Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan atau sinonim dengan akronimnya JPJ telah mula dibuka sejak 1 Februari yang lalu.
Lokasinya adalah di Marigold Square bersebelahan dengan Bank Simpanan Nasional.
Kini urusan penduduk Cameron Highlands mulai lebih mudah kerana sebelum ini terpaksa ke Ipoh yang berjarak lebih kurang 100 km untuk sebarang urusan yang berkaitan ataupun ke Gua Musang, Kelantan yang berjarak sekitar 160 km sehala.
Terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan kerana membuka cawangan operasi di sini yang mana perancangannya sudah bermula sekitar 2013 lagi.
Bukan sahaja urusan kami yang dipemudahkan tetapi urusan penguatkuasaan berkaitan pengangkutan juga dapat dilaksanakan dengan lebih teratur demi keselamatan di jalan raya di sekitar daerah yang seluas 72 km persegi ini.
Maklumlah, kenderaan ladang yang bersimpang siur kadang-kala dipandu oleh pekerja warga asing agak menakutkan penduduk dan pengguna jalan raya.
Cuma harapan kami, pihak JPJ tidak menjadi "pagar yang makan padi" atau "menanguk di air yang keruh" selepas beroperasi di sini.
Anda faham apa yang saya maksudkan.
Selamat bertugas dan berkhidmat di bumi Cameron Highlands.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment