TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, February 17, 2023

Centrum Brinchang di waktu siang

Nak tak nak saya perlu kongsikan mengenai Centrum Brinchang. Kenapa ? Ini kerana ia adalah pilihan terkini untuk anda bersantai baik di waktu siang ataupun malam. 


Di mana lokasi Centrum?

Centrum Brinchang ini dibuka sekitar tahun lepas dan betul-betul di Pekan Brinchang atau dulu tapak lama  Pasar Malam Brinchang. Lebih mudah ianya hanya di jalan besar utama Birnchang ke Kea Farm berseberangan dengan Ibupejabat Polis Daerah Cameron Highlands dan juga hanya bersebelahan McDonald.

Ia adalah komplek membeli belah ringkas tetapi dibahagian atasnya direka dengan ala 'Boulevard' berkonsepkan Mini Eropah. 

Tarikan utamanya adalah pada waktu malam kerana hiasan lampunya cantik dan suasana sejuk dan dingin di waktu malam yang boleh dinikmati di bawah bumbung besar tanpa perlu takut basah dek hujan.


Apa yang ada di Centrum

Kini semakin banyak kedai dan cafe dibuka. Agak mewah sebenarnya seperti Subway, Chicago Fried Chicken, Kedai runcit pelbagai seperti Family Mart, 7 Elevan dan CU, Public Bank, Kedai kesihatan seperti Watson, Poliklinik Brinchang, Farmasi dan kedai cermin mata,  Kedai Barangan Sukan Al-Iksan, Kedai Makan Melayu seperti Pak Leh Chicken dan Ikan Bakar Borneo, Kedai Ice Cream seperti Baskin Robin, Rollney dan Illaolla , Kedai kopi seperti Tealive, Tea Leaf and Coffee Bean dan Starbuck dan juga hotel.  Manakala dibahagian bawahnya adalah Pasaraya Billion, Guardian dan Marrybrown. 

Juga terdapat banyak kiosk-kiosk jualan di bahagian laluanya tengahnya. Baru-baru ini juga diwujudkan pula mini funfair dibahagian hujung untuk hiburan kanak-kanak. 

Saya kongsikan suasana siang dahulu ... Suasana malam nantilah ya.  Gambar-gambar ini diambil sekitar bulan Ogos 2022.  Kami orang tempatan bukan nak ke sini sangat kerana tujuan utama kami selalunya hanya ke Pasaraya Billion di Ground floornya sahaja.  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock