Catatan ini diibaratkan sebagai 're-visit' ke lokasi ini. Kalau tak silap hampir 3 tahun lebih tidak ke sini.
Tempat yang saya maksudkan adalah Butterfly Farm yang terletak di Kea Farm
Mudah untuk anda cari kerana di tepi jalan sahaja lokasi ini.
Saya dan keluarga kecil saya ke sini bagi mengisi hujung minggu anak-anak kecil yang ingin berjalan-jalan selepas menghadiri kenduri kahwin sebelumnya.
Tiada perubahan besar di sini. Saiz kandang rama-ramanya masih sama tidak berubah.
Koleksi haiwan esoktiknya jugak kelihatan tidak berubah namun tahap kebersihan di sekitar taman ini memang wajar dipuji kerana sangat terjaga.
Yang sedikit bertambah adalah koleksi bunga-bungaan di hujung taman ini manakala sudut cendawannya sudah tiada.
Saya kongsikan gambar kami sekeluarga ke sini sabtu lalu manakala koleksi bunga-bungaan menyusun di catatan yang lain.
Terpulang kepada anda kerana saya pernah ke beberapa taman rama-rama yang lebih baik dan di sini, ini adalah antara satu-satunya taman haiwan untuk dikunjungi.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment