Saya nak berkongsikan info daripada Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang memaklumkan bahawa kini telah dibuka semula kebenaran aktiviti mendaki dan rekreasi di dalam Hutan Simpan Kekal yang terletak di dalam Daerah Cameron Highlands.
Sumber ini saya perolehi dari laman Facebook JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG.
Juga barulah saya tahu beberapa lagi gunung-ganang yang terdapat di dalam Cameron Highlands beserta dengan beberapa lokasi bukit yang juga boleh didaki. Lokasinya saya tak pasti secara tepat tetapi bolehlah nak agak-agak untuk diri sendiri.
Apapun terdapat dua buah gunung yang tidak berada dalam kawasan hutan simpan kekal yang sering menjadi pilihan pendakian santai iaitu Gunung Jasar dan juga Gunung Perdah (walaupun bergela gunung, ianya tidaklah puncak gunung yang menarik didaki kerana hanya tinggal puncak akibat pembangunan di Golden Hill dan hanya berada diatas tangki air di sana).
Saya kongsikan sepenuhnya dari laman FB Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
PEMAKLUMAN TERKINI BERKENAAN PEMBUKAAN KAWASAN PENDAKIAN DAN AKTIVITI REKREASI DI DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL DAERAH CAMERON HIGHLANDS
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment