Saya ingin berkongsikan tips atau syarat asas dalam urusan menempah apartment atau homestay. Secara jujurnya saya suka membaca post-post sebegini walaupun saya tiada unit homestay lagi setakat ini.
Saya ambil dan kongsikan syarat asas urusniaga tersebut daru Facebook CAMERON HIGHLANDS HOMESTAY GROUP.
Anda wajar untuk menyertai group facebook ini kerana selain dari maklumat tawaran penginapan percutian samada homestay atau apartment percutian, mereka juga banyak berkongsikan tips-tips yang menarik untuk memudahkan anda.
Tapi tips dibawah ini saya olah sedikit ya untuk belah pelanggan sahaja. Catatan asal bercampur dengan tips untuk pengusaha sekali
************************************************************
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua warga CHHG.. Di sini admin ingin buat penyelesaian & penjelasan tentang beberapa isu yang berbangkit.. Harap selepas ini semua clear lar ye..
PILIHAN JENIS HOMESTAY ATAU APARTMENT PERCUTIAN YANG TEPAT
Buat pilihan yang betul dan tepat.. Cth: jika anda mencari untuk family kecil 2 dewasa 2 kanak2.. pilih lar studio room or hotel.. jika family besar dalam 8-10 orang carila apartment atau rumah yang ada 3/4 bilik.. jika family ramai atau group.. ambil lar beberapa unit mengikut bilangan ahli.. jangan lar sumbat ramai-ramai dalam 1 rumah.. kesian lar kt owner habis rosak rumahnya nanti.. harga pula carila yang ikut bajet dan kesesuaian anda.. jangan lar harga letak tak masuk akal.. anda cari apartment 3 bilik tapi harga bawah 200.. anda rasa logik ke sebuah rumah yang ada 3 bilik siap fully furnished RM200? Bilik hotel yang selesa pun 1 bilik yang lengkap set bilik tidur sahaja pun average dalam RM180-200 1 malam.. so harga yang sebetulnya RM250-350 untuk apartment.. tapi jika anda dapat harga yang lagi murah.. itu rezeki anda lar tapi make sure jangan sampai tertipu ye..
HARGA HOMESTAY & APARTMENT PERCUTIAN:
Harga homestay bergantung pada jenis homestay, kemudahan yang di sediakan, tempat, tarikh (Hari biasa/Cuti umum/cuti sekolah).. so jangan lah ada pertikaian atau buat bandingan harga homestay.. pilihan di tangan anda.. jika rasa sesebuah homestay tu mahal anda boleh servey homestay lain yang kena dengan bajet anda.. tiada paksaan pun dalam memilih homestay.. kadang-kadang harga homestay di letak dengan kadar berapa bulan-bulan owner kena bayar pada bank.. lain jenis lain harga loan.. so jangan lar ada pertikaian jika rasa tak menepati ciri yang di cari.. boleh servey yang lain.. di sini banyak list homestay.. tawar menawar boleh tapi jangan lar sampai ada berlaku perbalahan antara cust dengan owner..
WANG PENDAHULUAN:
Tentang wang pendahuluan (Deposit) semasa membuat tempahan/booking untuk lock date.. Jumlah deposit yang dikenakan bergantung pada owner berapa beliau nak letak.. Majoriti letak RM100.. Dan sebarang pembatalan/cancel last minit wang deposit tidak akan di pulangkan.. sebarang pembatalan/Cancel haruslah di buat selewatnya 2 minggu sebelum tarikh booking..
Tapi setengah owner boleh bawa bincang.. samada beliau minta tukar date lain / yang jenis jujur beliau akan pulangkan bila dapat penganti.. so atas budi bicara owner.. anda pun kena lar bertimbang rasa juga.. bila anda buat cancel last minit.. Akan mendatangkan kerugian pada owner.. yela last minit cancel macam mana nak cari peganti.. tu sebabnya kena letak deposit.. sebagai wang ganti rugi jika cancel last minit.. jangan lar pergi serang pula owner minta balik deposit.. sangat tidak elok di situ..
Sumber : Facebook Cameron Highlands Homestay Group.
No comments:
Post a Comment