TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, October 5, 2018

Parkir Berbayar di hujung minggu pertama ....


Minggu ini adalah hujung minggu pertama selepas penguatkuasaan Tempat Letak Kereta Berbayar di sekitar Cameron Highlands.

Tips kepada Pelancong:
1. Semua tempat letak kereta yang bernombor di sudut depan garisan Petak meletak kereta perlu diletak Kupon Parkir sebaik sahaja pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.... aduhai... 

2. Kadar sejam adalah 60 Sen dan tiket parkir boleh dibeli di agen-agen tiket di kedai-kedai biasa atau lebih mudah melalui mysms parkir.

3. Bagi kawasan Pasar Malam di Golden Hills Dan Medan Agro Kea Farm, caj parkir RM 3 per kereta.   errr saman Polis Trafik kalau parkir di garisan kuning Rm 150 dan bonus tambahan maki hamun pengguna jalan yang terperangkap sesak sebab laluan utama jadi sempit... 

4. Tanya kepada pemilik hotel atau apartment anda samada kawasan mereka adalah kawasan yang digazetkan sebagai parkir berbayar.

5. Yang akan dan selalu terjadi adalah apabila anda memginap di hotel dan akan keluar atau check out selepas pukul 8 pagi, anda berisiko dikompoun.  Jadi yang selalu saya lakukan adalah letakan tiket parkir awal-awal di waktu malam dan gores pukul 8 pagi bagi tarikh keesokkannya dan anggaran waktu anda akan check out. 

6. Elakkan dari kena membayar kompoun. RM 30 tu boleh beli jagung 12 tongkol..... 3 kotak besar strawberry... satu kepala pakej steamboat.... 

saya bukan MDCH ... sekadar berkongsikan maklumat syok sendiri sahaja. Jangan kecam saya... jangan tanya saya lebih lanjut... Tanya Unit Parkir MDCH ya.... 

Selamat bercuti... sehari kompoun 30 ringgit... 2 hari 60 ringgit... 3 hari 90 ringgit... cer kira berapa tongkol jagung anda boleh beli..... soalan KBAT ni...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock