TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label Lojing. Show all posts
Showing posts with label Lojing. Show all posts

Wednesday, May 20, 2015

Jalan di Daerah Kecil Lojing

Saya ada berkongsikan laluan Gua Musang ke Cameron Highlands dahulu yang melibatkan jarak sejauh 121 kilometer. 

Catatan tersebut boleh anda baca di sini. Klik.


Cuma untuk catatan kali ini saya nak kongsikan keadaan jalan sekitar Lojing ke Cameron Highlands. 

Saya amat mencadangkan anda berhati-hati sebaik sahaja memasuki kawasan pertanian atau kebun sayur di sekitar Lojing ini.

Pertama keadaa permukaan jalannya agak teruk dengan kesan mengerutu dan tidak rata serta berselekoh tajam. 



Kedua terdapat banyak kenderaan ladang yang menggunakan laluan ini dan ada yag dipandu oleh pekerja ladang warga asing. 

Ketiga terdapat banyak kawasan bahu jalan yang digunakan untuk meletakkan sementara barangan pertanian kerana lori biasanya akan menurunkan barangan di tepi jalan sebelum kenderaan empat roda akan memindahkannya ke kawasan kebun sayur yang terletak di kawasan berbukit. 


Cukup merbahaya di waktu malam apatah lagi dengan keadaan gelap atau berkabus tebal. 

Keempatnya adalah risiko tanah runtuh atau mendap yang boleh berlaku bila-bila masa ataupun jika sudah berlaku terdapat sedikit sahaja tanda amaran bahaya diletakkan.


Selebihnya senantiasa memastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik kerana tiada kemudahan bengkel kereta di antara kedua pekan ini. 

Juga pastikan minyak anda mencukupi apatah lagi untuk melakukan pendakian di kawasan ini dan pastikan jarak dari Gua Musang ke Brinchang sejauh 121 km dibekalkan dengan bekalan minyak mencukupi.


Atau  pastikan jika anda terus ke Simpang Pulai, tambahan 84 km bekalan minyak perlu diambil kira untuk sampai ke sana.

Selebihnya saya kongsikan gambar sekitar laluan di kawasan Daerah Kecil Lojing ini dua minggu sudah. 






Berhati-hati di jalan raya... 

Pemandangan Kebun-kebun sayur @ Daerah Kecil Lojing

Untuk catatat kali ni saya nak berkongsikan gambar sekitar Daerah Kecil Lojing Kelantan yang saya rakamkan dari tepi jalan utamanya. 


Sedikit berlaku perubahan iaitu kalau anda ke sini 5 tahun dahulu kelihatan banyak lereng bukit yan teruk diterokai dan kini sedikit kurang nampak kesan kemusnahan setelah 3 tahun berlalu namun masih dalam keadaan yang menyedihkan.


Daerah Kecil Lojing ini bersempadanan dengan Daerah Cameron Highlands di bahagian Utaranya. 

Mulai menjadi daerah kecil yang dipisahkan dari Daerah Gua Musang pada tahun 2010 dengan jumlah keluasan 1,817 kilometer persegi atau pun kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highlands adalah 25 kali ganda besarnya. 


Sama seperti Cameron Highlands, DKL ini merupakan daerah ke sebelas bagi Negeri Kelantan dan meliputi mukim Hau, Betis dan Sigar.

Jumlah penduduk adalah seramai 5,613 orang ketika dilancarkan dengan majoritinya adalah Orang Asli iaitu seramai 4,133 orang dan selebihnya melibatkan kaum-kaum lain.

Kerosakan alam sekitar di DKL ini disebabkan pembukaan hutan untuk pembalakan dan pertanian yang tidak terancang dan dikawal sepenuhnya.


DLK tidak di kategorikan sebagai Kawasan Tanah Tinggi kerana berada di paras kurang 1000 meter dari paras laut dan ini menjadikan pembangunannya tidak dibawah Kawalan Garis Panduan Pembangunan Tanah Tinggi.

Saya kongsikan koleksi gambar kawasan kebun sayur dan bunga yang diusahakan di sini yang kebanyakkan adalah pekebun sayur dari Cameron Highlands sendiri. 























 

Untuk catatan kedua saya khususkan mengenai keadaan jalan di sekitar Lojing ini yang mungkin boleh anda jadikan panduan jika memandu di sini. 

Wednesday, December 3, 2014

Kemusnahan alam sekitar di Daerah Kecil Lojing, Kelantan

Baru-baru ini kisah mengenai kerakusan penerokaan haram oleh pekebun sayur di Cameron Highlands. 

Tetapi mereka fokuskan dengan daerah ini sahaja tanpa mengusik Lojing dan saya ternanti-nanti bilakah Lojing akan dibangkitkan.

Yang tidak mengetahui di manakah Daerah Kecil Lojing, ianya terletak bersebelahan dengan Daerah Cameron Highlands di utara Kg Raja dan Lembah Biru (Blue Valley).

Gambar udara Lojing tahun 2009
Isunya sama, cuma bezanya pembangunan kebun di sana dibuat di atas tanah yang jelas bertuan(yakni bergeran atau pekebun menyewa dari syarikat yang mendapat hak milik tanah dari Kerajaan Negeri Kelantan).

Masalahnya adalah pembangunan yang tidak selari dengan peraturan atau senang kata dibuka secara sesuka hati tanpa mematuhi garis panduan pembangunan.

Juga perlu diketahui, Daerah Kecil Lojing terletak dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di mana sebelum ini daerah kecil ini dibawah Daerah Gua Musang sebelum digazetkan sebagai daerah kecil bagi urusan petadbiran.

Juga perlu diketahui, daerah ini tidak tertakluk dengan Garis Panduan Pembangunan Tanah Tinggi kerana berada dibawah paras 1000 meter dari paras laut berbanding Cameron Highlands. 

Gambar udara Lojing 2009
GUA MUSANG – Penerokaan tanah untuk aktiviti pertanian yang semakin berleluasa di ta­nah tinggi Lojing di sini dikhua­tiri bakal mengulangi tragedi banjir lumpur seperti yang berlaku di Ringlet, Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

Lojing, tanah tinggi ter­kenal di Kelantan, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kampung Raja, Cameron Highlands turut ditarah dan digondol untuk dijadikan kawasan tanaman sayur-sayuran oleh pekebun sama seperti kes di Cameron Highlands.
Tinjauan Kosmo! mendapati landskap hutan tanah tinggi itu telah digantikan dengan khemah-khemah plastik yang didirikan untuk melindungi tanaman sayur-sayuran di lereng-lereng bukit.
Lebih memburukkan kea­daan, penerokaan tanah tersebut turut menyebabkan air Sungai Brooke yang jernih pada tahun 1980-an kini bertukar menjadi keruh.
gambar udara Lojing 2009
Sungai yang keruh itu mengalir ke Sungai Nenggiri sebelum memasuki Sungai Kelantan. Sungai itu kemudian mengalir terus ke Kuala Tumpat dan Kuala Besar di Laut China Selatan dekat Kota Bharu di timur Kelantan.
Menurut Penghulu Penempatan Orang Asli (Pos) Blau, Salleh Ngah, 52, pada awal tahun 1980-an sungai tersebut masih jernih tetapi mula bertukar menjadi keruh sejak aktiviti pembalakan haram dilakukan di kawasan Lojing.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock