TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, May 10, 2020

COVID-19: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI KAWASAN PASAR JALAN OTHMAN (PJO), PETALING JAYA, SELANGOR


 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), Petaling Jaya, Selangor.
 
Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di kawasan berikut:
 
Zon A​: 
Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya
 
Zon B​: 
  Jalan 2/29, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/29A, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/27, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/32, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/25, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/26, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/34, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/34A, Petaling Jaya
​​  Jalan 2/23, Petaling Jaya
​​  Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
​​  Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya
 
Zon C​: 
  Jalan Selangor, Petaling Jaya
​​  Lorong 3/57D, Petaling Jaya
​​  Lorong 3/57C, Petaling Jaya
​​  Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
​​  Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya
 
Perintah PKPD ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 10 Mei 2020 hingga 23 Mei 2020.
 
Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa. 
 
Dengan pelaksanaan perintah ini:

• Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut.

• Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.

• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.
 
Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
 
Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.
 
DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN)
 
10 Mei 2020

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock