Koleksi Burung Great Egret ini saya temui di kampung mertua di Melaka. Kebetulan musim membajak sawah sedang dilakukan bagi musim menanam bulan 5 dan bukan seekor kelibatnya tetapi berpuluh ekor di laman sawah ini.
Namun saya pernah dan masih menemui burung ini di Cameron Highlands sebenarnya. Jangan sangka kita tak ada burung ini di sini. Namun saya tak pasti samada masih dalam subspes yang sama atau tidak sebab berparuh hitam berbanding kuning di Melaka.
Burung yang dikenali dengan nama tempatan sebagai 'Burung Bangau Besar' atau 'Burung Bangau Putih' atau 'Burung Ruak-ruak Putih'.
Mengikut sumber burung ini mula dikatalogkan pada tahun 1758 namun saya tak pasti apakah ini subspesis yang sebenar untuk kawasan Semenanjung Malaysia.
Tak apa, biarkan pakar burung yang berpengalaman memberikan komen jika ada yang singgah melihat koleksi album ini.
Cuma benarlah .. kalau memancing dengan kail sejengkal, usah diduga jerung akan menyambar.. dan kalau lensa panjang sekadar 200 mm ..usah nak harap imejnya sebesar didepan mata.... kecil sahaja burung ini sebab jauh di sana. Bila bergerak dekat dia akan cepat terbang sedikit jauh dan menjauh lagi bila dirapati.
No comments:
Post a Comment