sebuah lukisan yang kemudian akan dijual sekitar RM 20 satu atau RM 50 bagi setiap 3 pembelian sekaligus. 


Saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar ketika kami ke sana... 










KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock