Petang semalam 12 Julai 2013, sekitar pukul 5 petang saya mendapat update dari Facebook Generasi Felda Kumai dan Warga Felda Kumai mengenai kejadian yang baharu sahaja berlaku sekitar 2 jam yang lalu.
Kejadian yang amat mengejutkan ini mendapat liputan dan reaksi yang meluas di kalangan warga felda kami ini terutamanya dari luar yang juga terperanjat.
Bukan sebuah yang terlibat tetapi kedua-dua buah bas sekolah yang telah banyak berjasa musnah dalam kebakaran yang dikatakan bermula pada sekitar pukul 3 petang.
Bas yang dimiliki sepenuhnya Koperasi Felda Kumai ini musnah dijilat api sepenuhnya ketika diletakan di dalam bangsal mereka.
Bas ini menjalankan tugasnya pada hari jumaat dan selepas habis sahaja tugas mengambil dan menghantar penumpang iaitu pelajar dari Felda Kumai ke sekolah menengah di SMK Triang 3.
Pihak Bomba dan Penyelamat yang tiba juga tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan bas tersebut. Mereka hanya mampu memadamkan kebakaran yang tinggal.
Kami masih belum mendapatkan sumber yang pasti mengenai punca kejadian. Biarlah pihak berkenaan menjalankan siasatan.
Jika ada unsur sabotaj, kami berharap mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Siri kedua, kami akan cuba mengumpalkan komen-komen dari laman FB mengenai kenangan mereka bersama bas yang telah banyak berjasa ini.
No comments:
Post a Comment