Mencari ikan bakar sekitar Melaka pastinya akan membawakan anda beberapa tempat seperti Muara Sungai Duyong, Muara Sungai Serkam, Umbai dan beberapa lagi lokasi yang terdapat sepanjang Alai ke Merlimau.
Antara yang sedikit moden adalah Komplek Ikan Bakar Terapung di Umbai yang dibina secara moden dan berkonsepkan terapung (walaupun berkonkrit sebenarnya) yang tidak bergoyang.
Terletak bersebelahan Muara Sungai (Serkam agaknya), kompleks ini lengkap dengan kemudahan yang amat selesa dari jumlah meletak kereta yang luas, tandas, surau dan juga ruang makan yang selesa.
Ianya merupakan kompleks baharu yang dibina bersebelahan dengan kawasan ikan bakar yang lama berseberangan sungai atau muara.
Ianya bersambung dengan jambatan dan juga laluan siar kaki yang panjang di antara keduanya dan dibina di celahan pokok kayu bakau dengan beberapa pondok rehat.
Saya pernah pergi ketika malam dan suasana memang meriah dengan pengunjung yang hendak mencari makanan laut.
Cuma harganya agak mahal sedikit kata orang tempatan berbanding di kawasan medan ikan bakar tradisonal yang lain.
Suasana malam memang agak meriah dengan jualan lampu-lampu permainan dan juga mainan kanak-kanak.
Namun saya nak kongsikan adalah di waktu pagi ketika semua kedai tutup dan sunyi sepi.
Ini kerana saya sekadara melakukan jalan pagi sebagai senaman ringkas ketika pulang bercuti di kampung mertua.
Uniknya selain laluan siar kaki yang panjang dan selesa adalah pemandangan Selat Melaka yang boleh dilihat di wkatu siang berbanding gelap gelita di waktu malam.
Ada menara tinjau yang boleh anda panjat dan melihat sendiri keindahan sekitarnya dengan bot dan sampan nelayan yang kecil keluar masuk serta pemandangan pantai berkayu bakau yang meliputi sepanjang pesisir pantai di sini.
Di tengah laut adalah Pulau Besar yang juga merupakan destinasi perlancongan kepada anda. Saya akan kongsikan jetinya dahulu nanti sebab saya sendiri belum pernah ke sana.
Juga kelihatan tiang elektrik baru yang tinggi di pasang untuk membekalkan bekalan elektrik ke Pulau Besar dan kalau tidak silap saya 13 batang kesemuanya.
Berbalik ke Komplesk Ikan Bakar ini, saya lihat semua kemudahan terjaga baik.
Manakala menu mereka masih sama cuma saya teringat kalau anda membeli ikan untuk dibakar, anda boleh meminta mereka membelah dua ikan tersebut untuk menu yang berlainan.
Selebihnya anda cuba sendiri datang ke sini.
No comments:
Post a Comment