TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, February 14, 2023

Mossy Forest 2023

Jika anda mencari kelainan untuk kunjungan anda ke Cameron Highlands, saya mencadangkan anda untuk mengunjungi Mossy Forest di Brinchang. Untuk makluman, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengumumkan pembukaan kembali Mossy Forest untuk kunjungan awam. Merekalah pengawal selia Mossy Forest ini. 


Mossy Forest adalah hutan lumut terletak di permatang Gunung Brinchang ke Gunung Irau. Ianya berkedudukan betul-betul di atas jajaran sempadan dua buah negeri iaitu Pahang dan Perak. 

Ia terletak di Kompartment 31 Hutan Simpan Batu Gangan dengan keluasan sekitar 2 hektar yang dikelaskan sebagai Hutan Dipterokarp dan Hutan Montane (Hutan Tanah Tinggi)

Apa yang menarik di Mossy Forest ? 

Hutannya berlumut kerana berada di paras ketinggian 2,200 meter dari aras laut. Anda perlu google sahaja Mossy Forest untuk melihat koleksi gambar yang telah dirakamkan oleh pengunjung terdahulu. Sangat cantik dan sangat menakjubkan. 

Laluan dibina dengan melalui sempadan Negeri Pahang dan Perak. Adakala anda akan berada di dalam Negeri Perak dan adakala anda berada di dalam Negeri Pahang. Malah dengan hanya berbeza tapak kaki anda boleh berada sebelah kaki di NegerI Pahang dan sebelah kaki lagi Negeri Perak.

Laluan berkonsepkam boardwalk ini selamat dilalui dengan rekabentuk laluan adalah di celahan pokok dan menuruni cerun bukit tanpa anda perlu mengotorkan badan. Namun laluan ini tidaklah sesuai untuk warga emas dan juga OKU yang berkerusi roda dan keupayaan untuk berjalan.. Kalau tak silap saya laluan ini sejauh 600 meter dan di penghujungnya adalah denai pendakian untuk ke Gunung Irau Kecil dan Gunung Irau.  

Terdapat sebuah Menara Pandang dibina di tengah laluan bagi mengantikan menara pandang lama di Gunung Brinchang.  

Kemudahan dinaiktaraf dengan tandas dan pondok berlindung jika hujan. 

Jika dahulu Mossy Forest boleh dikunjungi dengan menggunakan kereta sendiri, kini telah setahun lebih syarat utama ke Mossy Forest mesti menggunakan khidmat agen perlancongan yang menggunakan kenderaan 4X4 demi keselamatan pemanduan ke lokasi ini. 

Juga tiket masuk dikenakan bagi setiap pengunjung ke sini dan biasanya disekalikan dengan pakej agen perlancongan tersebut. Awal-awal dahulu tiket masuknya adalah RM 10 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak warganegara Malaysia. Kini kosnya lebih lagi memandangkan anda perlu menaiki kenderaan pacuan 4X4 milik agensi perlancongan. 

Secara jujur saya sendiri telah 2 tahun lebih tidak ke sana sejak Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands mengenakan bayaran masuk serta juga peraturan menggunakan agen perlancongan untuk ke sini. Dahulu asal terhajat sahaja di hujung minggu pasti akan sampai di sini dengan kenderaan sendiri. Namun kini tidak lagi boleh sebegitu. Hilang sudah satu kelebihan kepada kami di sini  

Jika anda bertanya kepada saya siapa agen perlancongan yang saya syorkan. Saya tanpa ragu akan mengesyorkan rakan saya Sharul Transport Cameron untuk membawa anda ke sini. 

Klik Facebook Beliau ; https://www.facebook.com/transportcameronmossy  untuk melihat koleksi gambar aktiviti beliau dengan pelanggan yang telah menggunakan khidmatnya. 


atau hubungi beliau terus di http://www.wasap.my/+60142746559 . 


Saya sekadar berkongsi sahaja tau ... tapi saya nak bagi tahu, anda ambik pakej dia, gambar dia ambik memang cantik-cantik... pakej ini tidak ada dengan mana-mana agensi lain. Gambar-gambar dibawah ini diambil daru facebook beliau dan jika anda rajin ziarah FB tersebut pelbagai lagi koleksi gambar samada di Mossy Forest atau di ladang teh boleh anda lihat dengan pelbagai prop yang menambah unik gambar anda kelak. 









Jadi jadikan Mossy Forest ini sebagai satu destinasi unik anda bilaman bercuti di Cameron Highlands. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock