TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, February 16, 2023

Pasar Malam Cameron Highlands sepanjang cuti sekolah Feb 2023

Esok adalah hari terakhir persekolahan selama sebulan. Seperti biasa, Cameron Highlands akan dikunjungi ramai pelancong tempatan untuk bercuti bersama keluarga. 

Seperti biasa, PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS akan beroperasi setiap malam sepanjang tempoh cuti sekolah. Diulangi, setiap hari dan setiap malam. 

Tak percaya ? Saya kongsikan tangkap layar Facebook Majlis Daerah Cameron Highlands selaku pentadbir, pengelola, pemberi lesen dan penguasa yang bertanggungjawab kepada hal kerajaan tempatan di daerah ini. 

MAKLUMAN OPERASI PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS SEPANJANG CUTI SEKOLAH FEBRUARI 2023

Cuma kalau ditanya kepada rakan-rakan saya yang berniaga di pasar malam ini, mereka masih mengakui jumlah kehadiran pelancong masih banyak namun kuasa atau keinginan membeli berkurangan. 

Jika dahulu pelancong akan membeli pelbagai makanan dan jualan kerana ingin mencuba menu jualan namun kini pelancong mula memilih hanya keperluan makanan yang berbaloi dengan perbelanjaan terhad mereka. Pendek kata pelancong lebih sekadar melihat dan bersiar sebelum membeli mengikut keperluan sahaja. Tapi betulah tu, tepuk selera ... tepuklah juga poket dahulu....  

Selamat bercuti di Cameron Highlands.....

Catatan lama saya mengenai Pasar Malam Cameron Highlands ini boleh anda baca di sini.. KLIK SAHAJA ya... 

Kali terakhir saya ke sini adalah semasa selepas PKP 1 dan PKP2  sekitar 2021 di mana sangat ketat SOP yang dikuatkuasakan dan saya berkunjung sekadar nak memberi sokongan rakan-rakan yang berniaga..... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock