Saya sekadar nak berkongsikan kisah singgah sebentar ke 'Jonker Walk' di Melaka yang dikatakan lokasi wajib untuk disinggahi jika ke Melaka.
Jonker Walk terletak di sepanjang Jalan Hang Jebat merupakan barisan kedai lama seawal pendudukan Belanda di Melaka.
Apabila penjajahan Belanda berakhir, kawasan ini mulai diganti dengan penempatan kaum peranakan yang mempunyai campuran budaya dan juga etnik yang menambah keunikan di sekitar ini.
Menarik di sini sebenarnya selain dikenali sebagai Chinatown , Jonker Walk ini dikenali sebagai lorong barangan antik suatu masa adahulu sebelum pelbagai barangan kraft dan pakaian mulai menguasai corak perniagaan di sini.
Menambah aktiviti di hujung minggu adalah pasar malam yang dibuka setiap hari Jumaat dan Sabtu yang menjadi tumpuan pelancong dalam negeri serta asing untuk menerokai keunikan sepanjang 500 meter ini.
Saya sendiri sempat singgah beberapa kali dan biasanya saya mengelak untuk pergi di musim cuti sekolah kerana terlalu padat dengan pengunjung.
Cuma di hujung minggu biasa saya akan pergi jika ingin melihat-lihat kelainan yang ada di sana.
Jika anda mencari barangan antik serta kraftangan berkenaan Melaka, saya mensyorkan anda ke sini namun saya melihat harga yang ditawarkan bukanlah yang termurah di kawasan tumpuan pelancong ini.
Juga kepada pelancong muslim yang ingin mencari makanan terus terang saya ingin berkongsi ini nbukanlah tempatnya kerana majoritinya adalah pengusaha makanan Cina yang tidak halal atau jika halal pun boleh dan masih terasa was-was
Selebihnya gelagat pelancong menambah rencah suasana malam di sini. Namun lebih meriah adalah koleksi beca yang jika di lihat di waktu siang pelbagai rekaan dan perhiasan telah di pasang di unit beca masing-masing dan di waktu malam, mereka memasang pelbagai corak lampu yang menjadikan beca di Melaka ini sangat unik.
Selebihnya saya berkongsikan koleksi gambar di sekitar Jonker Walk ini.
No comments:
Post a Comment