TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, May 9, 2015

Scone and Tea @ Taman Sedia

Kalau anda nak merasai sesuatu yang sedikit berbeza iaitu menikmati Scone dan Teh di Cameron Highlands, saya sangat mencadangkan anda ke sekitar Kiosk Agrotourism Strawberry yang terdapat di Kg Taman Sedia, Tanah Rata. 


Hampir kesemua kiosk ada menawarkan scone untuk dinikmati tanpa perlu saya memberikan secara terperinci nama kiosk terbabit. Pergi sahaja dan bertanya samada mereka menawarkan menu scone di kiosk mereka. 


Dan lebih istimewanya anda menikmati scone ini nanti di dalam kafe bersebelahan dengan kebun strawberry.


Harganya lebih murah berbanding di kafe atau lokasi lain seperti di Tea Centres ataupun kafe sekitar RM 10 -15 bagi setiap set dan ada yang dijual secara berasingan. 

Yang paling utama adalah diusahakan oleh bumiputera Melayu yang pastinya menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan status halal kerana wajib bagi Umat Islam mencari makanan halal.


Biasanya scone dihidangkan dengan jem strawberry dan mayonis atau creamer dengan dilengkapi teh. 

Caranya mudah, belah dua scone tersebut dan sapukan jem atau mayonis cream diatara kedua permukaan dan nikmatinya seperti kedua-dua anak kecil saya ini. 


Juga melengkapkan hidangan anda adalah ais krim strawberry buatan rumah (homemade) beserta topping sirap strawberry juga dijual di kiosk di kampung ini. 

Selamat Mencuba. 

1 comment:

neko19 said...

Terbaik. Saya pergi yang lagi satu tu. Bukan khm tu. Yang bawah sikit tu. Sedap. 4.50 jer...

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock