Pada tarikh 30 Ogos 1957, upacara menurunkan bendera Union Jack iaitu bendera negara United Kingdom telah berlangsung di Padang Bandar Hilir, Melaka tepat jam 6.30 petang dan ianya adalah peristiwa yang cukup bersejarah dalam negara kita.
Dengan terturunnya bendera Union Jack di Tanah Melayu ini, ia melambangkan serta simbolik terhadap berakhirnya pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu yang sepatutnya bermula pada tengah malam pada tarikh 30 Ogos 1957.
Dengan terturunnya bendera Union Jack di Tanah Melayu ini, ia melambangkan serta simbolik terhadap berakhirnya pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu yang sepatutnya bermula pada tengah malam pada tarikh 30 Ogos 1957.
Dalam upacara menurunkan bendera Union Jack tersebut, ia turut disaksikan oleh Resident Commissioner pihak British di Melaka iaitu Mr. H.G. Hammett bersama-sama ribuan penduduk tempatan.
Bendera yang menjadi keagungan dan kedaulatan baginda Ratu itu diturunkan oleh dua orang anak kapal perang H.M.S. Saint Brides Ray dan kemudiannya bendera tersebut diserahkan kepada Mr. H.G. Hammett dalam upacara penuh istiadat.
Seperti yang dimaklumkan, penyerahan bendera Union Jack kepada Mr. H.G. Hammett ini adalah simbolik kepada berakhirnya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu kerana mencapai kemerdekaan.
Dengan terturunnya bendera Union Jack pada tarikh 30 Ogos 1957, ia cukup memberi makna kepada seluruh rakyat Tanah Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan lepas bebas daripada rantaian belenggu penjajah yang telah mengikat selama ratusan tahun.
No comments:
Post a Comment