TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, September 11, 2019

Koleksi Burung: Berberek Ekor Biru (Blue Tailed Bee Eater)

Koleksi Burung: Berberek Ekor Biru (Blue Tailed Bee Eater)

Burung Berberek Ekor Biru ini saya temui di Melaka nun jauh di atas kabel elektrik.


Nama tempatan yang lain bagi burung ini adalah Burung Berek-berek Carik Dada, Burung Berek-berek Sawah.


Namanya dalam bahasa enggeris pula adalah Blue-tailed Bee-eater. Manakala nama saintifiknya adalah Merops philippinus yang boleh ditemui dari India ke Selatan China, Asia Tenggara dan Papua New Guinea.
 


Burung ini mempunyai gabungan warna yang pelbagai dengan warna hijau mendominasi badannya, warna oren dan kuning dibahagian dada dan perut, warna biru muda dibahagian ekor, Matanya bergaris hitam selari dengan paruhnya.





Burung ini mendiami kawasan yang berair, kawasan pertanian, sawah padi dan kawasan tasik.

Burung ini bersaiz sederhana sekitar 20 cm dan boleh mencapai sehingga 26 cm.



Puas mengekor burung ini namun tidak pula mahu bersikap jinak.. pantang bergerak .. terbanglah ia segera..







No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock