TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, February 17, 2023

Caj Parkir Awam di Cameron Highlands

Oktober 2018 menyaksikan permulaan caj parkir kenderaan mulai berkuatkuasa di Cameron Highlands. Mahu tak mahu seperti bandar-bandar lain, caj parkir ini perlu dibayar setiap kali anda meletak kenderaan di petak parkir awam di bawah kendalian dan pentabiran Majlis Daerah Cameron Highlands. 

Hanya di Pekan Brinchang dan Tanah Rata yang dikenakan caj parkir ini. Kalau was-was semak petak parkir anda itu samada mempunyai no petak atau tidak.  Jika ada nombor petak di penjuru garisan itu bermakna ianya dibawah caj parkir Majlis Daerah Cameron Highlands. 

Saya kongsikan kembali gambar papan notis ini untuk lebih perinciannya. Catatan lama saya pula boleh klik di SINI... 


Aplikasi Online

Selain kupon parkir yang boleh di beli melalui agen-agen kupon parkir di kedai-kedai sekitar Cameron Highlands, kini anda boleh juga membuat pembayaran secara online parkir melalui applikasi Pahang GO. 

Saya tak download lagi jadi saya tak tahu bagaimana nak kongsikan pengalaman menggunakan applikasi ini. Lagipun sangat jarang parkir kereta di bandar ini dan stok kupon pun masih ada lagi .   


Dah kena saman la....

Minggu lepas saya melihat sendiri kereta di sebelah saya di kompoun kerana gagal meletakkan kupon caj parkir di cerminnya atau tidak membuat pembayaran secara online. Kawasan di bandar Tanah Rata iaitu Cameron Fair.

Kalau dah kena kompoun atau saman parkir tu saya rasa elok bayar dalam tempoh awal kerana hanya RM 10 dikenakan dan jumlahnya akan meningkat lagi jika lewat.

Susah nak ke pejabat MDCH terutama bagi pelancong luar yang datang bercuti namun anda boleh buat melalui pembayaran online yang disediakan...


RM 10 yang dibayar untuk menjelaskan kompoun tu boleh beli 5 paket sayur atau jagung atau keledek madu tau...

Jangan maki hamun saya jika anda kena kompoun sebab saya pun berkongsi info sahaja bukan ada kena mengena dengan MDCH. 

Setakat ini kereta saya pernah kena kompoun sekali semasa COVID 19 namun dapat 50% diskaun ketika itu. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock