Burung Litt;e Egret ini saya temui beberapa kali di sekitar Ringlet dan memang dia sentiasa di sana.
Pada awalnya saya sangkakan ia adalah Chinese Egret dan Great Egret namun bila perincian dibuat dari rupa bentuknya, ia saya rasa lebih kepada Little Egret terutama kepada ciri paruhnya yang hitam dan kakinya yang juga hitam berbanding Great Egret yang saya temui di Melaka dalam album terdahulu.
Malah terdapat juraian bulu dibahagian belakang tengkoknya dan ada yang berjurai bulu dibahagian tengkok hadapan seakan mengesahkan ianya Little Egret Adult Non Breeding atau juvenile.
Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Bangau Kecil atau juga dikenali dengan nama Burung Bangau Ular
Cuma bagi subspesis di Malaysia menurut sumber adalah Egretta garzetta dan mula dikatalogkan pada tahun 1766 mengikut Linnaeus.
Yang saya tak pasti apakah sub-spesis di Malaysia adalah Egretta garzetta nigripes yang sama dari Indonesia dan Filpina dan Australia atau adalah Egretta garzetta nominate.
Tak apa, kita tak perlu terlalu terperinci sangata rasanya. Nanti terkeliru pula dengan Chinese Eagret yang hampir sama cirinya.
Saiznya menjangkau sehingga 2 kaki atau 60 cm besarnya. Mereka ini menjadikan kawasan berlumpur dan berair sebaga kawasan habitanya di sini sama seperti lazimnya burung bangau yang mencari makanan dari kawasan berair.
Tak banyak populasi di Cameron Highlands namun sudah cukup untuk sajian mata saya kerana di satu lokasi yang lain di sini saya menemui seekor sahaja dan semuanya agak liar untuk didekati dengan lensa pendek saya ini.
No comments:
Post a Comment