Melaka merupakan negeri yang lama menyimpan kisah yang boleh kita baca dan teliti kerana banyak koleksi catatan sejarah yang menulis mengenainya berbanding penempatan lain.
Peninggalan sejarahnya menjangkau 450 tahun yang lalu dan jika anda ke Melaka saya percaya anda akan mencari ikonik yang popular untuk dilihat iaitu A FAMOSA.
Saya meneliti sedikit fakta sejarah dari laman wikipedia dan jika boleh saya berkongsikan di sini beserta gambar kami anak beranak berjalan sekitar peninggalan sejarah ini bulan lalu.
Menjadi 'Orang Melaka' secara automatik sebaik menikahi rakyatnya, saya selalunya akan berjalan ke sana sini mencari sisa sejarah dan peninggalannya sendirian kerana kalau diajak berjalan ahli keluarga yang dewasa pasti akan ditolak secara baik maklumlah mereka dari kecil melihatnya.
Namun kesempatan membawa anak-anak menjadi pembakar semangat agar mereka turut merasai dan melihat sendiri lalu menjadi peringatan bahawa jangan biarkan diri dan bangsa kita kembali terjajah seperti dahulu biarpun mereka tidak memahami sebenarnya apa yang cuba disampaikan.
Saya sendiri kali pertama ke sini adalah ketika berusia 11 tahun mengikuti rombongan sekolah kebangsaan saya dari Felda Kumai ke sini dan ketika itu nama AFamosa selalu dibaca sebagai fakta sejarah di Melaka.
Saya sendiri kali pertama ke sini adalah ketika berusia 11 tahun mengikuti rombongan sekolah kebangsaan saya dari Felda Kumai ke sini dan ketika itu nama AFamosa selalu dibaca sebagai fakta sejarah di Melaka.
A Famosa mengikut perkataan Portugal membawa maksud 'The Famous' yakni terkenal sebenarnya merupakan kubu pertahanan yang dibina oleh penjajah Portugis sejak mereka menjejaki kaki di Melaka pada tahun 1511.
Di bawah pemerintahan Alfonso de Alburqurque, Portugis berjaya menyerang dan mengalahkan Kerajaan Kesultanan Melaka yang mana kalau kita kaji sejarahnya adalah kisah 'pengkhiantan dan pembelotan' seseorang yang sangat dipercayai.
Saya tidak akan ulas mengenainya sebaliknya menumpukan kepada monumen sejarah ini dalam catatan ini.
Mungkin kalau saya kongsikan kisah ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka akan saya kongsikan kisah yang manjadikan Institusi Kesultanan Melaka berkubur dan ianya menjadi tanah jajahan sehingga berkurun pula lamanya.
Mungkin kalau saya kongsikan kisah ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka akan saya kongsikan kisah yang manjadikan Institusi Kesultanan Melaka berkubur dan ianya menjadi tanah jajahan sehingga berkurun pula lamanya.
Sebaik mencapai kemenangan, Albuqurque mengarah pembinaan 'fotress' atau kubu di sepanjang bukit yang menghadap laut.
Baginya Melaka amat penting untuk dipertahankan lalu di majukan sebagai perlabuhan yang menghubungkan Laluan Rempah di antara Portugal dan China memandangkan mereka telah berjaya menguasai Macau di China dan Goa di India.
Baginya Melaka amat penting untuk dipertahankan lalu di majukan sebagai perlabuhan yang menghubungkan Laluan Rempah di antara Portugal dan China memandangkan mereka telah berjaya menguasai Macau di China dan Goa di India.
Kubu pertahanan ini merangkumi 4 menara utama dan bangunan 4 tingkat dan stor senjata yang menjadi penempatan utama Kapten, pegawai tentera dan ianya meliputi kawasan penempatan awam yang berlindung di dalam kubu pertahanan ini.
Peningkatan populasinya menyebabkan pertambahan keluasan dilakukan pada tahun 1468 dari keluasan asal.
Penguasaan Portugis berakhir dan pemilikan kubu ini diambil alih pada tahun 1641 bilamana Belanda berjaya mengalahkan dan mengusir Portugis dari bumi Melaka.
Pihak Belanda membuat beberapa pengubahsuaian seperti mengubahsuai pintu kubu pada tahun 1670 dan buktinya diperkukuhkan dengan kewujudan logo 'Anno 1670' di gerbang pintu kubunya dan lambang Syarikat Dust East India.
Pada kurun ke 18, sekali lagi kubu ini bertukar tangan apabila Kerajaan Belanda menyerahkanya kepada pihak British bagi mengelakkanya jatuh kepada penjajahan Perancis yang di ketuai oleh Napoleon yang ketika itu kelihatan mampu mengalahkan mereka.
Namun pihak British tidak berminat untuk menjaga kubu ini sebaliknya mengarahkan perobohan kota kubu pertahanan ini pada pada 10 Ogos 1806 dan bermulalah pada hari-hari berikutnya bakal menjadi perjalanan terakhir sebuah kubu pertahanan.
Namun sebelum ianya musnah sepenuhnya, Sir Stamford Raflles yang ketika itu melawat Melaka pada tahun 1810 telah mengarahkan ianya diberhentikan.
Minatnya kepada sejarah menyelamatkan gerbang utama dari dimusnahkan dan masih berdiri teguh sehingga kini dan merupakan antara monumen senibina Eropah yang tertua masih kekal di Asia Tenggara.
Saya tidak pasti apakah ketika itu "Negeri-Negeri Selat" telah diwujudkan melibatkan Singapura, Melaka dan Pulau Pinang untuk menjadikan ianya kembali sebagai hub perdagangan dan pemerintahan British.
Kunjungan saya ke sini untuk kali yang ke berapa ini masih mempunyai beberapa persoalan biarpun jika dilihat dan dibaca dari papan maklumatnya agak jelas catatan sejarahnya.
Apakah pendirian anda ketika melihat peninggalan penjajah ini samada wajar dikekalkan atau dimusnahkan sepenuhnya bagi menghapus lenyapkan kesan penjajahan atau wajar ditinggalkan sebagai peringatan supaya tidak akan terjajah kembali.
Yang penting adalah masa sekarang dan akan datang dan MELAKA yang ada pada hari ini di hadapan serpihan A FAMOSA the Gate of Fotress benar-benar telah meninggalkan jauh ke hadapan.
No comments:
Post a Comment