Saya ada berkongsikan laluan Gua Musang ke Cameron Highlands dahulu yang melibatkan jarak sejauh 121 kilometer.
Catatan tersebut boleh anda baca di sini. Klik.
Cuma untuk catatan kali ini saya nak kongsikan keadaan jalan sekitar Lojing ke Cameron Highlands.
Saya amat mencadangkan anda berhati-hati sebaik sahaja memasuki kawasan pertanian atau kebun sayur di sekitar Lojing ini.
Pertama keadaa permukaan jalannya agak teruk dengan kesan mengerutu dan tidak rata serta berselekoh tajam.
Kedua terdapat banyak kenderaan ladang yang menggunakan laluan ini dan ada yag dipandu oleh pekerja ladang warga asing.
Ketiga terdapat banyak kawasan bahu jalan yang digunakan untuk meletakkan sementara barangan pertanian kerana lori biasanya akan menurunkan barangan di tepi jalan sebelum kenderaan empat roda akan memindahkannya ke kawasan kebun sayur yang terletak di kawasan berbukit.
Cukup merbahaya di waktu malam apatah lagi dengan keadaan gelap atau berkabus tebal.
Keempatnya adalah risiko tanah runtuh atau mendap yang boleh berlaku bila-bila masa ataupun jika sudah berlaku terdapat sedikit sahaja tanda amaran bahaya diletakkan.
Selebihnya senantiasa memastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik kerana tiada kemudahan bengkel kereta di antara kedua pekan ini.
Juga pastikan minyak anda mencukupi apatah lagi untuk melakukan pendakian di kawasan ini dan pastikan jarak dari Gua Musang ke Brinchang sejauh 121 km dibekalkan dengan bekalan minyak mencukupi.
Selebihnya saya kongsikan gambar sekitar laluan di kawasan Daerah Kecil Lojing ini dua minggu sudah.
Berhati-hati di jalan raya...
No comments:
Post a Comment