Ini adalah ulangan kunjungan kami ke Stesen Mardi di Tanah Rata semasa cuti yang panjang minggu lalu.
Suasana lebih ramai pengunjung kerana musim cuti.
Susunan atur taman Agrotourismn ini masih sama kecuali terdapat beberapa penambaikkan seperti ada kiosk gambar, ruang letak kereta dan bas yang lebih luas, taman periuk kera, pengusaha ros cafe yang baru dan tambahan aktiviti untuk kanak-kanak kiosk belon air gergasi.
Cukup sekadar itu kerana yang penting membawa anak-anak mengisi ruang masa cuti mereka.
Apapun untuk anda sebagai pelancong, Stesen Mardi ini masih terbaik untuk mengetahui segala mengenai pertanian di tanah tinggi dalam satu tempat baik pokok teh, kilang teh, sayur-sayuran, fertigasi,bunga-bungaan, strawberry dan tanaman tanah tinggi seperti epal dan anggur.
Yang selain daripada itu suasana taman enggerisnya dan juga senibina tudor di bangunan utama yang memberi kelainan suasana di sini.
Selebihnya sama sahaja dan bayaran masuk untuk dewasa masih RM 3 dan percuma untuk kanak-kanak (Rasanya).
Gambar kami yang lain dalam DSLR dan malasnya nak menguploadkan dari memory card.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment