Cuti Hari Pekerja baru-baru ini, kami menyelitkan diri sebagai sebahagian pelancong di Cameron Highlands.
Maka kami pun nak merasa jalan sesak pun keluar dari rumah dan menuju ke Brinchang.
Perjalanan dari Tanah Rata ke Brinchang agak lancar kerana kami menggunakan laluan singkat di Kampung Taman Sedia dan Padang Golf.
Di Kg Taman Sedia kelihatan banyak pelancong berhenti di kiosk-kiosk agrotourism berasaskan strawberri yang diusahakan oleh 100% pengusaha bumiputera Melayu.
Akhirnya kami singgah di Big Red Strawberry di Brinchang kerana melalui Jalan lama di Brinchang yang dapat mengelakan kesesakan ketika memasuki Pekan Brinchang.
Tinjauan kami petang Ahad baharu ini, suasana sesak sudah mulai berkurangan berbanding dengan hari Jumaat dan Sabtu.
Namun di Big Red Strawberry masih ramai pengunjung dengan kali pertama sejak menetap di sini, kami terpaksa meletak kereta di atas bukit jalan keluar.
Kami tidak berniat untuk membeli juadah ringan sebaliknya terus ke bahagian tumbuhan serta sayuran yang di tanam berasaskan konsep hidroponik.
Kami menghabiskan sekitar sejam di situ dengan melihat anak-anak yang lebih teruja melihat tanaman kaktus yang perlbagai jenis dan warna biarpun ini bukan kali pertama, kedua dan ketiga mereka telah ke sini.
Kami menghabiskan sekitar sejam di situ dengan melihat anak-anak yang lebih teruja melihat tanaman kaktus yang perlbagai jenis dan warna biarpun ini bukan kali pertama, kedua dan ketiga mereka telah ke sini.
Bahana melancong di hari cuti pekerja....
Selebihnya gambar ini saya kongsikan ketika di sana.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment