TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, May 26, 2018

Kaunter Kutipan Zakat Fitrah di Cameron Highlands

Saya masih lagi sekadar nak kongsikan maklumat yang saya perolehi dari Laman Facebook Majlis Daerah Cameron Highlands.

Kali ini adalah berkaitan dengan Kaunter Zakat Fitrah di Cameron Highlands jika anda berniat untuk membayar Zakat Fitrah di sini. 

Kadar Zakat yang ditetapkan oleh MAJLIS AGAMA ISLAM PAHANG adalah RM 7.00 bagi setiap orang yang layak berzakat.

Selain dari senarai kuanter zakat dibawah, anda boleh membayar zakat fitrah di Masjid Kayangan, Brinchang dan Masjid Annur di Ringlet melalui Amil Zakat yang bertugas di sana.. 

**************************************
Kaunter Kutipan Zakat Fitrah
1439H/2018M

Amil kawasan Tanah Rata
Masa : 10.30 pagi - 12.00 t/hari
Hari : Δ°snin - Khamis
Tempat : Pasar Awam Tanah Rata,CH 
(Rehat Waktu Asar)


Hari : Δ°snin -Khamis
Tempat : Hadapan Gerai Kak Yan Hj Malek (BerHadapan Starbuck Cafe)
Masa : 3.00pm - 6.00pm


Hari : Jumaat
Masa : Waktu Solat Jumaat
Tempat : Masjid Abu Bakar,Tanah Rata,CH 



Lokasi Tapak Bazar Ramadhan Tanah Rata

Saya kongsikan Lokasi Tapak Bazar Ramadhan Tanah Rata yang terlebih dahulu telah dikongsikan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands melalui laman Facebook mereka. 

Lokasi tahun ini telah diubah ke Kawasan Letak Kereta MDCH di Tanah Rata dan saya sokong sepenuhnya pemilihan lokasi ini kerana jauh dari laluan utama yang boleh mengelakkan kesesakan selain kawasan letak kereta yang lebih banyak di sebelahnya ataupun di Dataran Tanah Rata. 

Sebenyak 70 buah tapak gerai ditawarkan oleh MDCH dan bazar Ramadhan ini mula broperasi pada pukul 4 petang sehingga waktu berbuka. 

***************************************************

Untuk Makluman,
Lokasi Tapak Bazar Ramadhan Tanah Rata , 
Tapak Letak Kereta Awam Bawah Majlis Daerah Cameron Highlands .

Lokasi Tapak Bazar Ramadhan Brinchang

Saya sekadar nak kongsikan maklumat mengenai lokasi Bazar Ramadhan Brinchang yang diperolehi dari Laman Facebook Majlis Daerah Cameron Highlands. 

Bazar Ramadhan ini masih di lokasi yang sama sejak 6 tahun kebelakangan ini iaitu di tengah-tengah bandar Brinchang dan mudah dilihat di tepi laluan utama sahaja. 

Saya tak pasti berapa unit gerai yang ditawarkan tetapi sekadar pemerhatian saya lebih 40 tapak gerai dibuka di sana. 

Waktu operasinya bermula 4 petang sehingga berbuka puasa. 

*********************
Lokasi Tapak Bazar Ramadhan Brinchang , 
Tapak Letak Kereta Awam Pekan Brinchang Cameron Highlands.

Wednesday, May 23, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Silver-eared Mesia @ Rimba Pipi Perak

Burung "Silver-eared Mesia" ini bukanlah burung yang sukar ditemui di mana-mana bahagian Cameron Highlands.


Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Rimba Pipi Perak atau Burung Rimba Telinga Perak atau juga Burung Rimba Telinga Putih.


Saya kerap menemui burung ini di sini tetapi dalam minggu ini agak kerap malah hampir setiap hari di laluan harian saya.

Warnanya agak menarik dengan warna warni kuning, merah, kelabu dan kepalanya hitam. Manakala bahagian pipinya menjadi identiti utama namanya bewarna perak atau putih.


Burung ini biasanya bergerak bersama pasangannya. Setiap kali saya temuinya akan kelihatan ia sepasang. Kelihatan tompok merah pada bagaian buntut burung ini membezakan antara jantan dan betina.


Burung yang saya temui kawasan pergunungan Malaysia ini diberikan nama saintifik mengikut sub spesis Leiothrix argentauris tahanensis.


Mengikut sumber burung ini mula dikatalogkan taksanominya mengikut Hodgson pada tahun 1837.

Monday, May 21, 2018

Waktu Berbuka dan Imsak bagi Daerah Cameron Highlands 2018

Saya kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak  di bulan Ramadan bagi Daerah Cameron Highlands tahun 2018.


Selamat Berpuasa dan Beribadah di Bulan Ramadhan di Cameron Highlands.

Sumber : Majlis Agama Islam  Pahang



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Sunday, May 20, 2018

Keadaan cuaca di Cameron Highlands semasa bulan puasa

Soalan yang masih popular di tanya oleh rakan-rakan dan pembaca di mrkumai.blogspot.com dan group whatsapp sekolah adalah seronok ke berpuasa di Cameron Highlands?

Jawapan saya: Memang seronok dan menjalankan ibadah puasa di sini sangat selesa.


Soalan seterusnya : Sejuk ke cuaca di sana dan selalu hujan ke? Malah ada pembaca yang bertanyakan saya ramalan cuaca hujung minggu untuk mereka merancangn percutian di sini.

Jawapan saya : Saya rujuk sahaja ke laman web MET MALAYSIA untuk kawasan peranginan Cameron Highlands di SINI.

Maka dapatlah jawapan ramalan cuaca sepanjang minggu ini di Cameron Highlands. Suhu sekitar 16 hingga 22 darjah dengan keadaan hujan di waktu petang hampir setiap hari. 

Sangat seronok berpuasa di sini ...


Berterawih di Cameron Highlands


Anda ingin bercuti di sini semasa bulan puasa ini serta ingin  menunaikan Solat Terawih di sini.

Jangan risau. Inikan negara Islam. Masjid-masjid utama sekitar sentiasa menganjurkan solat Terawih dan majlis berbuka puasa setiap malam. Macam biasa setiap tahun.

Tak percaya? Saya kongsikan lokasi masjid yang boleh anda singgah untuk berterawih masa bercuti di bulan puasa di Cameron Highlands nanti:

Ringlet dan Bertam Valley: Masjid An-Nur Ringlet 
Tanah Rata : Masjid Abu Bakar dan Surau Kampung Taman Sedia
Brinchang: Masjid Kayangan Brinchang
Kampung Raja: Masjid Kg Raja 

Tidak termasuk surau-surau kecil di penempatan pekerja asing sekitar Tringkap, Kuala Terla dan Tringkap. Namun saya tak syorkan pula anda ke sana. 

Selamat berterawih ... walaupun bertaraf musafir di Cameron Highlands, 

P/s : kepada akak yang bertanya dua tahun lepas, ini jawapan saya ya. Kecik hati bila terima soalan di Cameron Highlands ada ke solat Terawih. Akak macam nak melancong ke Papua New Guinea gayanya.....  Cameron Highlands masih dalam negara Malaysia ya kak. 

Sama juga soalan yang diterima ada ke bank di Cameron Highlands.? Ada ke stesen minyak di Cameron Highlands? 

Kecik besar mata membaca  soalan ala Kemahiran  Berfikir Aras Tinggi ni... 

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Little Egret @ Burung Bangau Kecil

Burung Litt;e Egret ini saya temui beberapa kali di sekitar Ringlet dan memang dia sentiasa di sana.


Pada awalnya saya sangkakan ia adalah Chinese Egret dan Great Egret namun bila perincian dibuat dari rupa bentuknya, ia saya rasa lebih kepada Little Egret terutama kepada ciri paruhnya yang hitam dan kakinya yang juga hitam berbanding Great Egret yang saya temui di Melaka dalam album terdahulu.


Malah terdapat juraian bulu dibahagian belakang tengkoknya dan ada yang berjurai bulu dibahagian tengkok hadapan seakan mengesahkan ianya Little Egret Adult Non Breeding atau juvenile.


Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Bangau Kecil atau juga dikenali dengan nama Burung Bangau Ular

Cuma bagi subspesis di Malaysia menurut sumber adalah Egretta garzetta dan mula dikatalogkan pada tahun 1766 mengikut Linnaeus.


Yang saya tak pasti apakah sub-spesis di Malaysia adalah Egretta garzetta nigripes yang sama dari Indonesia dan Filpina dan Australia atau adalah Egretta garzetta nominate.


Tak apa, kita tak perlu terlalu terperinci sangata rasanya. Nanti terkeliru pula dengan Chinese Eagret yang hampir sama cirinya.


Saiznya menjangkau sehingga 2 kaki atau 60 cm besarnya. Mereka ini menjadikan kawasan berlumpur dan berair sebaga kawasan habitanya di sini sama seperti lazimnya burung bangau yang mencari makanan dari kawasan berair.


Tak banyak populasi di Cameron Highlands namun sudah cukup untuk sajian mata saya kerana di satu lokasi yang lain di sini saya menemui seekor sahaja dan semuanya agak liar untuk didekati dengan lensa pendek saya ini.


Koleksi Burung di Cameron Highlands: Fire-tufted Barbet @ Burung Takor Api

Burung Fire-tuffed Barbet ini saya temui tiga kali sebelum ini di sekitar Ringlet dan Tanah Rata namun tiada gambar yang jelas dapat saya rakamkan sebelum ini kerana lensa yang terhad panjangnya. 


Kelmarin saya temui kembali burung ini di Lembah Bertam dan kali ini saya bernasib baik sebab dia hinggap di dahan yang rendah sedikit.


Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Takor Api atau Burung Takur Api atau Burung Takur Jambang Api .


Mengikut sumber, burung ini mula dikatalogkan pada tahun 1836 di Sumatera.

Burung ini bersaiz agak besar dan jika dibandingkan dengan yang saya jumpa sebelum ini memang besar namun yang di Lembah Bertam ini agak kecil dan mungkin ianya masih peringkat juvenile.


Saya sempat tangkap gambarnya sekitar 10 keping shaaj di posisi yang sama sebelum ia naik ke dahan yang lebih tinggi dan tak terjangkau lensa saya.

Koleksi Burung : Great Egret @ Bangau Putih

Koleksi Burung Great Egret ini saya temui di kampung mertua di Melaka. Kebetulan musim membajak sawah sedang dilakukan bagi musim menanam bulan 5 dan bukan seekor kelibatnya tetapi berpuluh ekor di laman sawah ini.


Namun saya pernah dan masih menemui burung ini di Cameron Highlands sebenarnya. Jangan sangka kita tak ada burung ini di sini. Namun saya tak pasti samada masih dalam subspes yang sama atau tidak sebab berparuh hitam berbanding kuning di Melaka.


Burung yang dikenali dengan nama tempatan sebagai 'Burung Bangau Besar' atau 'Burung Bangau Putih' atau 'Burung Ruak-ruak Putih'.


Mengikut sumber burung ini mula dikatalogkan pada tahun 1758 namun saya tak pasti apakah ini subspesis yang sebenar untuk kawasan Semenanjung Malaysia.


Tak apa, biarkan pakar burung yang berpengalaman memberikan komen jika ada yang singgah melihat koleksi album ini.


Cuma benarlah .. kalau memancing dengan kail sejengkal, usah diduga jerung akan menyambar.. dan kalau lensa panjang sekadar 200 mm ..usah nak harap imejnya sebesar didepan mata.... kecil sahaja burung ini sebab jauh di sana. Bila bergerak dekat dia akan cepat terbang sedikit jauh dan menjauh lagi bila dirapati.



Koleksi Burung: Red-Walted Lapwing @ Burung Rapang Dui

Burung "Red-wattled Lapwing' ini saya temui di sawah sekitar kampung mertua saya di Melaka.


Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai "Burung Rapang Duit atau Burung Rapang Minta Duit'.


Merujuk kepada sumber bagi kawasan semenanjung Malaysia, burung ini adalah dari spesis Vanellus indicus atronuchalis dan telah mula dikatalogkan taksonominya seawal tahun 1783.


Burung ini suka bermain di kawasan tanah basah berair dan sawah yang sedang dibajak di Melaka ini menjadi kawasan permainannya.


Cuma, dengan lensa pendek saya, agak sukar untuk mendekati mana-mana burung dikawasan sawah yang memang terbuka tanpa kawasan atau objek nak sembunyikan diri.


Cuma kalau ikut namanya, jangan dekat sangat ke burung ini kerana nanti dia minta duit.. sebab tu saya lari jauh-jauh sikit .... takut kena pow nanti ...



Koleksi Burung di Cameron Highlands: Long Tailed Shrike @ Burung Tirjup Ekor Panjang

'Burung 'Long Tailed Shrike' sudah banyak kali saya temui namun bukanlah mudah untuk merakamkan gambarnya bagi saya kerana kesukaran mencari set up aperature yang bersesuaian dengan warnanya dan latar belakangnya.


Burung ini dikenali dengan nama tempatan 'Burung Tirjup Ekor Panjang' kerana berekor panjang berbanding subspesisnya yang lain .


Dari rujukan yang saya baca, untuk sub-spesis di Semenanjung Malaysia, ia diberi nama saintifik sebagai Lanius schach dan mula dikatalogkan taksanominya pada tahun 1758 mengikut Linnaeus.


Burung ini saya temui di beberapa lokasi dari Lembah Bertam sehinggalah ke belakang apartment saya. Ke atas Brinchang dan Kea Farm masih belum ada seekor burung pun saya tangkap gambar setakat ini.


Saya dah dapat bezakan antara Burung Brown Shrike dan Long Tailed ShrIke dan album Brown Shrike saya kongsikan kemudian kerana baru ada 3 gambar yang ok setakat ini.

Selebihnya saya kongsikan gambarnya dan koleksi Albumnya boleh dilihat di laman facebook saya. 

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Purple Heron

Burung 'Purple Heron' ini saya temui 3 kali berturut-turut sejak Rabu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.


Kali pertama saya tidak bersedia kerana saya sebenarnya sedang mengendap Chinese Egret tetapi terperanjat sebab dia pula yang terbang didepan semak.


Hari kedua dan ketiga, pertemuan kami lebih mesra dan dah tak terperanjat cuma dah rasmi burung, nampak jinak tetapi terbang jua bila nak rapat lagi.


Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Bangau Paya atau Burung Cangak Hulu atau Burung Pucung Serandau atau Burung Serandau atau Burung Seriap.


Burung Pucung yang saya temui ini dipercayai masih peringkat usia juvenile. Namun saiznya sahaja sudah melebihi dua kaki setengah dan merupakan burung yang bersaiz terbesar yang pernah saya temui di Cameron Highlands setakat ini,


Nama saitifiknya adalah Ardea purpurea manakala bagi sub-spesis bagi yang boleh ditemui di sekitar Asia Tenggara adalah Ardea purpurea manilensis dan mula diakatalogkan menurut Linnaeus pada  tahun 1766.


Di sini, burung ini kelihatan solo sahaja tanpa pasangan setakat ini. 


Gambar selebihnya dalam Album Purple Herond di Facebook Saya.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock