TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, May 11, 2015

BHP Petrol Station @ Blue Valley Belum Beroperasi


Ada yang bertanya, adakah Stesen Minyak di Blue Valley telah dibuka?

Saya sendiri sebelum ini tak pasti kerana kali terakhir menggunakan Jalan Simpang Pulai sekitar 4 bulan lebih‎ yang lalu sahaja. Selebihnya laluan dari Tapah menjadi pilihan utama. 

Namun petang tadi saya sempat berjalan-jalan ke Kg Raja dah kini boleh menyatakan Stesen Petrol BHP tersebut BELUM BEROPERASI

Memang sudah terlalu lama Stesen ini dalam pembinaan malah saya teringat seawal kerja tanahnya telah mendapat kecaman teruk dari Wartawan  Karam Singh Walia‎ melalui rancangan Aduan Rakyat TV3 pada tahun 2010 kerana tidak mengikut cara kerja yang sepatutnya dan berlaku pelanggaran dalam soal alam sekitar. 

Malah khabar angin mengatakan syarikat asalnya iaitu sebuah pembekal minyak antarabangsa yang terkenal dengan peranan dan kempen mereka dalam penjagaan alam sekitar telah membatalkan perjanjian antara pemilik stesen ini ekoran pendedahan tersebut.

Kini biarpun syarikat pembekal minyak yang baharu mengambil alih, namun sehingga tarikh catatan ini ianya masih belum dibuka biarpun hampir lebih setengah tahun struktur Stesen siap dibina.

Saya menyokong penuh pembukaan Stesen minyak di laluan ini kerana tiada langsung Stesen minyak selepas Simpang Pulai ke Brinchang sejauh 84 km.

Malah lebih memerlukan adalah mereka yang mahu atau dari Gua Musang sejauh 145 km dan perlu masuk ke Brinchang dari laluan asal sejauh 24 km semata-mata untuk mengisi minyak sebelum berpatah balik ke laluan ini dan menyambung perjalanan ke Simpang Pulai‎.

Cukup memeritkan dan merugikan masa perjalanan dan kos tambahan. 

Insyallah, akan saya kemaskini maklumat terbaru dari masa ke semasa berkenaan dengan Stesen Petrol ini.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock