Kali ini saya nak berkongsikan lagi mengenai sayur-sayuran Cameron Highlands yang bermutu tinggi dan selamat.
Pertama; Harus diketahui hampir 95% tomato adalah hasil tanaman di tanah tinggi di sini termasuklah dari Lojing kelantan.
Kedua ; Perlu anda tahu, kebanyakan tomato di tanam di dalam rumah plastik dan ada sedikit yang menanam di kebun terbuka.
Ketiga; varieti tomato yang selalu di tanam biasanya adalah Sy 1039 dan juga Halay 344 dan kedua-duanya adalah berasal dari pengeluar benih dari Negara Belanda.
Keempat; kalau anda melihat jenama LUSHIOUS di rak-rak jualan di beberapa outlet di sekitar Lembah Klang, Melaka, Ipoh, Kuala Terengganu, Negeri Sembilan dan di utara ianya adalah dari kebun di bawah ini.
Kelima; yang menanamnya adalah kami yang berpengalaman menanam tomato sejak tahun 2008 di Tanah Tinggi Cameron Highlands.
Keenam; Insyallah, produk tomato yang kami tanam dan hasilkan dalam variasi pembungkusan adalah bermutu tinggi (Premium)
Ketujuh: Produk tomato yang anda beli ini adalah selamat dibawah piawain MyGAP iaitu Sijil Amalan Pertanian Baik daripada Jabatan Pertanian Malaysia.
Kelapan; Produk tomato yang anda beli ini adalah selamat kerana mematuhi garis panduan penggunaan racun yang selamat iaitu mengikut Jadual 16 Akta Makanan 1985 dan CODEX (satu garis panduan penggunaan racun antarabangsa) ataupun dalam pemahaman mudah adalah ianya hanya menggunakan racun yang dibenarkan dan berdaftar sahaja kepada tanaman ini sahaja. Bermaksud bahan kimia yang khusus untuk tomato sahaja dan tidak kepada tanaman lain.
Kesembilan; Produk tomato yang anda beli ini adalah dikawal kualiti makanan selamat (Food Safety) di mana pihak kami menitik beratkan hasil yang selamat untuk dimakan dari sisa racun maksima (Maximum Residue Level) yang dibenarkan dan hanya akan dituai selepas melepasi tempoh tuaian selepas meracun (Post Harvest Interval) yang dibenarkan.
Kesepuluh: Produk tomato yang anda beli ini adalah dikawal kualitinya dengan pemeriksaan sisa racun setiap kali akan dituai melalui ujian makmal menggunakan Ujian Rapid Test bagi sisa racun dalam sayuran.
Kesebelas : Semua pekerja kami adalah pekerja yang sah dari sudut undang-undang. Tiada penggunaan tenaga kerja tanpa izin di dalam premis pengeluaran kami.
Keduabelas ; Semua produk kami dibungkus di kilang yang mendapat pensijilan Amalan Kilang Baik (Good Manufacturing Practices -GMP) dari SIRIM.
Ketigabelas: Produk kami di hantar menggunakan rantaian pengedaran yang berterusan dari ladang ke pusat pembungkusan dan ke pusat agihan sebelum sampai ke oulet jualan dan mendapat pengiktirafan HALAL dalam sistem pengangkutan.
Keempatbelas : Produk kami di simpan di gudang agihan yang berstatus HALAL.
Kelimabelas : Penat kami menanamnya dengan segala kawalan untuk memastikan anda mendapat yang terbaik dari Ladang .. dan Cameron Highlands...
Ini adalah sebahagian dari ciri-ciri istimewa produk LUSHIOUS yang kami hasilkan... Dapatkan di oulet yang berhampiran dengan anda.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment