TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, May 6, 2015

Abang Strawberry @ Taman Sedia

Lama saya tidak menulis mengenai Kampung Taman Sedia dan kali ini saya nak menambahkan satu catatan mengenai pengusaha kiosk agrotourism berasaskan Strawberry iaitu Abang Strawberry.


Kampung Taman Sedia ini memang terkenal dengan Satu Desa Satu Industri dan produk utama mereka adalah berasaskan strawberry.

Pengusahanya adalah seratus peratus bumiputera Melayu. Mereka terlibat dengan tanaman strawberry, penghasilan produk hiliran sehinggalah kepada kiosk perlancongan yang berasaskan strawbery. 


Di Abang Strawberry anda boleh melihat kebun strawberi yang menawarkan menuai sendiri buah strawberry, makan dan minum serta membeli produk hiliran strawberi serta cenderahati yang menarik. 


Malah di Abang Strwaberry juga menyediakan kafe untuk sarapan pagi dengan hidangan Nasi Lemak Sambal Strawberri yang hanya ada di sini.  

Selain itu menu lain seperti laksa Johor, Soto Nasi, Nasi Kukus yang dihidangkan dengan pilihan air minuman seperti jus strawberry , jus strawberry susu serta minuman panas yang lain.   


Saya sekeluarga sering bersarapan di sini dan tentunya dengan suasana kebun strawberi di sekitarnya menjadikan ianya unik untuk berada di sini.



Lokasinya adalah di Taman Sedia dan terus ke laluan di hadapan Surau dan Tadika Islam.





Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock