Nak ke Cameron Highlands menaiki bas ?
Boleh tak ada masalah. Memang terdapat perkhidmatan bas ekpress yang menghubungkan beberapa bandar besar untuk ke Cameron Highlands.
Agak terhad sebenarnya destinasi awal untuk ke Cameron Highlands. Antaranya Terminal Bersepadu Selatan, Terminal Meru Raya Ipoh dan bagi Pulau Pinang bermula dari Komtar, Terminal Penang Sentral Butterworth dan Nibong Tebal.
Manakala pilihan bas ekpressnya pula adalah CS Travel & Tour dan Unititi Ekpress yang akan melalui laluan Tapah-Cameron Highlands. Manakala perkhidmatan Pahang Lin Siong pula melalui Jalan Sungai Koyan Raub ke Pekeliling yang lebih jauh jarak perjalanannya untuk ke Kuala Lumpur. Bagi laluan utara akan menggunakan laluan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.
Tambang sehala sekitar RM 38-40 bagi setiap penumpang dan kebanyakkan bas adalah 24 seater. Manakala bagi Pahang Lin Siong sekitar RM 22 sahaja kerana jumlah kerusi yang lebih banyak iaitu 38 atau 40 kerusi kalau tak silap saya.
Saya sering menggunakan khidmat bas ekpress ini baik menuju ke TBS Kuala Lumpur mahupun balik semula ke Cameron Highlands terutama ketika musim cuti sekolah kerana menjemput keluarga pulang. Maklumlah kerja swasta mana boleh bercuti panjang. Kita hantar dan jemput semula sahaja.
Pembelian tiket di TBS amat mudah melalui online sahaja. Anda boleh membuat carian tiket online yang banyak di talian manakala untuk ke Kuala Lumpur saya suka membeli dari kiosk tiket di Terminal Fressia Tanah Rata ataupun jika menunggu di Ringlet saya akan beli tiket bas di kedai gunting rambut di sana.
Jadual perjalanan agak banyak sehari sekitar 4 trip ke Kuala Lumpur namun terhad untuk ke utara. Trip pagi seawal 8.30 selalunya agak sibuk dengan penumpang yang nak memulakan perjalanan lebih awal terutama pelancong asing.
Di Cameron Highlands, anda akan sampai di Terminal Fressia di dalam bandar Tanah Rata.
No comments:
Post a Comment